Followers Tersayang

Khamis, 1 Januari 2009

AkU DaH sEm 3!!!!!NeW aBoUt Me...

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua, dah lama aku tak update blog aku nih, tak sempat kerna busy sangat. Kuliah untuk semestar tiga ni dah start dan nampaknya ada 2 subjek yang sangat tough tapi bagi aku semuanya boleh menjadi senang bila ada kemahuan nak belajar, lagipun dah separuh jalan nak dapatkan diploma. Sekarang aku bekerja sebagai penulis di sebuah Syarikat Surat Khabar SabaH iaitu 'Daily Express', kiranya berbangga juga aku, akhbar tu antara 3 buah akhbar yang paling laris di Sabah. Tugas aku di sana adalah sebagai penulis cerpen untuk slot cerpen pilihan setiap Hari Ahad, memang tough jugalah kena bersaing dengan penulis yang sudah lama bertugas di syarikat tersebut, idea-idea cerpen aku perlulah fresh dan membawa manfaat kepada masyarakat. setakat ni sudah hampir enam buah cerpen aku yang tersiar di surat khabar tersebut antaranya adalah "Janji A.D.Y", "Halusinasi", "Longkang Pahala", "Cincin", "Pasu Antik" dan terbaru adalah "Realiti". Insyallah semua cerpen-cerpen tersebut akan aku siarkan di blog ni sebagai tatapan ramai. Selamat Tahun Baru 2009 juga kepada semua, semoga azam baru yang kita bina akan tercapai. Semoga juga Semestar tiga ni berjalan dengan lancar & semoga aku mampu memikul tanggungjawab sebagai Ketua Kelas dengan baik....

1 ulasan:

Alia Azhari berkata...

wah wah wah, sudah jadi penulis rupenye kawan aku yang sorang nie, bile lagi mahu bagi aku baca? ape-ape pun, kite study sungguh-sungguh ya pet, aku tau kamu yang paling sesuai untuk jadi class rep. chaiyok!!