Followers Tersayang

Jumaat, 18 Januari 2013

Review Novel : Lelaki Versi Dia -Aireen Aryana (Kaki Novel)



Tajuk Buku : Lelaki Versi Dia
Tulisan : Aireen Aryana
Terbitan : Kaki Novel
Jumlah Mukasurat : 415 ms
Harga : RM 19.00 (Semenanjung)
RM 22.00 (Sabah/Sarawak)
*Daftar sebagai ahli KN, dapat diskaun RM 4 & penghantaran percuma.

Sinopsis Novel LELAKI VERSI DIA;
Lelaki itu hilang ingatan semasa berada di luar negara dan menjadi anak muda yang liar.

Sebagai seorang ibu, Zita terpaksa menipu Wan Aakif dengan menyatakan bahawa anaknya itu telah pun bertunang untuk membawa Wan Aakif pulang ke tanah air.

“I dengar kita dah bertunang dekat enam tahun. For sure dalam masa terdekat ni kita kena kahwin.”

“What?! Are you kidding?”

Penolakan demi penolakan daripada Arwin Raisha sedangkan Wan Aakif benar-benar jatuh cinta membuat Wan Aakif nekad untuk kembali mengingati kisah silamnya. Adakah kisah silam itu mampu menyatukan mereka? Dan adakah Arwin Raisha masih tegar untuk tidak mempeduli Wan Aakif sedangkan dari dulu hati wanitanya sering menyeru nama lelaki itu? Lelaki versi dia, membuat Arwin Raisha pening kepala.

“Wan, kalau awak nak saya anggap awak sebagai tunang saya, awak nak saya jatuh cinta pada awak, awak janji. Lepas awak dapat balik ingatan awak, awak janji tak tinggalkan saya. Boleh tak?” ~ Arwin Raisha.

Review Aku;
Alhamdulillah, selesai juga pembacaan novel Lelaki Versi Dia (LVD) yang sangat comel ini. Ini pertama kali saya membaca karya Aireen Aryana atau dikenali dengan nama Rinsya Chasiani. Sebelumnya saya belum pernah membaca karya beliau di blog.

 Secara keseluruhannya jika diikutkan saya tak puas membaca kisah Wan dan Win ini. Namun, perlu diakui walaupun ia mungkin dikategorikan nipis tetapi masih tetap sebuah karya yang menarik. Penulis memilih untuk menulis novel ini dalam cara santai tetapi sangat menyeronokkan.

Pada awal pembacaan bab pertama sebenarnya saya kurang faham siapa yang sedang bercakap dalam dialog. Ini mungkin kerana di awal ini nama watak ditulis panjang tetapi dalam dialog menggunakan panggilan Wan dan Win. Apapun, ia bukanlah masalah, baca ajelah sekali lagi kalau kurang tangkap kan. Memang lucu juga membacanya, iyalah, kecik-kecik lagi dah pandai admire orang. Amboi! 
Mengisahkan Win yang menyukai Wan dalam diam tapi Wan tak pernah layan, lelaki itu bersikap dingin kepadanya. Kesian juga Win, tapi apa boleh buat, cinta budak-budak, lagipula make sense lah kot Wan tak nak layan. Sehinggalah Wan menyambung pengajian di luar negara mereka terpisah, Win agak sedih tetapi apabila meningkat dewasa Win mulai mendidik hatinya untuk melupakan Wan.
Sehinggalah suatu hari Abang Izz iaitu abang kepada Win memberitahu yang Wan akan balik ke Malaysia dan akan ditunangkan dengannya. Tapi masa itu, Win masih belum percaya. Sehinggalah Auntie Zita iaitu ibu kepada Wan Aakif meminta pertolongannya bagi memulihkan anaknya yang hilang ingatan, dia juga menceritakan apa yang terjadi pada Wan serta betapa Wan jauh terpesong daripada landasan agama.
Win menganggap itu kerja gila dan dia tidak mahu membantu. Tapi setelah dipujuk oleh seorang yang bernama ibu yakni ibu Wan Aakif. Win akhirnya bersetuju. Dalam pada masa sama, Wan pula mulai berubah, dia mengikut semua kehendak Win. Malah, hari demi hari sayang itu ditunjukkan kepada Win. Win merasa terkejut, manakan tidak, dulu dia yang terkejar-kejar Wan sampai sanggup sekolah di tempat sama dengan Wan, malah menghantar banyak hadiah kepada lelaki itu. Kini, Wan pula yang umpama terkejar-kejar. Hubungan mereka makin akrab, Win pula merasakan Wan benar-benar sayang kepadanya.
Hinggalah....
Semasa majlis pernikahan mahu dilangsungkan. Wan mengambil keputusan untuk balik ke US. Win hilang punca, dia cuba mencari Wan secepatnya dan minta penjelasan, akhirnya dia menemui Wan di airport.
Wan akhirnya memberitahu dia sebenarnya sudah pulih ingatan. Win terkejut, tapi dia juga punya maruah, dia menahan Wan dan meminta dia menikahinya. Dan apa yang terjadi? 

Kenalah dapatkan novel ni.
Bagi yang mahu membaca sebuah novel santai dan mahu gelak sambil membaca hingga pecah perut, silalah dapatkan LVD. Novel yang boleh menghilangkan stress anda walaupun masa tu anda sedang sakit hati. 

Pengajarannya, kalau kita suka seseorang tu, sukalah dengan ala kadarnya saja, mungkin orang yang kita suka tu sukakan kita juga, tapi dia tak mahu tunjuk. Selain itu, janganlah cepat membuat penilaian, apa yang dinampak tidak semestinya benar, siasat dulu kebenarannya sebelum timbulnya fitnah. Samalah macam kita di dunia ni, baru pandang sekali je dah fikir macam2.. alangkah baiknya kalau sesama kita tak ada buruk sangka. Insya ALLAH...

Tahniah Rinsya, tahniah! Tahniah! Tahniah! Jika ada karya kedua dia, pasti aku beli!

Perkataan aku suka dalam novel ni ;

Masalahnya Wan Aakif versi tunang aku adalah lelaki yang hilang ingatan. Apa  penyakit tu? Anaemia? Anastasia? Ke.. animalia? Aku bukan budak sains, okey!

Bintang – 4 bintang

p/s ; Aku dulu pun ada juga minat dekat seseorang ni, tapi Tuhan lebih sayangkan dia. Moga dia tenang di sana. Al-Fatihah...

3 ulasan:

Razil Tahir berkata...

cambest jer!!
nantilah cari.. hahahah

Jejaka Jelita (Fatrim Syah) berkata...

memang best! Kena dapatkan, release tension ni baca. Kikiki.. ^______^

Tanpa Nama berkata...

mmg best pn best sangat!!!