Tajuk Novel : Semangat Hutan
Penulis : Ramlee Awang Murshid (RAM)
Penerbit : Alaf 21
Harga: RM 19.90
Mukasurat : 519
Sinopsis : SEMANGAT HUTAN
Bila Amiruddin terdengar berita
mengenai sebuah jet peribadi terhempas di hutan Keningau, memorinya
segera terbayangkan Wan Suraya kekasihnya. Benar… gadis itu adalah di
antara mangsa yang terlibat. Dengan seorang rakan, Amiruddin bergegas ke
tempat tragedi. Saudaranya yang tinggal di hutan juga dihubungi secara
psikik untuk turut membantu. Dalam pada itu, sejenis makhluk aneh
berkeliaran di hutan tersebut. Rogon amat digeruni oleh penduduk di
pedalaman. Raungannya sahaja boleh mengecutkan perut. Bila ia menerjah,
mangsa hanya mampu pasrah menanti ajal. Rogon juga tercium bau manusia
di hutan sekitar tempat terhempasnya jet itu. Di antara Amiruddin dan
Rogon, siapakah yang terlebih dahulu menemui Wan Suraya?
Ulasan Aku;
Secara keseluruhannya aku sebagai anak jati Sabah amat berbangga dengan karya 'SEMANGAT HUTAN' ini, memang aku agak terkejut juga penulis mampu menciptakan satu legend ke dalam sebuah novel. Selalu dekat kampung aku, Rogon ni bermaksud hantu, bila aku terbaca perkataan Rogon dekat kulit belakang aku terkejut. Hah? Cerita hantu? Oh! Sekali aku baca, rupanya Rogon yang dimaksudkan itu lain. Cerita ini bergerak agak laju walaupun ia novel setebal 519 mukasurat. Aku rasa antara novel penulis yang paling aku sukai. Gambaran dan situasi yang diciptakan itu seolah-olah satu pergerakan dalam filem yakni 'sinematik'. Aku suka!
Bintang: 4.5 bintang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan