Followers Tersayang

Khamis, 1 Januari 2009

AkU DaH sEm 3!!!!!NeW aBoUt Me...

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua, dah lama aku tak update blog aku nih, tak sempat kerna busy sangat. Kuliah untuk semestar tiga ni dah start dan nampaknya ada 2 subjek yang sangat tough tapi bagi aku semuanya boleh menjadi senang bila ada kemahuan nak belajar, lagipun dah separuh jalan nak dapatkan diploma. Sekarang aku bekerja sebagai penulis di sebuah Syarikat Surat Khabar SabaH iaitu 'Daily Express', kiranya berbangga juga aku, akhbar tu antara 3 buah akhbar yang paling laris di Sabah. Tugas aku di sana adalah sebagai penulis cerpen untuk slot cerpen pilihan setiap Hari Ahad, memang tough jugalah kena bersaing dengan penulis yang sudah lama bertugas di syarikat tersebut, idea-idea cerpen aku perlulah fresh dan membawa manfaat kepada masyarakat. setakat ni sudah hampir enam buah cerpen aku yang tersiar di surat khabar tersebut antaranya adalah "Janji A.D.Y", "Halusinasi", "Longkang Pahala", "Cincin", "Pasu Antik" dan terbaru adalah "Realiti". Insyallah semua cerpen-cerpen tersebut akan aku siarkan di blog ni sebagai tatapan ramai. Selamat Tahun Baru 2009 juga kepada semua, semoga azam baru yang kita bina akan tercapai. Semoga juga Semestar tiga ni berjalan dengan lancar & semoga aku mampu memikul tanggungjawab sebagai Ketua Kelas dengan baik....

Ahad, 28 September 2008

NAK BALIK!!!!!!

Hmm...boleh-boleh flight aku tangguh sampai jam 6.45 petang, dah lah tu, tak pasal2 aku macam pelarian duduk dengan ribuan penumpang lain di(LCCT-KLIA)-AIR ASIA ni, tapi bagi aku takpe. Lambat atau cepat aku akn jumpa gak family aku dan aku akan balik. Yang best ada wireless kat cni, so, apa lagi buka myspace, buka blog nak hilangkan bosan. Huhu....raya dah nak dekat ni, aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN....Nak tahu tak kalau ikut plan aku tak balik tau, tapi nasib baik makcik aku belikan tiket, kalau tak, berayalah aku kat UiTM Puncak Perdana dengan kawan-kawan aku dari Sabah yang tak balik. Alhamdulillah, aku dapat balik dan akan menyambut lebaran bersama keluarga..HUHU>>>>

Jumaat, 19 September 2008

I hate U!!!!!!!!

Hari ni hari yang paling best sekali dalam hidup aku, nak tahu napa?? malasnyer nak tulis, kang ada plak yang perasan apa yang aku tulis tu adalah dier, yalah, mana lah tau kan. Ok, ok, buang masa tul, nak tulis intro pun nak panjang2 giler, apa ada orang baca ker???Eh, mestilah ada, banyak gak feedback aku dapat tapi kat myspace ajelah, huhu....blog ni macam diary aku plak, aku taip2 diary aku dan biar orang lain baca, camtu kot, tapi takpe, at least orang tahu siapa aku, aku kan low profile giler2, mana lah ada yang kenal aku. K, napa title kali ne aku pilih I Hate U!! Best tau ungkapkan perkataan tu terhadap orang yang kita benci sangat2, malah terhadap orang yang kita sayang sangat2!!!!At least ada bnda yang boleh dijadikan jambatan antara dia dan diriku, selalunya, aku & dia SPEECHLESS je. Cuba korang cuba sendiri, tapi dalam nada yang seolah-olah u all ucapkan I LOve U, mesti bunyinya lain & perasaan serta rasanya pun lain, aku dah cuba, tu pasal aku suggest kat korang.

Ahad, 7 September 2008

Wah....Banyaknya test!!!!

Wah...bila aku tengok jadual memang menakutkan,ari isnin dengan selasa serta rabu mahupun khamis semuanya ada test dan assignment nak dihantar.Hari isnin (pagi) Ujian lanjutan Seni Lakon (Monolog),petangnya pulak Ujian Sinema Malaysia. Hari selasa (pagi) ujian Menora dan lepastu group aku present CTU(Pendidikan Islam). Esoknya kna submit skop kajian tunjuk kat Cik Masd. Hari khamis plak submit assignment Pak wan, kimono dan kabuki, wah....tabah-tabah ajelah aku menghadapinya. Ujian monolog aku dah prepare, ujian menora blum hafal lagik manakala sinema belum baca lagi, present CTU dah siap, assignment Pak Wan belum buat lagi..Argh....aku tak boleh buang masa langsung, minggu depan present Sinema Malaysia. Hmm...aku janji yang aku akan lakukan yang terbaik untuk semua ujian dan presentation, for me,'NOTHING IS IMPOSSIBLE!!!!lagipun,bukannya mati pun buat benda tu semua, aku pernah menghadapi banyak ujian dengan baik,kenapa tidak kali ini,aku perlu percaya pada kemampuan dan kebolehan yang aku ada...tak perlu bergantung pada sesiapa kerana sebelum ni pun aku hanya bergantung pada diri aku sendiri!!!I'm proud being my self and Fatrim Syah!!!