Followers Tersayang

Jumaat, 14 September 2012

Review Novel : MURTAD tulisan Hasrul Rizwan


 Tajuk Novel : MURTAD
Penulis : Hasrul Rizwan
Terbitan : FIXI (2012)
Harga : RM 19.90
Mukasurat : 323
Sinopsis belakang buku :
Adam terus menekan punat pada briefcase hitam lalu dibukanya perlahan-lahan. Adam terbelalak. Akhil terlopong. Masing-masing berganjak ke belakang.Dua pucuk pistol automatik berkilatan hitam, sekeping envelop, kunci kereta dan juga sejumlah wang tersedia di dalam beg yang terpelahang buka. Adam menutup kembali beg itu. Matanya terpejam rapat. Akhil menelan air liur.
“Kerja gila apa sebenaqnya ni… haaa??” Akhil bertanya keras.
“Ini adalah kerja untuk agamamu. Benar. Seperti yang kamu fikir dan apa yang kamu lihat sekarang.”
“Hang nak suruh kami buat apa? Bunuh orang?”
“Ya”
“Nakharrom.”
“Kamu akan diberi tugas untuk membunuh orang-orang yang MURTAD.”

Ulasan Aku:
Pertama kalinya aku mencapai kepuasan maksima dalam pembacaan novel. Aku dapat rasakan novel ini BERBEZA dari awal aku lihat cover dan sinopsisnya di wall facebook FIXI sekitar bulan jun lalu. Sejak itu, aku sering baca reviewnya yang dishare dekat wall facebook FIXI. Alhamdulillah, semasa Pesta Buku Sabah (7.09.2012) lalu, aku tekad mendapatkan novel ini selepas memegangnya meskipun masih ada 5 novel lain yang bersaing hebat untuk aku beli didepanku. Nasib baik novel ini yang aku pilih dan aku tak menyesal.
Okies! Review, review, asyik-asyik mukadimah.
Novel MURTAD ini memilih nama watak yang bagi aku sangat bertepatan. Adam dan Akhil, dua orang kembar seiras yang digambarkan sangat kacak, bermata sepet dan berwajah Thailand (kena cari hero Thailand ni kalau jadi filem). Mereka mempunyai persamaan dari segi  rupa, ketinggian, bentuk badan, fesyen rambut. Aku perasan juga, mungkin kerana nama dan gaya mereka sama, kadang-kadang sang penulis terkeliru bilamana Adam menjadi Akhil, Akhil menjadi Adam. Tapi aku tak kisah, itu kesalahan kecil je. Bagi aku pun dua-dua sama. Waima, kadang-kadang aku pun terkeliru, ekeke…
Apa yang paling aku suka, watak utama ini menggunakan bahasa Kedah sebagai bahasa percakapan mereka. AWESOME! Kedah patut bangga. Banyak perkataan yang sangat melucukan, tapi ada juga perkataan yang agak censored untuk disebutkan. Penulis sangat bijak  bermain dengan emosi pembaca, tiba-tiba serius ada pula nama Azwan Ali, baru nak terketar, ada pula nama Neelofa dan Haliza Misbun. Dan-dan ada robocop! Penulis sangat pandai menenangkan pembaca, aku tak sangka, ingatkan cara penulisannya serius gila, rupa-rupanya dari awal hingga akhir semua melucukan. Mungkin bahasa Kedah punya pasal noo…
Bila aku mula membelek novel ini aku tak expect apa-apa. Tapi aku dapat rasakan pembacaan aku mesti menarik. Mengisahkan Adam dan Akhil yang datang ke Kuala Lumpur dari Kedah, Akhil menemani abangnya Adam untuk menghadiri interview. Tapi entah kenapa Adam marah benar dan terus keluar dari ruangan interview.
Kemudiannya mereka bertembung pula dengan satu kekacauan bilamana mereka ternampak seorang gadis dikasari oleh sekumpulan lelaki samseng. Dengan jiwa yang berani, Adam menyelamatkannya. Wow! Bukan saja kacak, kuat juga macam robocop! Kakakaka.. (amboi hang). Dalam pada masa sama, seseorang memerhatikan gerak geri mereka dari jauh, orang itu mengekori mereka sehingga Adam dan Akhil pergi ke sebuah surau. Mereka berdua bermalam di sana.
Esoknya, selepas solat subuh. Dua beradik kembar itu mengambil keputusan untuk stay di KL, cari kerja, cari rumah sewa macam perantau lainnya. Iyalah, balik ke kampung pun tiada apa di sana.
