Followers Tersayang

Ahad, 25 September 2011

Hero Kafir Dalam Novel Islamik??


Selamat semuanya ya. Ingin saya tekankan apa yang bakal saya tulis ini merupakan satu luahan hati daripada penulis novelog AWAK SUKA SAYA TAK?. Adalah berat untuk saya untuk menulis mengenai perkara yang dibincangkan tersebut, namun, sekiranya ia menjadi satu PERNGATAN maka lebih baik saya juga cuba merungkai apa juga permasalahan yang sebenarnya timbul akibat kekeliruan dalam pembacaan di dalam e-novel tersebut.

          Sang Pengadu mengatakan "KENAPA PERLU MENGANGKAT SEORANG KAFIR DALAM NOVEL ISLAMIK??" Soalan Sang Pengadu yang jelas menghiris hati si penulis bukan? Walhal, si Penulis tidak pernah mengkategorikan novel tulisannya ini sebagai novel Islamik, tentang masalah seorang kafir menjadi hero, itu bukanlah satu isu yang besar di sini. Si Pengadu harus membaca novel penuh, adakah si hero itu kafir? Jawapannya adalah TIDAK, Hilman atau Damien adalah seorang mualaff. Dalam ASST ini, Hilman atau Damien ini cuba menjalin hubungan cinta dengan Intan Zulaikha berlandaskan adab sopan Melayu dan tatasusila Islam. SILA BACA DAN FAHAMI YA WAHAI SANG PENGADU. Part awal sudah disentuh perkara ini, anda baca part yang mana? Saya pun hairan, harus nilai dulu. Mungkin si pengadu membaca satu part atau dua part sahaja, kemudian terus menuduh tanpa usul periksa. Harus diingat sang pengadu, ada yang sudah membaca sehingga part 99, mereka lebih arif dan tahu tentang novel ini, siapa yang awak cakap kafir itu, malahan mereka sudah hafal, apa pakaian yang akan dipakai oleh Hilman dan Intan Zulaikha. Di dalam blog tersebut setelah dibuka semula oleh Tuan Blog sudah ada lebih 29 part. Anda baca part mana  sehingga mengkategorikan watak heronya itu kafir??? Tidak elok  berkata demikian, ini amat keterlaluan bagi seorang penulis yang matlamat sebenarnya adalah berkongsi kasih sayang melalui tulisannya. Nah! Makna kasih sayang itu universal.

            Inilah sikap segelintir pembaca novel kita sebenarnya, mereka menilai sesuatu dengan sekali bacaan. Malahan hanya menilai dengan sumber yang terhad, bukti ini belum cukup ya wahai si pengadu untuk anda mengemukakan hujah anda di mahkamah!! Kenapa pula anda membuat andaian dan sebenarnya hinaan kepada sang penulis yang bersusah payah menghasilkan karya seolah-olah anda menuduh si penulis tidak berilmu, anda harus lihat kelulusan penulis ASST sebelum anda berani membabi buta berkata demikian. Satu lagi, untuk mengkategorikan novel Islamik itu semua heronya kena seorang yang Melayu dan Islam barangkali. Jadi bagi kamu, HARAMlah mana-mana watak orang kafir itu dalam novel Islamik walaupun sekadar kawan??? Pleaselah open minded, jika anda seorang wanita dan anda sedang berkawan dengan seorang bukan muslim, adakah anda akan memutuskan tali persahabatan hanya kerana kawan anda itu kafir??? Besar pahalanya jika anda dapat membawanya ke agama Islam, itu lebih baik, jadi, point di situ masih sama bukan sekiranya sebuah novel Islamik yang benar-benar genrenya ditulis sebegitu?? Di mana sikap 1 Malaysia anda?? Di mana sikap seorang muslim sejati anda sekiranya anda seorang muslim?? Sang Penulis belum lagi hilang tahap kewarasan akal untuk menulis sebarangan. Sikap segelintir pembaca tidak boleh dipersalahkan, mereka mungkin terlalu taksub dengan hero-hero Melayu di dalam sesebuah novel.
       
