Followers Tersayang

Sabtu, 31 Mac 2012

~Alkisah Terbeli Novel 'Ngeri' Terbitan FIXI~


Judul Novel : NGERI
Penulis : Gina Yap Lai Yoong
Terbitan : FIXI
Harga : RM 16.00
Mukasurat : 231

Minggu lepas aku ke Popular Bookstore Centre Point, Kota Kinabalu Sabah. First time ke kedai buku Popular tu. Sampai sesat lagi. Selalu aku pergi kedai buku dekat Segama je, kedai buku kecik. Hari tu pasal nak mencari buku rujukan Panduan MEdSi. Daku ke sana. Well, hampa. Buku2 itu sudah sold out, ramai betul nak sambung Ijazah Pendidikan agaknya. Takpelah kot, aku ke rak-rak novel. Ada satu dua je novel-novel yang luar biasa. Bila terfikir perkataan luar biasa, aku terus cari novel-novel FIXI. Satu kedai aku pusing. NON ADO! Ah! Tawaf lagi. Alhamdulillah, jumpa gak. Pelik, sudahlah di rak belakang sekali, di bawah sekali lagi tu. Inisiatif pertama aku adalah menaikkan buku-buku FIXI ke atas. Ops!! Buku terjatuh plak... adeh... (terjatuh ke saja jatuh? Mentang2 penah amik kelas lakonan 2 sem pandai2 je kau ya). Aku naikkan novel2 FIXI 8 buah tu antaranya Kougar, Zombijaya, Dendam, Jerat...aish! Yang lain aku lupa..
           Alkisah, baru aku nak belek novel2 FIXI tu semuanya berbalut. Masa pegang memula tak perasaan. Baru nak baca 'FREE'. Selalu macam tulah.. ekekeke. Adeh! Duit dalam wallet masa tu dahlah hanya ada 20 hinggit je (coverline ngah miskin, beli lagilah novel2 online kegemaran). Belek2, semua novel2 FIXI 20 hinggit ke atas. Sib baiklah Novel 'Ngeri' RM 16.00 je. Terus amik. Aku penah baca review pasal novel ni. Bila aku teringat sinopsis review tu aku terasa balik macam pengalaman sewaktu buat presentation untuk Filem Showcase dulu masa aku belajar di Fakulti Filem, Teater & Animasi UiTM, Puncak Perdana, Shah Alam. Punyalah susah nak yakinkan lecturer tu. Banyak kali rejek idea kami!
            JOM! Mari saya share idea saya tu, bukan idea saya seorang. Idea saya bersama kumpulan. Saya ni memang suka dengan skrip-skrip THRILLER. Idea saya itu adalah mengenai sekumpulan pelajar filem yang ingin mencari idea skrip. Mereka kemudiannya ke sebuah negeri iaitu Kelantan. Dia bersama 2 rakannya menginap di sebuah rumah lama, kononnya mahu membuat skrip projek filem universiti mereka jauh2 & ANGKER!. Yang paling adios amigos nya adalah mereka menaip menggunakan mesin taip yang ada kat umah tu sebab takde bekalan elektrik (rumah lama tu, nak bagi real katanya). Di sinilah bermula segalanya, apa sahaja kisah yang mereka taip akan menjadi kenyataan... (Sampai situ je idea ni, banyak gak nak cerita). Akhirnya, idea group kami yang pasal ni pun direject! Then, sebulat suara pula buat dokumentari. # Sama macam dalam Novel Ngeri.
          Inilah masalahnya kalau aku yang SS menaip. Nak review atau buat autobiografi? Hmm.. Okeylah mari bercerita mengenai novel ni. Memula belek dalam kereta, pening pala, jenis apakah kotak2 ini? Sampai rumah, semasa aku belek barulah aku mula memahami siapa Samuel Lee, Rehan Sitohang dan Joanne Boey. Serta Professor Bazri dan Leonard Wong.
