Followers Tersayang

Khamis, 23 Julai 2009

GADOH SATU EVOLUSI????

Tahniah Filem GADOH, first impression terhadap filem ni masa tengok poster terbayang-bayang ceta gadoh ni. Apa lah sangat yang diorang nak tayang buat aku bertanya-tanya, sebab orang bergaduh dah banyak dalam filem-filem kita. Tapi, bila aku tengok yang ni gadoh yang luarbiasa antara kaum aku jadi tertarik. Aku pernah menulis beberapa artikel di suratkhabar tentang isu perkauman malah menulis cerpen tentangnya (di reject), entah kenapa editor tu beriya-iya nak reject ceta aku yang sah-sah gempak, dan diambil cerita cinta 3 segi (ceta poyo yang penulisnya entah siapa-siapa yang aku kena buat re-edit). Hello?? Ada banyak lagi newspaper yang aku boleh pegi, engkau ingat engkau bagus sangat( eh, terlebih berani nih, mati kang kena pecat, dahlah kerja sambilan je). By the way, aku suka sangat subtext yang ingin disampaikan oleh pengarah. Tapi, kita dapat teka apa yang akan berlaku disetiap cerita tanpa berfikir, adakalanya shot agak lemah, nasib baik naratif kuat, kalau tak sah2 membosankan. Apapun aku bagi *** bintang.

Tiada ulasan: