Followers Tersayang

Selasa, 11 September 2012

Review : Kumpulan Filem Pendek 'KOPI' edaran FIXI.


Tajuk DVD : Kumpulan Filem Pendek 'KOPI'
Harga : RM 15.00
Edaran : FIXI
Penerbit : Amir Muhammad
Tentang :  8 filem pendek yang terinspirasi oleh minuman yang adiktif ini. Ada yang manis, pahit, lazat berkrim dan kaw-kaw. Walau tidak semua orang punya selera sama, perbezaan ini boleh diraikan dengan sehidang KOPI. (Ambil melalui laman FIXI)


~KOPI 3 RASA~
Pengarah : Nazri M.Annuar
Penulis Asal : Shaz Johar
 Sinopsis thru dvd : 3 ahli keluarga damai gemar memesan kopi istimewa daripada orang gaji mereka, Ika.

Ulasan saya:
Teruja rasanya apabila melihat track pertama filem pendek ini adalah Kopi 3 Rasa. Seperti drama yang diadaptasi daripada novel, aku suka kalau ia bulat-bulat seperti cerita asal, atau paling kurang 89.9% mengikut cerita asal. DAN, aku paling puas hati bila aku lebih faham apa yang cuba disampaikan melalui visual. 

4 bintang!

~KOPI PERCIK~
Pengarah : Azizulhakim Salleh
Penulis Asal : Amal Hamsan
Sinopsis thru dvd :Firdaus seorang mahasiswa yang memang obses kopi. Pada satu hari, ramai orang buat dia bengang.

Ulasan saya:
Ini adalah filem pendek yang aku rasa paling aku suka. Aku suka story telling dia, walaupun sebenarnya ideanya nampak biasa, tapi aku suka rasa thrill yang macam ni. Memang kena dengan jiwa aku. Aku puas hati dengan visual untuk cerpen ni. Bravo!

4.3 bintang!

~CINTA KOPI~
Pengarah : Sheryl Chong
Penulis Asal : Gina Yap Lai Yoong
Sinopsis thru dvd : Jon suka datang ke kafe ini. Dia datang tiap-tiap hari dan tak mahu pulang.

Ulasan saya:
Tiba-tiba bila menonton filem pendek ini, aku buka balik Buku Cerpen Kopi, mana satu cerpennya ni. Sampai aku baca balik lepas habis menonton dvdnya. Lagi-lagi aku yang memang suka dengan gangguan psikologi macam halusinasi.

3.9 bintang!

~KOPI, DONUT & BAYANG GADIS BERAMBUT HIJAU~
Pengarah : Bebbra Mailin
Penulis Asal : Adib Zaini
Sinopsis thru dvd : Adib dah lebih seminggu emo. dan koyak. Kawannya Boy datang dengan donut dan nasihat.

Ulasan saya:
Sebenarnya saya kurang sikit dengan cerpen ni. Bila tengok visual dia dah lain macam, mungkin ada sikit improvisasi. Tapi aku puas hati, at least aku faham apa yang penulis cuba sampaikan.

3 bintang!


~KOPI JANTAN KAW~
Pengarah & Penulis Asal:  Nik Adam Ahmad.
Sinopsis thru dvd : Jalan-jalan di KL. Jumpa pulak pakcik ni. Dia pernh masuk penjara.

Ulasan saya:
Saya suka dengan kesederhanaan cerpen ini. Baik secara tulisan ataupun visual. Ianya mungkin sudah dicipta saling melengkapi.Ditambah dengan VO bahasa Kelantan, ia sangat menarik untuk ditonton walaupun hanya menggunakan gambar statik. Ia sesuatu yang unik. Ini juga saya suka.

4.51 bintang! 

~ KOPI JULIA~
Pengarah : Tan Bee Thiam
Penulis Asal : Faizal Sulaiman
Sinopsis thru dvd : Rashad datang ke rumah kawannya Ikram, tak sangka pula mak Ikram tu hot.

Ulasan saya :
Saya paling tak sabar nak tengok visual untuk Kopi Julia ni. Sebab saya dapat rasakan ini macam cerpen agak seram, sebab ada bunuh-bunuh. Pandai penulis memanipulasi pemikiran pembaca yang ingatkan ini satu perebutan cinta antara anak dan ibu. Mana tidaknya, dalam visual pun boleh nampak, rupa-rupanya ada kejutan! 

4.3 bintang!

~DEAR RIDHWAN~
Pengarah : Aidil Rusli
Penulis Asal : Ridhwan Saidi
Sinopsis thru dvd : "Jangan percaya kata-kata seorang yang berkepala musang" kata suami.

Ulasan saya :
Saya paling suka ini! Saya tahu penulis ni bukan calang-calang. Semasa saya belajar time diploma dulu, dia selalu buat shortfilm yang melangkau pemikiran orang lain. Apalagi dalam tulisan, novel Cekik paling best! Okey- okey, review, aku tak dapat kata banyak, memang menarik, nampak simple tapi ada yang cuba nak disampaikan. Suka!

4.63 bintang!