            Ini bukanlah kali pertama sesebuah novel mengangkat hero bukan Melayu dalam sebuah novel, masih banyak novel di luar sana yang mengangkat orang bukan Melayu sebagai hero. Masih ingat Drama Nora Elena yang disiarkan di TV3 suatu ketika dulu hasil adaptasi Novel Kasih Yang Suci nukilan Meen Zulaikha?? Bukankah Seth Tan itu seorang cina?? Fikir-fikirkanlah ya...Novel ini juga laris di pasaran sehinggakan Drama Nora Elena mendapat tempat di hati peminat walaupun banyak juga hentaman berkaitan pakaian Nora Elena dalam drama itu. Dia berpakaian seksilah, tak tutup auratlah. Ada juga yang menyimpulkan kerana Nora Elena  berbaju merah di poster, dikaitkan pula dengan freemason iaitu 'Lady In Red'. Senyum sendiri saya. Usha sat blog ni yer, saya kasi link.'Unsur Hitam Dalam Nora Elena'



Untuk mengutuk atau memberi pendapat. Haruslah berilmu juga. Bukan jangan sedap mulut mengutuk dan mengata. Mungkin bagi anda si pengadu, hujah saya belum cukup kuat dengan mengetengahkan hanya sebuah novel. Saya bawakan pula sebuah NOVEL ISLAMIK yang sudah difilemkan iaitu Novel Hasil karya novelis Indonesia Habiburrahman iaitu Novel Ayat-Ayat Cinta. Wahai si pengadu, Novel Ayat-Ayat Cinta adalah sebenar-benar genre sebuah NOVEL ISLAMIK. Unsur-unsur keagamaan yang diterapkan juga sangat mengesankan. Bayangkan seorang kafir boleh menghafal satu surah daripada Al-Quran. Anda rasa bagaimana?? Betapa bertuahnya lelaki tersebut dapat membawa wanita itu mendekati Islam kerana wanita itu mencintainya. Apakah Novel Islamik yang saudara sang pengadu katakan harus diwataki oleh mereka yang beragama Islam sahaja??? Sang Pengadu sudah nampak apa yang sang pengadu katakan itu salah atau masih mahu menegakkan benang yang basah???

           Akhir kata, silalah dapatkan Novel AWAK SUKA SAYA TAK ini pada 15 Oktober 2011 ya. Terutamanya kepada Si Pengadu yang membuat tuduhan melulu tanpa ada helmet itu. Kepada anda yang berminat untuk membaca part-part Novel Awak Suka Saya Tak, anda boleh klik di SINI untuk dipautkan terus ke laman utamanya.


Credit to ~ Blog Kak Lynn Othman


p/s ~ Anda boleh klik nama HILMAN YONG untuk group Hilman Yong dan klik AWAK SUKA SAYA TAK? untuk laman group novel ASST. Jika anda minat menulis, tetapi tiada asas dan tidak tahu di mana mahu berkongsi bakat dan minat anda, penulis Novel ini ada menubuhkan sebuah group, klik saja ini JOM! TULIS SECARA BELASAHAN!

6 ulasan:

Add Remove Block berkata...

peminat novel rupanya ...nama blog ni pun macam nama sebuah novel seram tahun 80 an Rahsia Disebalik Wajah ...

FATRIM SYAH berkata...

Ya, wah...ada ya?? Tajuk blog ni pun nama novel saya juga..thanks sudi singgah..

mayrahazim berkata...

suka sgt novel kasih yg suci.. rse nyer ok jew.. xde terpesung pon an.. minat bce novel ek? sy pon minat mbaca n menulis jgak...

FATRIM SYAH berkata...

Salam Mayrahazim,

~Saya pun suka novel Kasih Yang Suci.
~Wah, awak pun berminat membaca dan menulis. Mari join kami dalam group Jom! Menulis Secara Belasahan! Dalam group tu ramai motivator hebat, juga ada editor majalah, novelis dan ramai lagi, kami berkongsi ilmu di mana kami mengetengahkan utk menulis dgn "BERMULA SATU ABJAD". Marilah sertai kami di laman facebook..:)

Mrs.Yie berkata...

kasi ajar sikit sama itu pengadu..hehehe..sokong asst!!

FATRIM SYAH berkata...

Mrs.Yie, betul! sokong ASST!!