Followers Tersayang

Memaparkan catatan dengan label artis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label artis. Papar semua catatan

Khamis, 29 September 2011

Cantiknya Kad kahwin Nabil Raja Lawak.


SALAM SEMUA..

Cantiknya kad jemputan kahwin Nabil dan Zira ni. Semua tahu kan Nabil bakal berkahwin esok,

 30 Oktober  September 2011 di Putrajaya. (boleh2 salah letak..hahahaha.typo)

Masa buka murai.com tadi ternampak kad kahwin mereka yang super duper 

simple, nice dan menarik..tak sampai pun RM 12 juta kos perkahwinan mereka.

 Hanya sekitar RM 150,000. 

Dikhabarkan juga tema yang dipilih mereka adalah kisah dongeng,

wah...macam lagu Stacy yang best tu pulak.

Apapun, tahniah Nabil dan Zira.

 Majlis resepsi pula akan diadakan di I-City Shah Alam pada 2

Oktober dengan tema ini jugak..what...really??

Memang macam prince and princesslah kot..siap dimeriahkan

dengan lampu2 I-City tu....Suka tengok gambarnya...cute gila!!!


Khamis, 22 September 2011

Marsha Milan Londoh NAFI ambil pil 30 biji.



SALAM SEMUA.

Mungkin saya perlu membuat kesinambungan cerita yang saya kongsi mengenai 

Marsha Milan Londoh VS 30 biji pil dua minggu lalu.

Jika belum baca, sila klik post saya di sini.

Semalam, bertempat di Alibi Music, Bangunan KLK, Mutiara Damansara.

Pemilik nama Marsha Milan Londoh membuat penafian dirinya

menelan 30 biji pil.

Menurut Marsha, dia sememangnya lemah dan sakit ketika kejadian.

Menurutnya lagi, dia tidak mungkin mengambil pil sebanyak 30 biji tersebut.

Jika tidak, pasti dia tidak berada di sidang media tersebut aka mati.

Baguslah Marsha, semuanya sudah terungkap.

Marsha turut memberitahu perkembangan dirinya mengenai lagu terbarunya 

berjudul 'Tak Perlu Selamanya'.


Semoga Marsha bercakap benar, manalah tahu, artis-artis ni propa sikit.


CREDIT TO ~ OH! ARTIS



p/s ~Kliklah iklan dekat atas tu yer kalau rajin..:)

Selasa, 20 September 2011

FELIX AF3 SUDAH BERKAHWIN



SALAM SEMUA

Dulu rumah aku takde astro lagi masa Akademi Fantasia 1 & 2.

Masa Akademi Fantasia 3 pun belum ada lagi, tapi sempatlah tengok 

di rumah bapa saudara sebab tinggal dekat 

situ masa kursus dulu.

Masa mula2 tengok AF3 tu, memang suka tengok peserta Sabah.

Mungkin sebab aku ni orang Sabahan juga kot.

Yalah, sokong orang sendiri.

Masa tu lah aku tertengok si Felix ni, bakat dia lain dari yang lain.

Aku dah agak dah dia akan jadi juara, tapi apa boleh buat.

Mawi pula tiba-tiba masuk.

Ini antara nyanyian Felix AF3 yang paling aku minat..Yang sedang-sedang saja...



Berbalik kepada tajuk besar tu.

YA! FELIX SUDAH BERUMAHTANGGA.

Aku terbaca dekat blog abang Nara. Thanks abang Nara sebab bagi info tu.

Dah lama tidak mendengar khabar si Felix ni, hari-hari dengar radio Sabah terdengar suara si Ebi sahaja, 

entah apa yang dia buat sekarang

Mungkin menyanyi lagi kot, lagu2 dusun.

Apapun TAHNIAH Felix yang telah berkahwin dengan pasangannya Lydia Selamat.

Ini antara gambar2 majlis perkahwinan Felix AF3 & Lydia Selamat yang diambil dari

laman facebook David Aramaiti

Tengok apa tu Felix?? 


Felix dan ahli keluarganya..:)


Apa yang terbaiknya Felix?? Sama padan mereka. 


Wah Felix, macam model pula kamu. Tahniah!!




p/s ~  Kliklah ads dekat atas kalau sudi, nak bayar PTPTN katanya..:)
 



Ahad, 18 September 2011

Hanya Khabar angin?? Siapa yang PROPA??





SALAM SEMUA.

Fuh! Hari ni terbaca pula statement seorang penulis lirik untuk album ALL YOUR LOVE 

nyanyian 

Dato' Siti Nurhaliza.

Menurut orang yang hanya bernama Christyle itu, empunya lagu All Your Love serta sebuah lagu 

yang dirakamkan Dato' Siti dan Sean Kingston. 

Penglibatan Alicia Keys dan Pit Bull dalam album All Your Love itu hanyalah khabar angin 

semata.

MURAI.MY yang propa ke ni??

Kalau betul okeylah, kalau tak takpelah, next time.

Namun, yang tak sedap didengar,

Si Christyle penyanyi dan penulis lirik Australia ini mengatakan

dia hanya menerima sebahagian bayaran oleh pihak penerbit, malah belum habis dibayar lagi.