~KOPI & DIA~
Pengarah : Fikri Jemadi
Penulis Asal : Syaihan Syafiq
Sinopsis thru dvd : Dua kisah cinta, Satu mungkin akan ditamatkan sambil menghirup kopi.

Ulasan saya :
Speechless!!

2.99  bintang

#Keseluruhannya aku rasa, memang tepat pilihan-pilihan untuk memvisualkan 8 cerpen dari Buku Cerpen KOPI ini. Mungkin penulis dan pengarah perlu banyak berbincang lebih lanjut supaya apa yang disampaikan di buku boleh divisualkan dengan lebih baik, walaupun dengan sedikit improvisasi. Tapi, sebenarnya aku suka semuanya! Sebab bukan mudah nak hasilkan filem pendek. Aku sebagai budak filem tahu benar rasanya. 
Antara filem pendek terbaik tentulah 'Kopi Jantan Kaw'. Mungkin aku suka cara santai dan less is more yang cuba dicreate oleh pengarah yang juga penulis cerpen ini. Yang lain-lain juga tidak mengecewakan. Aku terbayang-bayang kalau Cerpen 'Kopi Mimpi' divisualkan, harus gempak. ^___^


p/s~Jangan tanya tentang nak jual atau beli, dvd dan buku Kopi aku dah disimpan dalam sebuah kotak bawah tanah siap ada laser lagi. 
 

Salam Ukhuwah dari Pemilik Blog,
Fatrim Syah.^___^





 




Isnin, 10 September 2012

~Review : Buku Cerpen KOPI terbitan FIXI~


Tajuk Buku : KOPI (Sold out!)
Terbitan : Buku Fixi
Harga : RM 15.00
Mukasurat : 177.
Penulis : Shaz Johar, Dayang Noor, Nadia Khan, Adib Zaini, Gina Yap Lai Yoong, Ridhwan Saidi, Amal Hamsan, Dheepan Pranthaman, Nik Adam Ahmad, Nabila Najwa, Shafaza Zara Syed Yusof, Asyraf Bakti, Hafiz Hamzah, Luc Abdullah, Fadli Al-Akiti, Redza Minhat, Faizal Sulaiman, Syaihan Syafiq, Raja Faisal.

Ulasan Aku:
Aku sebenarnya tak merancang langsung nak beli buku KOPI ni. Sebenarnya nak beli Novel Suami dan Novel Isteri. Bila aku sampai booth Lejen Press sempena Pesta Buku Sabah dekat Suria Sabah jumaat tu (7.09.2012),  aku minta Novel Suami dan juga Novel Isteri dekat abang kacak tu. Aku baca sinopsis, menarik. Sebenarnya masa aku datang jam 2.16 petang ke booth tu, abang Lejen tu sedang menyusun atur novel2 dari kotak, tetiba aku macam nampak bayang-bayang novel Kopi. Tak rugi pun kalau aku tanya. Manalah tahu ada kan, meskipun dekat laman fb & twitter  FIXI bagitau novel ni dah soldout, aku tetap nak tanya, manalah tahu harapan Encik Amir agar novel ni masuk pasaran gelap tercapai hendaknya.
 Yeay! Ada! 
besar mata aku!
bila aku dah pegang buku Kopi masa tu, aku dah lupa yang aku nak beli novel Suami, Isteri, Licik & Bisik.
 Fikiran aku dah menerawang, melayang-layang ke angkasa raya.
Aku tanya lagi, ada tak DVD Kopi tu. Ada juga. Fuh! Masa tu aku senyum sampai ke telinga di sebalik spek mata rayban aku. Kakakaka... Aku gembira gila-gila, aku grab dua-dua sekali beserta Novel Murtad dan Novel Ketakutan. Tengok? Lain yang aku nak beli, lain yang aku dapat. Memang aku ni tak tetap pendirian langsung! Cibai!
Ish! Ini ulasan ke luahan, nak tumpang glamour betul kau! 
Okies!
Aku nak review secara keseluruhan ya.
 Aku paling suka cerpen bertajuk Luwak & Kretek, Kopi Percik, Secangkir Kopi Bersama Dia, Kopi Jantan Kaw, Kopi Julia, Kopi 3 Rasa,  Kopi Mimpi, Kopi & Kola.
Lain-lain tu bukan tidak suka, cuma mungkin tidak kena dengan jiwa aku. Tak dapat kata lebih sebab akupun bukan bagus sangat. Apapun, aku salute semua penulis yang hasilkan karya ni. Kami sebagai pembaca sangat teruja. Aku still ketawa bila tengok DVD untuk cerpen Luwak & Kretek, dalam DVD diganti tajuk dengan 'Dear Ridhwan'.
 Novelis berwajah musang???!!! ekekeke.. sampai masuk dalam mimpi aku tau, mimpi ngeri ke mimpi komedi aku pun tak dapat nak kategorikan.
Ringkasnya, korang kena dapatkan Buku Cerpen Kopi ni (pasaran gelap kerana dah soldout) & juga DVD Kopi. Sebab, aku yakin, korang akan lupa diri macam aku bila nampak Buku Cerpen Kopi ni terpampang depan mata apatah lagi belum dimiliki.  