          Novel ini mengisahkan tentang 3 pelajar filem yang berusaha menghasilkan 'Filem Pendek' untuk tugasan akhir mereka. Bermati-matian menghasilkan idea tetapi asyik ditolak sahaja DAN yang anehnya idea2 TRAGIS & GANAS itu akan berlaku dalam realiti sehingga membuatkan Samuel Lee sangat bangga. Selepas satu idea yang ditolak menjadi realiti. 2 idea seterusnya juga begitu. Berlaku pembunuhan sebijik sama dengan yang ditulis dalam skrip Samuel Lee. Rehan Sitohang dan Joanne Boey syak sesuatu! mereka menganggap Samuel Lee adalah seorang PSIKOTIK PEMBUNUH! Mereka menjauhkan diri daripada Samuel yang bertanggungjawab membuat skrip itu kerana mereka hanya TUMPANG NAMA.
          Profesor Bazri pensyarah mereka pula syak semua pembunuhan itu dilakukan Samuel Lee dan 2 rakannya lalu melaporkan hal itu kepada pihak polis melalui nama 'HAMBA ALLAH'. Apa berlaku seterusnya? Kenalah dapatkan novel ni. Opss!! Aku paling tak suka bila orang tulis camtu. Aku sambung. DAN, seperti yang aku duga, pembantu professor bernama LEONARD WONG yang aku gambarkan sangat NERD itulah yang melakukan semua pembunuhan itu akibat terlalu teruja dengan skrip yang dihasilkan Samuel & rakan2nya. Mudah tul nak meneka. Aish! Ada twist lagi sepatah dua kata, yang mensasarkan TEKAAN aku tu. Kalau nak tahu, bacalah sendiri dalam novel.
           Bagi aku pembunuhan2 yang dilakukan sangat tragis. Tapi kalau novelis ni tulis lebih DETAIL, KEJAM, GANAS, SEKSI (ada kaitan ke??) mesti lagi best. Bayangkanlah seorang budak yang mati beku dalam Peti Ais Besar, tentu seram sejuk melihat mayatnya. Pembunuhan Pinachio pun begitu, mayat digantung di atas dan diikat menggunakan dawai, apabila diselak langsir, tangannya bergerak2 ala2 pinachio (sangat kreatif!!!). DAN, pembunuhan ketiga (sat, bagi 1 minit, nak belek novel, aku lupa lak..). Ha, Pembunuhan Harta Karun Mayat pun tragis jugak, mayat tu di potong2 dan diletak di tempat berlainan, cuma meninggalkan clue saja untuk mencari, macam main Harta Karun.. Fuh! Menyirap darah mencarinya. TAPI, entah kenapa keseraman dan kengeriannya agak biasa2. Pembunuhan terakhir pula tentang dokumentari seorang lelaki terperangkap dalam rumah. Yang ni aku agak bolehlah tahan. Just! Kedekutnya si Leo tu bagi sardin yang dah basi setahun dekat profesor tu (nampak sangat nak bagi mati profesor yang memang ada penyakit tu). Sian dia. Nampaklah tragisnya, bayangkanlah anda dikurung dalam rumah selama mana yang anda boleh bertahan dengan hanya ada sebotol air mineral untuk satu hari, sardin basi dan tandas. Idea yang sangat gila!
           Keseluruhannya bagi aku. Bolehlah layan novel NGERI ni. Aku rasa best juga membacanya, lancar. 5 jam je aku dah habis baca. Ada juga aku gelak2 sikit (pelik, novel seram tapi aku gelak). Mukasuratnya pun tak tebal, cuma 231 m/s je. Rekod paling cepat baca novel untuk aku selepas Fiksyen 302 dan Mandatori.

p/s ~ Tak rugi dapatkan novel ni. Jom! Kita jadi Detective Conan sama-sama. Usai membaca novel ini, aku terus pi belek2 gak Komik Penyiasat Remaja aku yang usang2 dalam laci. PEACE. ^_________^