Tajuk
Novel : MURTAD
Penulis
: Hasrul Rizwan
Terbitan
: FIXI (2012)
Harga :
RM 19.90
Mukasurat
: 323
Sinopsis
belakang buku :
Adam terus menekan punat pada briefcase hitam lalu
dibukanya perlahan-lahan. Adam terbelalak. Akhil terlopong. Masing-masing
berganjak ke belakang.Dua pucuk pistol automatik berkilatan hitam, sekeping
envelop, kunci kereta dan juga sejumlah wang tersedia di dalam beg yang
terpelahang buka. Adam menutup kembali beg itu. Matanya terpejam rapat. Akhil
menelan air liur.
“Kerja gila apa sebenaqnya ni… haaa??” Akhil bertanya
keras.
“Ini adalah kerja untuk agamamu. Benar. Seperti yang kamu
fikir dan apa yang kamu lihat sekarang.”
“Hang nak suruh kami buat apa? Bunuh orang?”
“Ya”
“Nakharrom.”
“Kamu akan diberi tugas untuk membunuh orang-orang yang
MURTAD.”
Ulasan
Aku:
Pertama kalinya aku mencapai kepuasan maksima dalam
pembacaan novel. Aku dapat rasakan novel ini BERBEZA dari awal aku lihat cover
dan sinopsisnya di wall facebook FIXI
sekitar bulan jun lalu. Sejak itu, aku sering baca reviewnya yang dishare
dekat wall facebook FIXI.
Alhamdulillah, semasa Pesta Buku Sabah (7.09.2012) lalu, aku tekad mendapatkan
novel ini selepas memegangnya meskipun masih ada 5 novel lain yang bersaing
hebat untuk aku beli didepanku. Nasib baik novel ini yang aku pilih dan aku tak
menyesal.
Okies! Review, review, asyik-asyik mukadimah.
Novel MURTAD ini memilih nama watak yang bagi aku sangat
bertepatan. Adam dan Akhil, dua orang kembar seiras yang digambarkan sangat
kacak, bermata sepet dan berwajah Thailand (kena cari hero Thailand ni kalau
jadi filem). Mereka mempunyai persamaan dari segi rupa, ketinggian, bentuk badan, fesyen rambut. Aku perasan juga, mungkin kerana
nama dan gaya mereka sama, kadang-kadang sang penulis terkeliru bilamana Adam
menjadi Akhil, Akhil menjadi Adam. Tapi aku tak kisah, itu kesalahan kecil je.
Bagi aku pun dua-dua sama. Waima, kadang-kadang aku pun terkeliru, ekeke…
Apa yang paling aku suka, watak utama ini menggunakan
bahasa Kedah sebagai bahasa percakapan mereka. AWESOME! Kedah patut bangga.
Banyak perkataan yang sangat melucukan, tapi ada juga perkataan yang agak censored untuk disebutkan. Penulis
sangat bijak bermain dengan emosi
pembaca, tiba-tiba serius ada pula nama Azwan Ali, baru nak terketar, ada pula
nama Neelofa dan Haliza Misbun. Dan-dan ada robocop! Penulis sangat pandai
menenangkan pembaca, aku tak sangka, ingatkan cara penulisannya serius gila,
rupa-rupanya dari awal hingga akhir semua melucukan. Mungkin bahasa Kedah punya
pasal noo…
Bila aku mula membelek novel ini aku tak expect apa-apa. Tapi aku dapat rasakan
pembacaan aku mesti menarik. Mengisahkan Adam dan Akhil yang datang ke Kuala
Lumpur dari Kedah, Akhil menemani abangnya Adam untuk menghadiri interview. Tapi entah kenapa Adam marah
benar dan terus keluar dari ruangan interview.
Kemudiannya mereka bertembung pula dengan satu kekacauan
bilamana mereka ternampak seorang gadis dikasari oleh sekumpulan lelaki
samseng. Dengan jiwa yang berani, Adam menyelamatkannya. Wow! Bukan saja kacak,
kuat juga macam robocop! Kakakaka.. (amboi hang). Dalam pada masa sama, seseorang
memerhatikan gerak geri mereka dari jauh, orang itu mengekori mereka sehingga
Adam dan Akhil pergi ke sebuah surau. Mereka berdua bermalam di sana.
Esoknya, selepas solat subuh. Dua beradik kembar itu
mengambil keputusan untuk stay di KL,
cari kerja, cari rumah sewa macam perantau lainnya. Iyalah, balik ke kampung
pun tiada apa di sana.
