Followers Tersayang

Isnin, 10 September 2012

~Review : Buku Cerpen KOPI terbitan FIXI~


Tajuk Buku : KOPI (Sold out!)
Terbitan : Buku Fixi
Harga : RM 15.00
Mukasurat : 177.
Penulis : Shaz Johar, Dayang Noor, Nadia Khan, Adib Zaini, Gina Yap Lai Yoong, Ridhwan Saidi, Amal Hamsan, Dheepan Pranthaman, Nik Adam Ahmad, Nabila Najwa, Shafaza Zara Syed Yusof, Asyraf Bakti, Hafiz Hamzah, Luc Abdullah, Fadli Al-Akiti, Redza Minhat, Faizal Sulaiman, Syaihan Syafiq, Raja Faisal.

Ulasan Aku:
Aku sebenarnya tak merancang langsung nak beli buku KOPI ni. Sebenarnya nak beli Novel Suami dan Novel Isteri. Bila aku sampai booth Lejen Press sempena Pesta Buku Sabah dekat Suria Sabah jumaat tu (7.09.2012),  aku minta Novel Suami dan juga Novel Isteri dekat abang kacak tu. Aku baca sinopsis, menarik. Sebenarnya masa aku datang jam 2.16 petang ke booth tu, abang Lejen tu sedang menyusun atur novel2 dari kotak, tetiba aku macam nampak bayang-bayang novel Kopi. Tak rugi pun kalau aku tanya. Manalah tahu ada kan, meskipun dekat laman fb & twitter  FIXI bagitau novel ni dah soldout, aku tetap nak tanya, manalah tahu harapan Encik Amir agar novel ni masuk pasaran gelap tercapai hendaknya.
 Yeay! Ada! 
besar mata aku!
bila aku dah pegang buku Kopi masa tu, aku dah lupa yang aku nak beli novel Suami, Isteri, Licik & Bisik.
 Fikiran aku dah menerawang, melayang-layang ke angkasa raya.
Aku tanya lagi, ada tak DVD Kopi tu. Ada juga. Fuh! Masa tu aku senyum sampai ke telinga di sebalik spek mata rayban aku. Kakakaka... Aku gembira gila-gila, aku grab dua-dua sekali beserta Novel Murtad dan Novel Ketakutan. Tengok? Lain yang aku nak beli, lain yang aku dapat. Memang aku ni tak tetap pendirian langsung! Cibai!
Ish! Ini ulasan ke luahan, nak tumpang glamour betul kau! 
Okies!
Aku nak review secara keseluruhan ya.
 Aku paling suka cerpen bertajuk Luwak & Kretek, Kopi Percik, Secangkir Kopi Bersama Dia, Kopi Jantan Kaw, Kopi Julia, Kopi 3 Rasa,  Kopi Mimpi, Kopi & Kola.
Lain-lain tu bukan tidak suka, cuma mungkin tidak kena dengan jiwa aku. Tak dapat kata lebih sebab akupun bukan bagus sangat. Apapun, aku salute semua penulis yang hasilkan karya ni. Kami sebagai pembaca sangat teruja. Aku still ketawa bila tengok DVD untuk cerpen Luwak & Kretek, dalam DVD diganti tajuk dengan 'Dear Ridhwan'.
 Novelis berwajah musang???!!! ekekeke.. sampai masuk dalam mimpi aku tau, mimpi ngeri ke mimpi komedi aku pun tak dapat nak kategorikan.
Ringkasnya, korang kena dapatkan Buku Cerpen Kopi ni (pasaran gelap kerana dah soldout) & juga DVD Kopi. Sebab, aku yakin, korang akan lupa diri macam aku bila nampak Buku Cerpen Kopi ni terpampang depan mata apatah lagi belum dimiliki.  

Keseluruhannya : Berbintang-bintang!
Btw, rasanya ada sesetengah cerpen tu harus diletak kategori, aku rasa lain macam bila baca. Gulp!


Status~Sehingga kini masih tak sampai hati membuka plastik novel MURTAD. Terlalu teruja punya pasal! Hope esok dah hilang rasa berdebar tu. Aku nak sangat baca! Tapi, perasaannya macam jatuh cinta pandang pertama. Apakah?


Klik untuk baca review ini ----> Review : Kumpulan 8 Filem Pendek 'KOPI'


4 ulasan:

shandye. berkata...

tahniah sebab akhirnya anda dapat jugak memiliki senaskah KOPI yang kekononnya dah masuk ke pasaran gelap tu.

kiranya naskah yg ko beli tu dah last kopek weh. congrats. hahahaha...

Lelaki Bayu (Fatrim Syah) berkata...

~Mr Shandye a.k.a Syaihan Syafiq
Trimas komen blog saya, saya suka cerpen anda dalam Buku Cerpen Kopi berjudul;'Secangkir Kopi Bersama Dia'. Tahniah ya!

Fuh! Memang last kopek amat! Nasib baik aku tak beli yang pasaran gelap, kalau tak, pasti lebih mahal! hihi..

FaizalSulaiman berkata...

wah! tahniah sebab dapat dua-dua, disaat ramai pembaca menyesal tak dapatkan Kopi pada permulaan ianya dijual.

Lelaki Bayu (Fatrim Syah) berkata...

~Faizal Sulaiman~

Trimas singgah komen. Sayalah antara orang yang menyesal itu. Ada juga saya try google kalau2 ada orang jual. Saya datang ke Pesta Buku Sabah dengan matlamat itu saja. Alhamdulillah. Berhasil!! Saya tak perlu pergi pasaran gelap. hihi..

Cerpen awak 'KOPI JULIA' sangat menarik dan buat saya tertanya-tanya, apatah lagi yang setelah divisualkan. Ada sesuatu di situ. :)