Malah siap mengatakan Sean Kingston juga 

mengalami nasib serupa dan ia menyebabkan Encik Sean Kingston melambatkan proses 

penghantaran rakamannya ke Malaysia.

Hmm...Entah apa niat si Christyle ini.

Siap tulis dekat twitternya lagi.

DAN

dia dan status twitternya itu sudah tidak ada lagi di laman sosial itu.

PELIK.

Tak patut betul,

nampak sangat dia ni pentingkan duit dari karya.

Kepada Dato' Siti Nurhaliza,
as a fan.
Kami doakan yang terbaik untuk album
ALL YOUR LOVE.
Kalau benarlah tiada rakaman duet bersama Alicia Keys dan Pitbull pun takpe,
kami support artis tempatan yang mahu maju dalam industri..:)

~PEACE~



Sumber ~ Murai.com.my

p/s ~ Mari Klik saya!!

Khamis, 15 September 2011

~Persamaan Wardina, Catrionna Ross & Sham Kamikaze~


SALAM SEMUA..

Entry hari ni memang agak lain dari selalunya. 

Bukan lain sangat, masih lagi mengenai artis, tapi kali ini ke arah yang lebih baik. 

Tadi, singgah membaca dekat satu blog mengenai rambut bangkai Catriona Ross. 

Teringat satu rancangan dekat TV 9 time Ramadhan beberapa minggu lalu iaitu INI KISAHKU.

Mula2 dulu sempat tengok Mawi je, tak sangka pula ada Catrionna Ross, Wardina Saffiyah &

 Sham Kamikaze. 

Kita dah lama tahu mereka ini punya persamaan.

Sedih dengar kisah mereka, tapi menginsafkan. 

 Apa yg mereka cerita tu boleh jadi 

pengajaran untuk para remaja hari ini. 

Aku rasa kerdil sangat diri ini, macam banyak buat salah, biasalah manusia tiada yang 

sempurna.

Aku sharelah link tu, even korang semua sudah menonton atau tahu.

Aku saja letak entry ni dekat blog aku supaya aku akan sentiasa ingat.

Berblog juga berdakwah kan? (Aku bukan baik mana pun, mahu jadi lebih baik)...:)

Mari kita tonton kepada siapa yg belum pernah melihat KISAH mereka.

INI KISAHKU..


INI KISAHKU - CATRIONNA ROSS


INI KISAHKU - WARDINA SAFFIYYAH


INI KISAHKU - SHAM KAMIKAZE





p/s ~Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan..~peace~

Sabtu, 10 September 2011

Dato' Siti Nurhaliza buang duit....???


Salam tengahari semua di mana saja anda berada. 
Entry ni tertangguh dari pagi sebab keluarga sebelah mak dari Brunei Darussalam datang beraya ke rumah. Borak punya borak sampai terlupa nak post entry. 
Apa tidaknya, bertemu setahun sekali kot dengan para sepupu itu, borak mestilah panjang, tanya perkembangan negara Brunei, harga topup mereka dan sebagainya...

Let's Go!!! 
 Mulanya aku nak ucapkan SEJUTA TERIMA KASIH kepada Cik Teynteyn yang banyak menolong menasihatkan aku tentang blogging dan juga tentang post entrynya 
Makanya, aku telah membuat beberapa perubahan semalaman di blog aku yang seadanya ini, tapi itupun belum selesai lagi.
 Terima Kasih sekali lagi ya Cik Teynteyn. 
Kalau nak singgah atau blogwalking klik ajelah nama Cik Teynteyn yang baik hati itu...:)


Baiklah, aku teruskan entry aku pasal Dato' Siti Nurhaliza yang memang super duper awesome. Asal cerita Dato' Siti aku mesti alert beb, sebab dia artis yang paling berjaya di negara Malaysia ni. 
Dengar cerita Dato' Siti Nurhaliza buang duit. Betul ke????
Ish2 Dato' Siti oi..meh derma kat aku ni, boleh jugak aku buat beli Ipad kan???
Dahlah penulis oi..orang dah nampak tulisan ko kat bawah tu....
sambung-sambung...

Dimulakan alkisah.....,Dato' Siti Nurhaliza bukan sahaja berduet dengan Sean Kingston saja  untuk album Inggerisnya itu. Yalah, mulanya aku ingatkan 2 lagu saja dia nak buat dalam album inggerisnyer itu,

Rupa-rupanya....


Kejap, aku memang suka lagu Dato' Siti Nurhaliza "Falling In Love" (kliklah tengok sikit). Bersemangat wei dengar lagu yang amat hebat itu, kali ni memang aku hafal gila lagu Inggeris dier walaupun aku dah pernah hafal banyak lagu Inggeris (tu pun kalau aku minat dan tak nak ketinggalan..hahaha)

Ish, mencarut lagi. 


Begini, Dato' Siti Nurhaliza Binti Taruddin sebenarnya berduet dengan
dalam album Inggerisnya yang bakal dilancarkan pada 25 september ni. 

