Followers Tersayang

Jumaat, 14 September 2012

Review Novel : Perangkap Ajal tulisan Zaer Rihaz

Tajuk Novel : Perangkap Ajal
Penulis : Zaer Rihaz
Penerbit : Alaf 21 (2012)
Mukasurat : 424
Harga : RM 20.00 (Sabah/Sarawak)
RM 17.00 (Semenanjung)

Blurb sinopsis belakang novel:
J-Woks merupakan ketua penjenayah yang paling dikehendaki polis. Malangnya pihak berkuasa masih gagal mengenal pasti wajah sebenar suspek itu. Bahkan konco-konconya sendiri tidak pernah melihat ketua mereka. Kejahatan lelaki ini dan kumpulannya memporak-perandakan ibu kota Kuala Lumpur bukan mitos atau dongeng. Malah, kelicikan mereka memboloskan diri telah menjatuhkan maruah polis.
Inspektor Dzul Faqar yang ditugaskan mengetuai pasukan khas khusus untuk menangani kes ini tetap optimis. Namun penjenayah yang dikejarnya telah membuatkan nyawa keluarga dan wanita dicintainya turut terancam.Lantas komitmen kepada kerjaya sudah mula menjadi konflik peribadi.
 Dia tahu tiada antara mereka yang berpuas hati selagi salah seorangnya tidak menempah maut. Matlamat hidupnya hanya satu, membersihkan dunia ini daripada tangan-tangan durjana. J-Woks mesti ditangkap!

Ulasan aku:
Perangkap Ajal memang sesuai dengan tajuknya. Aku diam tak dapat berkata-kata sesudah tamat membaca novel ini. Memang lain daripada yang lain, memang bukan seperti filem hindustan ataupun filem barat yang mana meskipun watak utama kena tembak ke, kena bom ke atau jatuh dari tingkat 18 sekalipun tak mati tu. Novel ini lain, memang sama seperti tajuknya. Biasanya aku membeli novel thriller dari Alaf 21 ni untuk novel-novel RAM, RAM juga tidak mengakhiri sesuatu itu seperti ini. Tapi, jika tidak dibuat sebegitu, aku boleh cakap, penulisan dan tatacaranya mungkin tidak jauh beza dengan RAM. Namun, kerana bab-bab ending yang tidak tersangka-sangka itu, penilaian aku tersasar. Sang penulis mempunyai kelasnya yang tersendiri. Penulisan bermula dengan adegan aksi, aku boleh cakap apa yang ditulis seolah-olah terpapar di depan mata aku apabila membacanya. Pergerakannya sangat sinematik, seolah-olah ia satu tontontan filem aksi, aku paling salute bila ada penulis boleh buat begini. Cuma ada beberapa ayat-ayat atau perkataan yang aku rasakan sikit meleret-leret. Mungkin boleh diperbaiki pada masa akan datang, LESS IS MORE.

Al-kisah.....
Pertarungan demi pertarungan berlaku untuk memberkas J-Woks yang sangat licik. Sehinggalah babak di mana ibu dan adik Faqar berserta kekasihnya Suzzanne Lai diculik, agak sadis juga bila kumpulan penjenayah sanggup menumbuk dan membantai wanita tua (ibu Faqar) hingga lebam dan menampar-nampar adiknya sehingga muntah hijau. Apatah lagi kepada Suzanne Lai, nasib baiklah dia seorang anggota polis. Mereka bertiga ditangkap sebagai tebusan, rumah mereka pula dimusnahkan sehinggakan salah seorang jiran yang cuba membantu ditusuk dengan pedang oleh mereka, sementelah Faqar sebenarnya sedang bertarung dengan Sudin, suami kepada bekas kekasihnya yang juga orang J-Woks yang bertanggungjawab melaporkan kedatangannya ke kampung. Hampir saja Faqar menjadi mayat, nasib baiklah Faqar tangkas menembak demi mempertahan nyawanya.
Di bandar, Faqar menerima arahan demi arahan dari J-Woks untuk menyelamatkan adik dan ibunya. Namun, sesuatu yang tidak dijangka berlaku. Sementara itu Azie (anggota polis juga)  berhempas pulas memberkas J-Woks berserta pasukan unit Khas yang menemui markas J-Woks. Tidak berapa lama kemudian Faqar sampai dan membantu mereka. Azie rebah terkena tembakan peluru berasid. Faqar dan Suzanne bermati-matian berlawan dengan Faqar. Sehinggalah mereka berdua lemah, J-Woks cuba membunuh Suzanne tapi Faqar mengalah dan dia sanggup berbuat apa saja asalkan Suzanne tidak dibunuh. J-Woks memberinya satu baju yang mengandungi bom dan menyuruh Faqar menggarinya di satu tiang. Faqar menyuruh Suzanne keluar menyelamatkan diri. Dan.. kenalah belilah novel Perangkap Ajal ni.
Tentang siapa J-Woks juga akan terungkai... 
Cuma yang membezakan adalah samada ia terungkai di mata Inspektor Dzul Faqar ataupun mata pembaca semata...
Bagi aku, penulis bijak menenangkan emosi pembaca. Memang selalunya penulis novel thriller akan berbuat demikian. Penulis bijak menyertakan beberapa kalimah ayat Al-Quran yang meyakinkan pembaca untuk membaca dengan tenang tapi kemudiannya dikejutkan dengan kejadian yang dahsyat terutamanya apabila J-Woks mengganas. Antara babak yang menyentuh hati apabila sebuah bangunan yang mengandungi anak yatim dibom dan menyebabkan mereka semua mati. Masih banyak kejutan-kejutan yang berlaku dalam novel ini yang tidak mungkin terlintas dalam fikiran pembaca. Ada satu perasaan aneh dalam diri seusai membacanya. Mungkin juga anda akan benar-benar rasa terkejut. Ia bukan seperti NOVEL MELAYU biasanya! 

BINTANG : 2.3 bintang

1 ulasan:

Puteri Nurliyana berkata...

Saya dah baca buku ni..mmg sedih dan penuh dengan aksi Terbaik punya