Followers Tersayang

Jumaat, 11 Mac 2016

Cerita 2015 Seorang Ayim ^_^

ALHAMDULILLAH

Cerita 1. Setelah lama tidak berblogger. Muncul balik sebab baru ingat password bagai. UiTM di bawah Fakulti Filem Teater & Animasi (FITA) telah menganugerahkan saya ANUGERAH PENULIS PROLIFIK sempena FITA DAY yang berlangsung di Dewan Agung Tunku Canselor (DATC) UiTM. Antara anugerah tertinggi di dalam kerjaya saya sebagai penulis adalah yang satu ini. Semoga saya akan rajin-rajin menulis lagi. Fokus saya adalah novel walaupun di universiti saya belajar semua jenis penulisan termasuk skrip, dokumentari, filem, iklan dan sebagainya. Bagi saya, fokus tu penting. Marilah sama-sama memajukan diri sendiri. Yeayy!


ALHAMDULILLAH yang kedua. Apabila novel PATUNG tulisan saya terbitan Buku FIXI antara 15 judul paling terlaris di kedai MPH BOOKSTORE bagi tahun 2015. Berganding dengan nama-nama besar seperti Ramlee Awang Murshid dan Acik Lana sangat membanggakan. Tak sangka novel seram saya dapat sambutan yang sangat baik. Sebenarnya novel seram pertama saya berjudul ASRAMA terbitan Buku FIXI juga pernah mendapat 20 judul paling terlaris MPH BOOKSTORE bagi tahun 2013. Terima Kasih semua.


After all, itulah cerita 2015 saya yang diceritakan pada MAC 2016. Sekadar mengisi blog bersawang-sawang ni. ^_^


Love, AYIM.

Khamis, 6 Mac 2014

Rampas laki orang? Eh, BUKAN!!! Kita Rampas novel terbaru saya berjudul 'TEMAN ROH'.


SINOPSIS TEMAN ROH :

SURAYA, personaliti TV 13, sering mendapat nota misteri mengenai figura rama-rama. Satu hari Suraya membaca berita mengenai Ryzal , seorang pelakon terkenal tanah air yang hilang dan dipercayai sudah meninggal dunia. Secara tiba-tiba, Suraya bertembung dengan Ryzal yang tidak mampu dilihat orang lain kecuali dia!

Suraya terpaksa menerima kehadiran Ryzal sama ada suka ataupun tidak kerana Ryzal mahu Suraya membantu dalam usaha mencari jasadnya yang hilang.

Mampukah Suraya memenuhi permintaannya? Siapakah yang bertanggungjawab atas kehilangan Ryzal? Apa pula kaitan nota figura rama-rama yang sering diterima dan TEMAN ROH tanpa diundang itu?

SEDUTAN NOVEL TEMAN ROH :


PRE ORDER NOVEL TELAH DIBUKA SILA LAWATI UNTUK SEBARANG URUSAN PENEMPAHAN NOVEL -->http://www.roman.com.my/


Pages Novel Teman Roh sebuah novel karya Muhammad Fatrim --> Pages Novel TEMAN ROH sebuah karya Muhammad Fatrim



Salam  Manis,

FATRIM SYAH
                                                                                                                                                                                                                                                       

Rabu, 1 Januari 2014

Selamat Tinggal 2013, Selamat Datang 2014~

Assalamualaikum Wbt,

Alhamdulillah. Masih bernafas. Masih bernyawa. 2014.

TERIMA KASIH 2013 yang penuh dengan kenangan. Alhamdulillah. 





Kenangan Terindah saya di tahun 2013;

1. Selepas setahun setengah, akhirnya sambung belajar ke Fakulti Filem Teater & Animasi. Rasa muda balik, eh!
2. Akhirnya ada novel dewasa sendiri ASRAMA - sebuah novel Muhammad Fatrim yang diterbitkan oleh FIXI pada MAC 2013.
3. Menyertai Pesta Buku Antarbangsa Kuala Lumpur 2013 dan novel ASRAMA antara yang terlaris dengan jualan melebihi 1K dalam masa seminggu Pesta Buku berjalan. Alhamdulillah.
4. Novel mendapat cetakan beberapa kali. AMIN.
5. Menyertai Pesta Buku Selangor 2013.
6. Beberapa buah antologi cerpen diterbitkan antaranya Untuk Separa Tuhan, Aku Naik Saksi, Fobia dan terbaru Maut Sebelum Ajal.
7. Beberapa buah manuskrip berlainan penerbit lulus penilaian dan bakal terbit 2014.
8. Dicalonkan dalam Anugerah Novelis Newcomer Karnival Novel 2013 dan mendapat UNDIAN TERTINGGI dan diumum sebagai pemenang.
9. Ke Negeri Kedah buat pertama kali untuk amik awards. Naik bas 7 jam dari KL ke Kedah, pastu balik naik train 10 jam.
10. Tak balik Hari Raya Haji, sedih.
11. Dapat Anugerah Dekan. Alhamdulillah.
12. Dapat Anugerah Cerpen Terbaik dan Anugerah Novel Terbaik bagi Kursus Penulisan Kreatif UiTM.
13. Akhrnya tinggal luar sewa rumah. Agak sayang pada kolej sebenarnya, eh!
14. Jumpa novelis-novelis kegemaran antaranya Ramlee Awang Murshid, Aisya Sofea dan Ain Maisarah.
15. DAN, segala kenangan yang tak dapat coretkan di sini


ALHAMDULILLAH. ALHAMDULILLAH. ALHAMDULILLAH.





Khamis, 28 November 2013

Tiket Movie Cuma 6 HINGGIT! KAMI HISTERIA!!!!!


SALAM HORMAT. 12.12.2013 ni korang free tak? Ke, ada yang pergi majlis CHE TA & ZAIN SAIDIN kat SACC sehari sebelum tu? Jika takde aktiviti, bolehlah membuang STREES seketika.

Kami dari Fakulti Filem Teater & Animasi (FiTA) MENJEMPUT anda untuk turut sama menonton Filem 'KAMI HISTERIA' pada tarikh di atas pada jam 8.00 malam. Para artis yang berlakon juga turut sama hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.

Ia akan berlangsung di DEWAN AGUNG TUNKU CANSELOR (DATC) UiTM Shah Alam. Paling best, bukan saja ANDA adalah orang terawal menonton filem ini sebelum ditayangkan tahun hadapan, malah harga tiket juga BERBALOI-BALOI. Cuma 6 ringgit! Ada cabutan bertuah, layan movie best dan lepas stress. Jika berminat dan mahu mendapatkan tiket, hubungi 013-3110733 (AYIM/PAT). Terima Kasih. ^_^

TRAILER KAMI HISTERIA BOLEH TENGOK DI BAWAH ---> TRAILER KAMI HISTERIA

Detail mengenai event ini ---> https://www.facebook.com/events/155973317945018/