Dahsyat kan????
                                           

Khabarnya juga, Dato' Siti Nurhaliza juga bayar mahal untuk mendapatkan mereka ini untuk satu lagu. 
Untuk satu lagu ,  USD 100,000 atau bersamaan RM 299,000 duit Malaysia. 
Itu belum lagi memunculkan diri dlm klip video.

Memang tabik spring giler aku dengan orang-orang yang ada effort macam Dato' Siti Nurhaliza bagi memajukan diri.

Aku amat-amat pasti lagu yang dirakamkan itu BEST!!!

Kepada yang tak kenal Alicia Keys tu, aku tak tahulah, tapi aku tetap bagi  link muzik video akak Alicia Keys atau 'Kunci Alicia' dalam bahasa Melayu ini. 
Klik je link kat bawah ni kalau rajin..

Kalau Pit Bull tu, aku pun sejujurnya first time mendengar namanya.
 Aku ingatkan anak negro mana, rupanya orang putih. 
Maaflah, aku tak update sikit pasal rapper ni, 
kalau Akak Rihanna, Akak Taylor Swift, Aunty Lady Gaga, Justin Bieber, tu aku selalulah dengar.
Apapun, aku tetap bagi link untuk korang dengar lagu2 Pit Bull ni.
Klik je link kat bawah ni..

Apa pendapat korang???
Rasa nak muntah hijau, oren, merah atau merah jambu???
Awesome kan Dato' Siti Nurhaliza.
MALAYSIA BOLEH!!!!




p/s ~ Kalau Dato' Siti buat video klip nanti JANGAN guna lampu suluh buat jimat kos macam artis Malaysia yg sorang tu, ala..yg berduet ngan Pokcik Colby O' Donis tu.....buatlah gempak sikit..

note ~Ni, last entry pasal artis2..Lain2 entry mestilah yg membina sikit...:)





Khamis, 8 September 2011

Marsha Milan Londoh vs 30 biji pil.



Salam semua..
Pagi tadi masa aku dengar radio THR Gegar aku ada dengar berita pasal Marsha Milan Londoh,
Korang sure kenal punya dia ni pelakon utama Drama Kum-Kum dan bekas pelajar Akademi Fantasia 3 bersama Mawi World yang meletup-letup suatu ketika dulu. 
Berbalik kepada berita yang aku dengar pagi tadi tu mereka mengatakan Marsha Milan Londoh dimasukkan ke hospital kerana menelan 30 biji pil!!!
Bapak banyak dia telan pil, menurut pengurus beliau Marsha ni seringkali sakit, tu yang dia telan banyak ubat dan tak penuhi undangan show kadang-kadang tu. Tak tahulah itu statement betul atau statement cover. 
Apapun, kita harapkan Marsha agar sembuh segera. 
Apa-apa hal pun janganlah nanti keluar statement lain yang dia cuba bunuh diri pulak (minta jauh)
Ini bukan negara Korea yang mana artisnya kalau ada tekanan perasaan amik jalan mudah bunuh diri.
Hope dia sembuh cepatlah.
Kalau nak baca entry penuh mengenai berita tersebut yang aku google dari blog lain, 
kliklah link ni 

p/s ~Aku amik gambar tu dari blog abang nara/ beautiful nara, hope tak apa-apalah ye..:)

Selasa, 23 Ogos 2011

K Pop Versi Malaysia Yang Hmm....bulihlah.....

Pada beberapa minit lalu, aku blogwalking kat beberapa blog. Kemudiannya ternampaklah 
suatu entry yang aku rasa patut buat aku tertarik. Sekali tengok, perghhhh!!!! Seksanya..
Tapi aku peduli apa, mahu enjoy macamana mereka menyanyi. 
Masuk menyanyi ni, dah tentu-tentu aku nak tulis pasal artis kan? 
Ala, sudah tajuk entry tu pun wannabe...
So, Kpop Malaysia yg aku maksudkan itu adalah Max 24:7.  

Kesian juga bila tgok komen negatif kat youtube pasal mereka nih, tapi sememangnya ...
mereka hanya bersandarkan rupa sahaja berbanding kumpulan Kumpulan VIP anak didik Adam AF2 yg lebih mementingkan vokal. 


Malahan lagu mereka iaitu Lagu Sedih mendapat tempat di hati peminat
 berbanding
 pelancaran album Gadis & Bunga yg agak suam-suam kuku. 
Bukan mahu merendahkan tetapi bakat adalah paling utama untuk mendapat tempat,
 kalau tidak kutukanlah yg diterima. 
Aku kongsilah 2 vids ya, satu persembahan Kumpulan Max 24:7 di Istana Budaya baru-baru ini
 dan 
yang satu lagi persembahan Kumpulan VIP. 
Siapa lagi Kpop? 
Siapa lagi berbakat? 
Nilailah sendiri. 
Semoga mereka terus sukses dalam industri ini...
PEACE NO WAR..:)

Notakecik : Aku like je fan page dorang, saja nak tahu perkembangan...kakakaka...

Selasa, 25 Mei 2010

LIRIK LAGU ADIRA AF8 - KU ADA KAMU

LIRIK LAGU KU ADA KAMU – ADIRA AF8


Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu
Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu
Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu