Bertarikh 29 September 2009, adalah tarikh di mana kasut raya aku disonglap atau makna lainnya dicuri, diculik, dicilok dan yang seangkatan dengannya. Apa yang menyedihkan adalah kasut raya aku tu baru saja aku pakai 3 kali. Dan ianya hilang di tempat belajar aku sendiri. Betapa terkilannya aku terhadap perkara tersebut...siapalah LAHANAT yang telah mencilok kasut tersebut. Aku bukannya nak heboh ke hapa, tapi mahu meluahkan rasa geram+marah+sakit hati aku terhadap inside tersebut. Kalaulah masa kuliah tak yah tanggal kasut mesti kasut aku selamat. Kenapalah aku tak terfikir benda tu sebelum aku masuk kelas, aku sangat2 berharap masa dapat diputar kembali.....mesti kasut aku tu selamat....Semoga tuhan tidak mengampunkan mereka yang mencuri mahupun memakan harta anak yatim seperti aku......(anak yatim sejak darjah 5). Takkanlah aku nak doakan yang orang tu dimaafkan kan? Aku bukan nabi boleh sabar2...dah 2 sem aku tak beli kasut, bila beli jadi camni, siapa tak marah kan.....Btw, aku malas nak fikir2 lagi pasal tu, aku harap orang yang curi tu berbahagialah dgn kasut aku tu....Wallahualam!!!!
Blog milik lelaki biasa yang berasal dari pedalaman Sabah, kini sedang mengenal ilmu di Shah Alam. Suka menulis dan menulis, juga berkawan dengan semua orang. Cuma dia pendiam sikit :)
Followers Tersayang
Memaparkan catatan dengan label GERAM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label GERAM. Papar semua catatan
Khamis, 8 Oktober 2009
Sabtu, 29 Ogos 2009
Aku TENSION!!!!!!
Boleh-boleh kad etc BSN aku tu rosak. Konon-konon iklan dulu masa buat kempen, tahanlah, keballah. Hampeh jer...Kalaulah aku tahu jadi camni, dah lama aku buka Maybank. Terus plak kad etc tu kena block untuk semantara waktu. Tambah menyakitkan ati, masa aku sampai kat situ, wakil BSN tu siap suruh aku cuba 2,3 kali kat ATM mesin. Bapak sial...kalau dah rosak tu rosak gak, nak gak aku patahkan kad etc tu depan dia. Lepas tu dia suruh buat kad baru beserta buku. Amboi???? Buku tu aku letak mana pun aku tak tau. Dalam rumah aku tu ada banyak almari, entah almari mana ntah aku letak... Siut betul & boleh membuat aku hilang sabar, nasib baik dalam tu ada yang bernilai (duit yang mak aku kirim bulan2 beserta makcik2 aku, uncle aku semua). Entah apa ke jadahnya kad etc tu tiba-tiba block, tak leh shopping camni. TIDAK!!!!!!! Aku tension!!! Kalu nak tunggu 2 minggu baru nak siap, alamat takde baju raya, kasut raya dan contact lense rayalah aku taun ni, mak aku dah bank in RM 5oo dalam tu. Urgh!!!! Aku tension!!!!
Khamis, 6 Ogos 2009
Fitnah lagi....
Aku geram+meluat+marah+anti+dan lain-lain. Ada ke patut ada budak kelas aku datang ofis tanya Abang Rizal
duit dah masuk ke tak. Ya, aku mengaku, duit tu telah diberikan kepada aku, tapi tak semua lagi, yang diuruskan oleh Kak Lin. Pet tak salahkan sesiapa, mungkin orang tu desperate takde duit kot, lagipun Pet tak bagitau lagi kepada semua budak kelas duit dah dapat. Nanti hari isnin aku nak bagi balik duit Redang tu. Aku pun tak teringin nak makan+simpan+guna duit tu, gara-gara duit tulah aku cuti 3 minggu je sem lepas. Yalah, nak uruskan pembayaran kepada travel agent. Nasib baik semua dah settle ngan travel agent tu. Macam aku makan duit tu pulak, Hello? Kalau takat RM 1000 lebih tu aku tak heranlah....geram sangat2, entah sapa lah yang tanya Abang Rizal tu....
Langgan:
Catatan (Atom)