Keseluruhannya : Berbintang-bintang!
Btw, rasanya ada sesetengah cerpen tu harus diletak kategori, aku rasa lain macam bila baca. Gulp!


Status~Sehingga kini masih tak sampai hati membuka plastik novel MURTAD. Terlalu teruja punya pasal! Hope esok dah hilang rasa berdebar tu. Aku nak sangat baca! Tapi, perasaannya macam jatuh cinta pandang pertama. Apakah?


Klik untuk baca review ini ----> Review : Kumpulan 8 Filem Pendek 'KOPI'


Review Novel : Mandatori tulisan Ramlee Awang Murshid (RAM)


Tajuk Novel : Mandatori
Penulis : Ramlee Awang Murshid (RAM)
Penerbit : Alaf 21
Harga : Aku beli RM 10 online, harga sebenar RM 19.90
Mukasurat : 501
~Ada 2 cover, aku punya cover lama sebelah kiri tu~

Sinopsis Mandatori:
Bermula dengan hukuman di tali gantung yang dikenakan ke atas seorang pemandu, Carlos menyimpan dendam menuntut keadilan. Seorang demi seorang yang menzalimi akan terpaku di mahkamah keadilan yang dicipta oleh Carlos sendiri. Dialah pendakwa raya dan dia jugalah hakim.

Bagi Carlos, peguambela sudah tidak perlu lagi kerana pendakwaan membawa erti kesalahan telah terbukti. Sesiapa yang diadilinya pasti akan menerima hukuman dengan sekali perbicaraan. Dan hukuman yang pasti ialah hukuman mati mandatori!

Ulasan aku : 
Alhamdulillah. Novel 'Mandatori' ini merupakan novel kedua yang aku beli selepas 'Semangat Hutan'. Sudah lama aku tidak mendapatkan novel-novel RAM ni. Tahun lepas aku beli banyak novel RAM. Ini antara karya terawal RAM. Cerita ni ada kaitannya ngan split personaliti. Bunuh membunuh dan pelbagai perkara tentang perundangan. Mengenai Carlos yang menuntut bela atas kematian seseorang, seorang demi seorang mati dibunuh mengikut cara Carlos sendiri. Tragis juga bila betul-betul ada orang macam ni. 
Rupa-rupanya Carlos ni ada kaitan dengan seorang pemandu yang mati dihukum gantung beberapa tahun lalu. Ceritanya dapat diagak oleh pembaca, mungkin kerana penulis mahu memudahkan pemahaman pembaca terhadap apa yang disampaikan.
Keseluruhannya secara ringkas, 
permulaannya sedikit pening kepala selepas datangnya pelbagai watak yang bermacam rupa. Tapi, aku cuba tenangkan minda, iyalah RAM, manalah tahu dia ada buat benda lain. Masuk part-part pertengahan agak menggalakkan dan pengakhirannya boleh diagak sendiri oleh pembaca. Novel ini kalau digarap lebih mungkin lebih menarik. Tapi aku faham, mungkin masa tu RAM baru nak menarik perhatian pembaca. 

Bintang : 3 bintang!

Review Novel : Semangat Hutan tulisan Ramlee Awang Murshid (RAM)


Tajuk Novel : Semangat Hutan
Penulis : Ramlee Awang Murshid (RAM)
Penerbit : Alaf 21
Harga: RM 19.90
Mukasurat : 519
 
Sinopsis : SEMANGAT HUTAN
Bila Amiruddin terdengar berita mengenai sebuah jet peribadi terhempas di hutan Keningau, memorinya segera terbayangkan Wan Suraya kekasihnya. Benar… gadis itu adalah di antara mangsa yang terlibat. Dengan seorang rakan, Amiruddin bergegas ke tempat tragedi. Saudaranya yang tinggal di hutan juga dihubungi secara psikik untuk turut membantu. Dalam pada itu, sejenis makhluk aneh berkeliaran di hutan tersebut. Rogon amat digeruni oleh penduduk di pedalaman. Raungannya sahaja boleh mengecutkan perut. Bila ia menerjah, mangsa hanya mampu pasrah menanti ajal. Rogon juga tercium bau manusia di hutan sekitar tempat terhempasnya jet itu. Di antara Amiruddin dan Rogon, siapakah yang terlebih dahulu menemui Wan Suraya?

Ulasan Aku;
Secara keseluruhannya aku sebagai anak jati Sabah amat berbangga dengan karya 'SEMANGAT HUTAN' ini, memang aku agak terkejut juga penulis mampu menciptakan satu legend ke dalam sebuah novel. Selalu dekat kampung aku, Rogon ni bermaksud hantu, bila aku terbaca perkataan Rogon dekat kulit belakang aku terkejut. Hah? Cerita hantu? Oh! Sekali aku baca, rupanya Rogon yang dimaksudkan itu lain. Cerita ini bergerak agak laju walaupun ia novel setebal 519 mukasurat. Aku rasa antara novel penulis yang paling aku sukai. Gambaran dan situasi yang diciptakan itu seolah-olah satu pergerakan dalam filem yakni 'sinematik'. Aku suka! 
Bintang: 4.5 bintang