Followers Tersayang

NOVELKU TERBIT


  Tajuk Buku : GENG KARIPAP
Harga : RM 12.00 (Semenanjung)
RM 14.00 (Sabah/Sarawak)
Terbitan : FP Junior
ISBN : 978-967-365-141-2 
Untuk tempahan terus : Klik pages FP JUNIOR ni dan mesej mereka bagaimana mahu mendapatkannya. Untuk makluman, tidak ada sebarang caj penghantaran dikenakan.
 
 Blurb Sinopsis:
Setiap kita mempunyai azam, begitu juga Rania. Azam baru Rania sempena penggal baru adalah menjual karipap. Kirana dan Lisa yang diberitahu hal tersebut menganggap menjual karipap perkara yang menyusahkan. Namun begitu, itu bukan bermakna Rania mahu berputus asa. Tanpa disangkanya Kirana dan Lisa turut menjual karipap sebagai tanda sokongan dan persahabatan mereka.

Kehidupan sebagai penjual karipap bermula. Dua minggu berjualan, mereka terserempak dengan budak-budak nakal yang cuba mengugut mereka. Sesuatu yang tidak diduga berlaku apabila munculnya Gadis Bertudung Merah yang cuba mempertahankan Rania, Lisa dan Kirana.

Sejak itu, setiap kali mereka ditimpa masalah, Gadis Bertudung Merah akan datang membantu. Rania, Lisa dan Kirana berdepan pelbagai dugaan, mampukah azam mereka diteruskan atau tinggal angan-angan?. Siapa Gadis Bertudung Merah yang selalu membantu mereka? Ayuh! Kenali Geng Karipap untuk mendapatkan jawapannya.



Tajuk Buku : UNTUK SEPARA TUHAN
Penulis : Khalil Zaini, Arif Zulkifli, Ilma Asmadi, Syaihan Syafiq, Wassim Fairuz, Siti Nazariah, Azhar Ibrahim, Fikri Misti, Nora Muharam, Ahmad Syukri, Ahmad Solihin, Raisya Nordin, Musalmah Munira, Farid Arif, Syafie Mahyani, FATRIM SYAH, Ariff Masrom, Salleh Razak, Fatin Nadhira, Fikri Harun.
Harga : RM 25.00 (Termasuk Pos)
RM 20.00 (beli by hand)
Terbitan : Buku Hitam Press
ISBN : 978-967-113-685-0
Untuk tempahan : Sila ke laman web BUKU HITAM PRESS untuk maklumat lanjut.
 
 Blurb Sinopsis:
Boleh jadi tanpa sedar kau dengan angkuhnya menganggap dirimu maha mengetahui - menjadikan kau manusia separa tuhan - menjatuhkan hukum benar dan wujud hanya pada apa yang kau LIHAT dan tahu. Sedang selainnya semata-mata tipu dan palsu. Sedarlah kau tidak diciptakan tuhan yang separa dirimu itu dengan satu mata di hadapan dan satu lagi di belakang untuk melihat seluruhnya, bahkan akal pemberiannya yang membezakan kau dengan binatang itu juga punya daerah terlarang.