Followers Tersayang

Jumaat, 17 Julai 2009

BUAT SKRIP KONTROVERSI???????

Semalam masa kelas adalah seorang lecturer tu cabar kitaorang supaya buat skrip kontroversi. Terfikir gak di kepala yang cerpen Janji A.D.Y yang berlatarkan kontroversi, cerpen tu pasal gay(homoseksual). Masa nak hantar ke surat khabar cerpen tu, terfikir gak, nanti Puan Zalika tu tak marah ker?? Tak reject ker??. Gelisah dan gundah gulana gak sampai menitis-nitis peluh jantan menunggu cerpen tu publish on weekend. Tapi tak sangka hujung minggu tu, cerpen I publish, bapak semua sedara-sedara (baik yang kenal mahupun tak) call bagitau dah baca cerpen tu. Kat Sabah, surat khabar Daily Express merupakan antara yang dibeli sebab banyak karya yang disiarkan dan itu merupakan titik permulaan untuk seorang PENULIS PICISAN yng baru belajar dan tidak tahu apa itu RETORIK PENULISAN DAN LARAS BAHASA. Titik permulaan itu telah membuka lembaran baru untuk penulis seperti aku , ada jugak kekosongan untuk menjadi reporter, oleh kerana masih belajar di UiTM maka kerja-kerja itu adalah amat mencabar, apatah lagi bukan sahaja mnulis malah mencari bahan berita. Surat khabar merupakan media yang luas, apatah lagi suratkhabar Daily Express merupakan satu-satunya suratkhabar yang menyiarkan pelbagai berita dan sudah establish di mata masyarakat Sabah. Berbalik kepada skrip kontroversi tadi, pada pendapat saya, kalau berani mati buatlah, kalau tak berani mati tak yah buat, orang yang suruh tu yang kena buat dulu tengok ada ker pengarah yang nak terima skrip engkau, kalau engkau banyak duit bolehlah cakap banyak. Takpun buatlah sendiri, so SHUT UP!!!!!!! Bukan takut dilambung ombak, tapi banyak yang perlu diambilkira nak buat skrip kontroversiMengambil contoh paling dekat adalah Filem Dukun yang berinspirasikan Mona Fendy tak lulus LPF dan tak kluar2, sampai sekarang, begitu juga Filem Bukak Api yang menceritakan kehidupan sebenar Maknyah/Pondan. Saya merasa hairan, kebebasan berkarya itu dihalang di negara kita sendiri, tapi nasib baiklah Bukak Api dapat ditayangkan di luar negara, tu pun sebab pengarahnya Osman Ali berani mati. Kalu setakat kita-kita yang baru bertatih ni, tong sampah ajelah jawabnya skrip kita tu.

2 ulasan:

Pinkyzsa berkata...

betul pet, org yg suruh buat tu yg kena buat dulu..hehe...

Alia Ary berkata...

pet, orang yang sibuk suruh kita buat skrip kontroversi tu mungkin ingat dia sedang ada di barat