Semasa Akhil mencabut sebatang rokok, dia ternampak sekeping kad dilekatkan pada plastik di belakang kotak rokok itu. Kad itu ditarik dan dibaca. Kad berwarna hitam itu ditenung, tiada alamat dan nombor telefon. Hanya tertera alamat dan sepotong kalimah dua syahadah. Akhil bertanya Adam, Adam tidak tahu dari mana dia mendapat kad tersebut tapi dia mengatakan itu mungkin kerja kosong buat mereka. Mereka terus pergi ke alamat itu dan menemui serta ditawarkan sesuatu yang benar-benar mengejutkan mereka. (RUJUK SINOPSIS).
Maka bermulalah segalanya, maka bermulalah juga perjalanan mereka, bermulalah perjalanan cinta mereka juga.
Keseluruhannya, aku suka cara penulisan penulis ini, ada banyak benda yang aku tak tahu, aku belajar, contohnya solat sunat qobliyah subuh iaitu solat sunat yang nilainya dikatakan lebih berharga walau dipertaruhkan seluruh isi dunia ke atasnya, maka ia tak menyamai apa yang ALLAH swt ganjarkan pada dua solat sunat qobliyah subuh ini pada mereka yang mengerjakannya. Aku yang tak berapa pandai bab agama ni kemudiannya maklum dan terus google. Tak sangka ada benda yang aku belajar dari sebuah novel.    
Selain itu, aku paling SALUTE cara penulisan bersahaja penulis ini, sangat-sangat bersahaja. Aku dapat rasakan penulis adalah penulis alaf baru yang membuka dimensi pembacaan baru pada anak-anak muda. Aku jadi makin sayang pada agama aku. Pertama kali aku tengok tajuk ni, memang aku pun terkejut, apa benda ni. Tapi aku tahu, harus ada yang cuba disampaikan penulis.
Maklum, gejala MURTAD kian berleluasa, baru-baru ini saja dua orang Islam di Pulau Pinang memohon menukar agama dan semuanya seolah-olah dipandang ringan saja. Belum lagi beratus atau mungkin beribu permohonan lain serta yang menyembunyikan status agama masing-masing. Seolah-olah menukar agama itu macam tukar kasut. Kadang-kadang, ramai perempuan Islam sanggup menukar agama kepada agama suami kerana ingin berkahwin dengan mereka. (Adegan dalam  Drama ‘Tanah Kubur’ di Astro Oasis itu sebagai contoh).
Sedih pula apabila agama dipermainkan, tapi kita sebagai orang Islam macam buat tak tahu saja. Main tengok, maklum dan hanya jadi perbualan tangga Mak Senah, Mak Jemah, Mak Kiah dan Janda Siah. Pelik kan?  Malahan aku pernah kenal satu budak ni masa PLKN dulu, katanya mak dia Islam, ayah dia Kristian. Terkedu aku! Seharusnya, hukuman pada orang yang MURTAD ni dikuatkuasakan! Masya ALLAH.. dunia akhir zaman. (Maaf teremo pula)
Kepada pembaca lain, tak salah kiranya kalau kita membaca sesuatu yang di luar wadah pembacaan yang selalu kita baca. Tak rugi kalau kita mencuba sesuatu yang baru, macam makanan, hari ni kita makan nasi lemak, esok makan lain pula, takkanlah nak makan nasi lemak saja kan?
Mungkin ada beberapa perkataan yang tidak sesuai untuk kanak-kanak membacanya. Tapi aku rasa bila perkataan itu ditukar kepada sesuatu yang lain pun. Mesti novel ini nampak biasa-biasa saja. Ala, kita sendiri boleh fikir, takkanlah lepas baca sebuah novel saja terus jadi jahat pula. Takkan lepas baca novel kita nak rosak minda pula. Ya dak? 

BINTANG -----> 4.5 bintang

PERSOALAN??? 
Apakah Akhil dan Adam akan benar-benar berhenti memburu orang murtad? Mungkinkah ada sesuatu berlaku? Banyak kemungkinannya ni. Mungkin juga ada sambungan? 

     P/s~Tak pernah lagi aku review novel panjang gedebak macam ni dan pertama kali juga aku kena belek untuk pastikan mana satu Adam dan mana satu Akhil. OMG!! Teringat, tetiba ada pula Zombi kat novel Murtad ni. APAKAH?

2 ulasan:

Eera Shera berkata...

sy pun dah baca. best kan..memang ada mesej dlm novel ni terutama dlm hal agama.tak ramai pejuang mcm adam dan akhil..

best review ni ;)

Guy Next Door (Fatrim Syah) berkata...

Benarrr.. Idea penulis ni memang ohsem!