Followers Tersayang

Ahad, 27 Januari 2013

Bekas Wartawan Majalah Masakan Tumpang Glamer Pun Nak Jadi Penulis! Motippp..!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua. Harap semuanya sihat-sihat belaka ya.Oh! Pasal tajuk tu. Ya! Anda masih ingat lagi bila saya ada temuramah seorang penulis novel LARI DARI SYURGA hari tu? Tak ingatlah tu, iyalah, siapa nak melawat blog bersawang aku ni kan. Ni link nya 'Bila bekas wartawan majalah masakan interview novelis. Motip?

Korang nak tau, oleh sebab hari tu masa aku temuramah penulis tu. Aku siap bagitau itu tugas terakhir aku dan aku takde kerja lepas tu. Dia kata penerbit dia ada projek nanti. For sure aku nak. Maka suatu hari tu, penulis tu ada contact aku. Katanya, penerbit ada projek antologi cerpen. Aku pun grablah.
DAN... aku tak sangka. Aku berjaya tersenarai. Lepas ni nampaknya kena tukar profesion jadi penulis ajelah. Paling-paling kena ketuk dengan pembaca je. Pasal Majalah Masakan tu, aku tak tau wujud ke tak lagi. Hari tu aku ke kedai tak pula aku nampak majalah tu lagi, ke dia kehilangan pekerja terbaik macam aku. Oh! Makin panjang, makin melalut pula.
Okey! Abaikan semua perkara yang AUTA tu.

Mari! Kita tengok cover sempoi buku koleksi cerpen berjudul 'UNTUK SEPARA TUHAN' ni... lawa ke tidak?


Tajuk : UNTUK SEPARA TUHAN
PENULIS : Khalil Zaini, Arif Zulkifli, Ilma Asmadi, Syaihan Syafiq, Wassim Fairuz, Siti Nazariah, Azhar Ibrahim, Fikri Misti, Nora Muharam, Ahmad Syukri, Ahmad Solihin, Raisya Nordin, Musalmah Munira, Farid Arif, Syafie Mahyani, FATRIM SYAH, Ariff Masrom, Salleh Razak, Fatin Nadhira. Fikri Harun
TERBITAN : Buku Hitam Press 
ISBN : 978-967-113-685-0
HARGA : RM 25.00 termasuk pos. Yang beli by hand maybe RM 20.00
~SINOPSIS UNTUK SEPARA TUHAN~
BOLEH jadi tanpa sedar kau dengan angkuhnya menganggap dirimu maha mengetahui - menjadikan kau manusia separa tuhan - menjatuhkan hukum benar dan wujud hanya pada apa yang kau LIHAT dan TAHU. Sedang selainnya semata-mata tipu dan plasu. Sedarlah kau tidak diciptakan tuhan yang separa dirimu itu dengan satu mata di hadapan dan satu lagi di belakang untuk melihat seluruhnya, bahkan akal pemberiannya yang membezakan kau dengan binatang itu juga punya daerah terlarang!
Buku ini bakal dilancarkan pada 3.FEBUARI.2013 di Pesta Buku 1 Malaysia kat PWTC nanti. Sodih aku tak dapat datang. Sebabnya aku ngah berhanimun kat Sabah ni ha. 
Nak tengok cara tempahan, boleh ke blog publisher BUKU HITAM PRESS
p/s ~Serius, aku bersyukur sangat sebab tersenarai antara 20 ni. Semoga kepada sesiapa yan membeli buku ini berpuas hati dengan tulisan aku yang biasa-biasa itu. Tapi aku JAMIN yang lain-lain punya tulisan tu pasti hebat!!!!!

3 ulasan:

shandye. berkata...

penulis nombor 4 tu sure diva kan? hahahaha....

anyways, mmg bangga + excited giler sbb berkongsi ruang dalam antologi kali ni dgn korang semua...

=)

Jejaka Jelita (Fatrim Syah) berkata...

penulis nombor 4 memang very the diva pun.. kikiki..

Saya penulis kecik ni bangga sebab berkongsi ruang dengan penulis novel BISIK terbitan FIXI yang hebat tuh. Juga dengan penulis lain yang x kurang hebat, bangga terlebih + excited terlebih.. kikiki.. ^___^

saifudin abu izzudin berkata...

nice day :)
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
Jadilah seperti yang kamu inginkan,
karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
yang ingin kamu lakukan

http://www.nolimitadventure.com/