Followers Tersayang

Sabtu, 18 Julai 2009

SIAPA KENAL PENULIS SKRIP???

Terkilan hati saat cerita ditayangkan di pawagam mahupun di kaca televisyen tiada siapa mahu ambil peduli pahit jerih seorang PENULIS SKRIP. Ada siapa kenal penulis skrip Jangan Pandang Belakang? Congkak? PGL? Kala malam bulan mengambang? Duyung? Drama Manjalara? Nur Kasih? Matahari? Sindarela? Ku Milikmu? Bella? Kecuali Cintamu? Kasut Tumit Tinggi? Ghost? Kami? Gerak Khas?. Sekadar menyebut beberapa filem dan drama, tak siapa kenal penulis skrip filem dan drama ini, tapi semua kenal pengarahnya. Topiknya sekarang, Drama dan filem itu karya Pengarah atau Penulis Skrip?? Siapa boleh jawab??? Kita sebenarnya keliru, drama dan filem itu karya pengarah atau penulis skrip. Sebagai contoh, kalau drama dan filem itu tak best siapa yang kita kutuk?Pengarah atau Penulis skrip?? Tepuk dada tanya mata.......

2 ulasan:

Neko! (=^.^=) berkata...

betul3..kalo cerita bagus, best, pengarah yg diagung2kn..bila cerita tak best, penulis skrip yg disalahkan..kenapa tak salahkan pengarah???

R.Shamfa berkata...

sebenarnya kebanyakan
director kat malaysia..
adalah penulis skrip...
mereka tulis mereka direct...
salah satu sebabnya
penulis kita takut skripnya diarahkan
oleh pengarah lain...

selalunya terjadi dlm industri
kita skrg..
director kala bulan mengambang
penulisnya juga mamat khalid..
untuk pengetahuan pett..
mamat khalid sblm ni adalah
penulis skrip utk PGL...
directornya saw theong him ( tak silap ejaannya)
sebenarnya karya sebenarnya
milik pengarah walaupun ditulis
oleh orang lain
kerana karya filem
tu wujud apabila divisualkan,
dibikin dan diproduksikan
hingga ke peringkat post-production
tetapi ketulenan karya tulisannya
tetap milik penulisnya..
kita kena akui sesebuah skrip
memerlukan skrip dan pengarahnya
dan pengarah filem amat
memerlukan PENULIS SKRIP!!

sesebuah skrip filem yang ditulis sendiri
dan diarahkan sendiri
berbeza dgn skrip filem yang
ditulis sendiri dan diarahkan oleh orang lain..
tetapi yang diarahkan oleh org lain
tu sebenarnya lagi cantik
directingnya daripada
diarahkan dirinya sendiri...

kesimpulannya,
jgn salahkan penulis,
jgn salahkan pengarah,
apa paling sedar dan sedar...
dan apa paling penting..
Siapa yang maju filem
Kalau KITAMAJUFILEM?