Followers Tersayang

Khamis, 21 Mac 2013

For real? Aku Penulis FIXI?!!!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Diharap semua sihat (ayat macam yang lepas2 je?). Okey, sila cubit diri sendiri, sila ketuk kepala dengan pensel.
For real? Aku penulis FIXI?!!
Aku tak pernah menyangka semua ini menjadi satu KENYATAAN. Baiklah, mari aku ceritakan bagaimana semua ini bermula.
Sebagai seorang penulis, biasanya sesuatu itu bermula dengan bacaan. Buku pertama FIXI yang aku baca adalah NGERI nukilan kak Gina Yap Lai Yoong dan aku sangat tertarik dengan buku tersebut sebab aku pernah ada idea 50% sama seperti buku tersebut, cuma cara pembunuhan itu tidak seperti yang kak Gina buatlah. Idea itu aku present untuk PROJEK AKHIR - DIPLOMA SHOWCASE and it was rejected kononnya lecturer tak mahu ada lagi cerita seram atau cerita hantu bagai. My GOD! Punah ranah hati ini ketika itu, padahal takde seekor pun entiti atau makhluk selain manusia dalam cerita tu! It was a psycho story kot!
SO, bila aku baca NGERI,
aku BANGGA!
Sebab ada juga yang membukukan idea tersebut walaupun bukan 100% sama.
Perkara ini mendorong aku untuk terus membaca buku-buku FIXI dan dari situ timbul minat untuk menulis dengan FIXI.
Hari-hari setiap kali buka FB akan intai-intai aka skodeng laman pages FB FIXI dan juga twitter FIXI. Nasib baik tak naik ketumbit kan? (korang pun sama macam aku kan skodeng2 FIXI gak kan?)
So, suatu hari tu...
Aku ternampak sesuatu.
FIXI letak sebuah trailer film dan mengajak para pembaca dan penulis untuk menghantar sebuah cerita berjudul ASRAMA.
Aku masa tu terus aje tulis tak fikir apa-apa sebab bagi aku PERCUBAAN PERTAMA itu penting. Percubaan pertama menulis dengan FIXI tu. Sebelumnya aku sudah biasa mengalami penolakan manuskrip sebab biasanya aku menaip cerita-cerita thriller yang kurang diambil penerbit, ada yang setahun nilai lepas tu cuma mahu di e-book kan. Ada pula sebulan nilai, tapi cuma komen panjang berjela je balasan dan ada juga seminggu nilai, hanya dengan jawapan THANK YOU, CUBA LAGI.
JADI,
aku langsung takde masalah kalau FIXI tolak, asalkan aku cuba.
Rasanya sebulan atau kurang aku terima emel dari pihak FIXI beserta komen 10 panel yang pedas-pedas berbisa giteww. Rata-ratanya positif, takde pula yang komen negatif, masa tu aku curious, ni aku lulus penilaian ke?
Takde pula aku baca direject. Last-last aku baca komen Encik AMIR yang terakhir dan katanya sila siapkan draft pertama!
Okey, pada hari yang sama aku terus draftkan 28 bab ASRAMA dari awal sampai habis.
Dalam masa sebulan ia terus siap dan aku hantar.
My GOD! Encik Amir call dan kata akan release PBAKL 2012,
masa tu aku dekat Sabah, cuma 3 bulan itu impian aku satu langkah saja.
Rasa tak percaya dengan apa yang berlaku.
Namun, atas beberapa sebab ia tak jadi, aku sendiri merasakan ada kekurangan dalam manuskrip tersebut dan aku tak tahu apa bendanya.
Selepas beberapa bulan, pihak FIXI memberikan seorang editor untuk membimbing aku.
Alhamdulillah. Aku tak tahu nak cakap apa pada Encik Amir dan juga editor itu. Masa tu aku terus buka mata aku luas-luas.
DAN akhirnya Muncullah..
Tajuk Novel : ASRAMA
Penerbit : Buku FIXI
Penulis : MUHAMMAD FATRIM
ISBN : 978-967-0374-29-1
Mukasurat : 288
Harga : RM 19.90

Baca SINOPSIS ASRAMA klik SINI.

Terima kasih Encik AMIR MUHAMMAD selaku penerbit Buku FIXI yang memberi saya peluang dan menghargai bakat-bakat muda. Semoga kita akan bekerjasama lagi untuk masa-masa akan datang. Tak tahu nak cakap apa, peluang ini terlalu besar, saya rasa banyak lagi perkara yang saya perlu pelajari. Terimalah ASRAMA dengan seadanya. Alhamdulillah. :)

p/s ~ pre-order online akan dibuka esok 22 Mac 2013 (jumaat) melalui penerbit iaitu FIXI bersama sebuah lagi buku baru berjudul KLCC. Sekian. :)

6 ulasan:

etyradzi berkata...

tahniah pet. im proud of u :)

Fatrim Syah berkata...

Terima kasih ety. Tak sempat lagi jumpa Ety nak serahkan buku 'UNTUK SEPARA TUHAN', busy ek? Lama tak nampak dekat Puncak.

:)

Sherlyanna angiela Martin berkata...

baca penulisan Geng Karipap... bestlah.

Fatrim Syah berkata...

Terima kasih Sherlyanna. :)

Nur Najihah berkata...

saya baru je beli tadi dkat MPH.tak sabar nak baca :)

mia kaftiya berkata...

ini buku fixi pertama yg kita baca lepas tu kite terus terpaut pada fixi. Asrama memang best!

p/s : Pun berminat nak jd sebahagian daripada fixi.. weee >__<