Tajuk Novel : Perangkap Ajal
Penulis : Zaer Rihaz
Penerbit : Alaf 21 (2012)
Mukasurat : 424
Harga : RM 20.00 (Sabah/Sarawak)
RM 17.00 (Semenanjung)
Blurb sinopsis belakang novel:
J-Woks merupakan ketua penjenayah yang paling dikehendaki
polis. Malangnya pihak berkuasa masih gagal mengenal pasti wajah sebenar suspek
itu. Bahkan konco-konconya sendiri tidak pernah melihat ketua mereka. Kejahatan
lelaki ini dan kumpulannya memporak-perandakan ibu kota Kuala Lumpur bukan
mitos atau dongeng. Malah, kelicikan mereka memboloskan diri telah menjatuhkan
maruah polis.
Inspektor Dzul Faqar yang ditugaskan mengetuai pasukan
khas khusus untuk menangani kes ini tetap optimis. Namun penjenayah yang
dikejarnya telah membuatkan nyawa keluarga dan wanita dicintainya turut
terancam.Lantas komitmen kepada kerjaya sudah mula menjadi konflik peribadi.
Dia tahu tiada
antara mereka yang berpuas hati selagi salah seorangnya tidak menempah maut.
Matlamat hidupnya hanya satu, membersihkan dunia ini daripada tangan-tangan durjana.
J-Woks mesti ditangkap!
Ulasan aku:
Perangkap Ajal memang sesuai dengan tajuknya. Aku diam
tak dapat berkata-kata sesudah tamat membaca novel ini. Memang lain daripada
yang lain, memang bukan seperti filem hindustan ataupun filem barat yang mana
meskipun watak utama kena tembak ke, kena bom ke atau jatuh dari tingkat 18
sekalipun tak mati tu. Novel ini lain, memang sama seperti tajuknya. Biasanya
aku membeli novel thriller dari Alaf 21 ni untuk novel-novel RAM, RAM juga
tidak mengakhiri sesuatu itu seperti ini. Tapi, jika tidak dibuat sebegitu, aku
boleh cakap, penulisan dan tatacaranya mungkin tidak jauh beza dengan RAM. Namun,
kerana bab-bab ending yang tidak
tersangka-sangka itu, penilaian aku tersasar. Sang penulis mempunyai kelasnya
yang tersendiri. Penulisan bermula dengan adegan aksi, aku boleh cakap apa yang
ditulis seolah-olah terpapar di depan mata aku apabila membacanya.
Pergerakannya sangat sinematik, seolah-olah ia satu tontontan filem aksi, aku
paling salute bila ada penulis boleh
buat begini. Cuma ada beberapa ayat-ayat atau perkataan yang aku rasakan sikit meleret-leret. Mungkin boleh diperbaiki pada masa akan datang, LESS IS MORE.
Al-kisah.....
Pertarungan demi pertarungan berlaku untuk memberkas
J-Woks yang sangat licik. Sehinggalah babak di mana ibu dan adik Faqar berserta
kekasihnya Suzzanne Lai diculik, agak sadis juga bila kumpulan penjenayah
sanggup menumbuk dan membantai wanita tua (ibu Faqar) hingga lebam dan
menampar-nampar adiknya sehingga muntah hijau. Apatah lagi kepada Suzanne Lai,
nasib baiklah dia seorang anggota polis. Mereka bertiga ditangkap sebagai
tebusan, rumah mereka pula dimusnahkan sehinggakan salah seorang jiran yang
cuba membantu ditusuk dengan pedang oleh mereka, sementelah Faqar sebenarnya
sedang bertarung dengan Sudin, suami kepada bekas kekasihnya yang juga orang
J-Woks yang bertanggungjawab melaporkan kedatangannya ke kampung. Hampir saja
Faqar menjadi mayat, nasib baiklah Faqar tangkas menembak demi mempertahan
nyawanya.
Di bandar, Faqar menerima arahan demi arahan dari J-Woks
untuk menyelamatkan adik dan ibunya. Namun, sesuatu yang tidak dijangka
berlaku. Sementara itu Azie (anggota polis juga) berhempas pulas memberkas J-Woks berserta
pasukan unit Khas yang menemui markas J-Woks. Tidak berapa lama kemudian Faqar
sampai dan membantu mereka. Azie rebah terkena tembakan peluru berasid. Faqar
dan Suzanne bermati-matian berlawan dengan Faqar. Sehinggalah mereka berdua
lemah, J-Woks cuba membunuh Suzanne tapi Faqar mengalah dan dia sanggup berbuat
apa saja asalkan Suzanne tidak dibunuh. J-Woks memberinya satu baju yang
mengandungi bom dan menyuruh Faqar menggarinya di satu tiang. Faqar menyuruh
Suzanne keluar menyelamatkan diri. Dan.. kenalah belilah novel Perangkap Ajal
ni.
Tentang siapa J-Woks juga akan terungkai...
Cuma yang
membezakan adalah samada ia terungkai di mata Inspektor Dzul Faqar ataupun mata pembaca semata...
Bagi aku, penulis bijak menenangkan emosi pembaca. Memang selalunya penulis
novel thriller akan berbuat demikian. Penulis bijak menyertakan beberapa
kalimah ayat Al-Quran yang meyakinkan pembaca untuk membaca dengan tenang tapi
kemudiannya dikejutkan dengan kejadian yang dahsyat terutamanya apabila J-Woks
mengganas. Antara babak yang menyentuh hati apabila sebuah bangunan yang
mengandungi anak yatim dibom dan menyebabkan mereka semua mati. Masih banyak
kejutan-kejutan yang berlaku dalam novel ini yang tidak mungkin terlintas dalam
fikiran pembaca. Ada satu perasaan aneh dalam diri seusai membacanya. Mungkin
juga anda akan benar-benar rasa terkejut. Ia bukan seperti NOVEL MELAYU biasanya!
BINTANG : 2.3 bintang
1 ulasan:
Saya dah baca buku ni..mmg sedih dan penuh dengan aksi Terbaik punya
Catat Ulasan