Followers Tersayang

Selasa, 20 September 2011

FELIX AF3 SUDAH BERKAHWIN



SALAM SEMUA

Dulu rumah aku takde astro lagi masa Akademi Fantasia 1 & 2.

Masa Akademi Fantasia 3 pun belum ada lagi, tapi sempatlah tengok 

di rumah bapa saudara sebab tinggal dekat 

situ masa kursus dulu.

Masa mula2 tengok AF3 tu, memang suka tengok peserta Sabah.

Mungkin sebab aku ni orang Sabahan juga kot.

Yalah, sokong orang sendiri.

Masa tu lah aku tertengok si Felix ni, bakat dia lain dari yang lain.

Aku dah agak dah dia akan jadi juara, tapi apa boleh buat.

Mawi pula tiba-tiba masuk.

Ini antara nyanyian Felix AF3 yang paling aku minat..Yang sedang-sedang saja...



Berbalik kepada tajuk besar tu.

YA! FELIX SUDAH BERUMAHTANGGA.

Aku terbaca dekat blog abang Nara. Thanks abang Nara sebab bagi info tu.

Dah lama tidak mendengar khabar si Felix ni, hari-hari dengar radio Sabah terdengar suara si Ebi sahaja, 

entah apa yang dia buat sekarang

Mungkin menyanyi lagi kot, lagu2 dusun.

Apapun TAHNIAH Felix yang telah berkahwin dengan pasangannya Lydia Selamat.

Ini antara gambar2 majlis perkahwinan Felix AF3 & Lydia Selamat yang diambil dari

laman facebook David Aramaiti

Tengok apa tu Felix?? 


Felix dan ahli keluarganya..:)


Apa yang terbaiknya Felix?? Sama padan mereka. 


Wah Felix, macam model pula kamu. Tahniah!!




p/s ~  Kliklah ads dekat atas kalau sudi, nak bayar PTPTN katanya..:)
 



Ahad, 18 September 2011

Hanya Khabar angin?? Siapa yang PROPA??





SALAM SEMUA.

Fuh! Hari ni terbaca pula statement seorang penulis lirik untuk album ALL YOUR LOVE 

nyanyian 

Dato' Siti Nurhaliza.

Menurut orang yang hanya bernama Christyle itu, empunya lagu All Your Love serta sebuah lagu 

yang dirakamkan Dato' Siti dan Sean Kingston. 

Penglibatan Alicia Keys dan Pit Bull dalam album All Your Love itu hanyalah khabar angin 

semata.

MURAI.MY yang propa ke ni??

Kalau betul okeylah, kalau tak takpelah, next time.

Namun, yang tak sedap didengar,

Si Christyle penyanyi dan penulis lirik Australia ini mengatakan

dia hanya menerima sebahagian bayaran oleh pihak penerbit, malah belum habis dibayar lagi.

Malah siap mengatakan Sean Kingston juga 

mengalami nasib serupa dan ia menyebabkan Encik Sean Kingston melambatkan proses 

penghantaran rakamannya ke Malaysia.

Hmm...Entah apa niat si Christyle ini.

Siap tulis dekat twitternya lagi.

DAN

dia dan status twitternya itu sudah tidak ada lagi di laman sosial itu.

PELIK.

Tak patut betul,

nampak sangat dia ni pentingkan duit dari karya.

Kepada Dato' Siti Nurhaliza,
as a fan.
Kami doakan yang terbaik untuk album
ALL YOUR LOVE.
Kalau benarlah tiada rakaman duet bersama Alicia Keys dan Pitbull pun takpe,
kami support artis tempatan yang mahu maju dalam industri..:)

~PEACE~



Sumber ~ Murai.com.my

p/s ~ Mari Klik saya!!

Sabtu, 17 September 2011

Malaysiakah Aku???????



Salam semua..

Entry lambat sehari, ini semua gara-gara asyik membetulkan blog sehari semalam.

Semalam adalah 16.SEPTEMBER 2011.

Hari di mana sambutan Hari Kebangsaan & Hari Malaysia disambut sekali.

Ya!!! Aku bangga jadi anak Malaysia.

Tapi Malaysiakah aku??

Maksud aku apa sumbangan aku untuk negara Malaysia ini??

Apa yang telah kita sumbangkan untuk negara??

Menghadiri konsert-konsert sempena merdeka??

Itu kau kata kau sudah Malaysia??

Konsert yang kebiasaannya bukan lagu patriotik yang ada.

Tapi lagu2 yang aku malas mahu cakap.

Kalau anda MALAYSIA.

Letaklah bendera di kereta anda, rumah anda, pejabat anda, malahan telefon anda (maksud aku sticker)

ataupun komputer riba anda mahupun Ipad anda dan tak lepas juga PC anda.

CUBA FAHAMI MALAYSIA, BETAPA BEERTI SEBUAH BENDERA ITU.

Betapa bertahun-tahun pejuang dahulu cuba menaikkan bendera itu.

Tapi kini, kenapa perlu berkempen menaikkan bendera?

Kenapa perlu ada pemberian bendera percuma.

Dan kenapa bendera itu hanya kita ingat dan naikkan ketika Hari Kebangsaan??

Ayuh Semua!! Kita kibarkan Jalur Gemilang itu sepanjang tahun!!!

Ayuh!!!

Kita ANAK MALAYSIA!!!

AKU, KAU, DIA DAN MEREKA ADALAH ANAK MALAYSIA!!!


SELAMAT HARI KEBANGSAAN & SELAMAT HARI MALAYSIA !!!



p/s ~ Jangan lupa kliklah gambar2 tak seberapa lawa kat atas tu yer...takpun, klik je link ni.. KUIZ HOW MALAYSIA ARE YOU.
Aku dapat 90%. Korang???

Khamis, 15 September 2011

~Persamaan Wardina, Catrionna Ross & Sham Kamikaze~


SALAM SEMUA..

Entry hari ni memang agak lain dari selalunya. 

Bukan lain sangat, masih lagi mengenai artis, tapi kali ini ke arah yang lebih baik. 

Tadi, singgah membaca dekat satu blog mengenai rambut bangkai Catriona Ross. 

Teringat satu rancangan dekat TV 9 time Ramadhan beberapa minggu lalu iaitu INI KISAHKU.

Mula2 dulu sempat tengok Mawi je, tak sangka pula ada Catrionna Ross, Wardina Saffiyah &

 Sham Kamikaze. 

Kita dah lama tahu mereka ini punya persamaan.

Sedih dengar kisah mereka, tapi menginsafkan. 

 Apa yg mereka cerita tu boleh jadi 

pengajaran untuk para remaja hari ini. 

Aku rasa kerdil sangat diri ini, macam banyak buat salah, biasalah manusia tiada yang 

sempurna.

Aku sharelah link tu, even korang semua sudah menonton atau tahu.

Aku saja letak entry ni dekat blog aku supaya aku akan sentiasa ingat.

Berblog juga berdakwah kan? (Aku bukan baik mana pun, mahu jadi lebih baik)...:)

Mari kita tonton kepada siapa yg belum pernah melihat KISAH mereka.

INI KISAHKU..


INI KISAHKU - CATRIONNA ROSS


INI KISAHKU - WARDINA SAFFIYYAH


INI KISAHKU - SHAM KAMIKAZE





p/s ~Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan..~peace~