Semasa Akhil mencabut sebatang rokok, dia ternampak
sekeping kad dilekatkan pada plastik di belakang kotak rokok itu. Kad itu
ditarik dan dibaca. Kad berwarna hitam itu ditenung, tiada alamat dan nombor
telefon. Hanya tertera alamat dan sepotong kalimah dua syahadah. Akhil bertanya
Adam, Adam tidak tahu dari mana dia mendapat kad tersebut tapi dia mengatakan
itu mungkin kerja kosong buat mereka. Mereka terus pergi ke alamat itu dan
menemui serta ditawarkan sesuatu yang benar-benar mengejutkan mereka. (RUJUK
SINOPSIS).
Maka bermulalah segalanya, maka bermulalah juga
perjalanan mereka, bermulalah perjalanan cinta mereka juga.
Keseluruhannya, aku suka cara penulisan penulis ini, ada
banyak benda yang aku tak tahu, aku belajar, contohnya solat sunat qobliyah
subuh iaitu solat sunat yang nilainya dikatakan lebih berharga walau dipertaruhkan
seluruh isi dunia ke atasnya, maka ia tak menyamai apa yang ALLAH swt ganjarkan
pada dua solat sunat qobliyah subuh ini pada mereka yang mengerjakannya. Aku
yang tak berapa pandai bab agama ni kemudiannya maklum dan terus google. Tak sangka ada benda yang aku
belajar dari sebuah novel.
Selain itu, aku paling SALUTE cara penulisan bersahaja
penulis ini, sangat-sangat bersahaja. Aku dapat rasakan penulis adalah penulis
alaf baru yang membuka dimensi pembacaan baru pada anak-anak muda. Aku jadi
makin sayang pada agama aku. Pertama kali aku tengok tajuk ni, memang aku pun
terkejut, apa benda ni. Tapi aku tahu, harus ada yang cuba disampaikan penulis.
Maklum, gejala MURTAD kian berleluasa, baru-baru ini saja
dua orang Islam di Pulau Pinang memohon menukar agama dan semuanya seolah-olah
dipandang ringan saja. Belum lagi beratus atau mungkin beribu permohonan lain
serta yang menyembunyikan status agama masing-masing. Seolah-olah menukar agama
itu macam tukar kasut. Kadang-kadang, ramai perempuan Islam sanggup menukar
agama kepada agama suami kerana ingin berkahwin dengan mereka. (Adegan
dalam Drama ‘Tanah Kubur’ di Astro Oasis
itu sebagai contoh).
Sedih pula apabila agama dipermainkan, tapi kita sebagai
orang Islam macam buat tak tahu saja. Main tengok, maklum dan hanya jadi
perbualan tangga Mak Senah, Mak Jemah, Mak Kiah dan Janda Siah. Pelik kan? Malahan aku pernah kenal satu budak ni masa
PLKN dulu, katanya mak dia Islam, ayah dia Kristian. Terkedu aku! Seharusnya,
hukuman pada orang yang MURTAD ni dikuatkuasakan! Masya ALLAH.. dunia akhir
zaman. (Maaf teremo pula)
Kepada pembaca lain, tak salah kiranya kalau kita membaca
sesuatu yang di luar wadah pembacaan yang selalu kita baca. Tak rugi kalau kita
mencuba sesuatu yang baru, macam makanan, hari ni kita makan nasi lemak, esok
makan lain pula, takkanlah nak makan nasi lemak saja kan?
Mungkin ada beberapa perkataan yang tidak sesuai untuk
kanak-kanak membacanya. Tapi aku rasa bila perkataan itu ditukar kepada sesuatu
yang lain pun. Mesti novel ini nampak biasa-biasa saja. Ala, kita sendiri boleh
fikir, takkanlah lepas baca sebuah novel saja terus jadi jahat pula. Takkan
lepas baca novel kita nak rosak minda pula. Ya dak?
BINTANG -----> 4.5 bintang
BINTANG -----> 4.5 bintang
PERSOALAN???
Apakah Akhil dan Adam akan benar-benar berhenti memburu orang murtad? Mungkinkah ada sesuatu berlaku? Banyak kemungkinannya ni. Mungkin juga ada sambungan?
P/s~Tak
pernah lagi aku review novel panjang gedebak macam ni dan pertama kali juga aku
kena belek untuk pastikan mana satu Adam dan mana satu Akhil. OMG!! Teringat, tetiba ada
pula Zombi kat novel Murtad ni. APAKAH?
2 ulasan:
sy pun dah baca. best kan..memang ada mesej dlm novel ni terutama dlm hal agama.tak ramai pejuang mcm adam dan akhil..
best review ni ;)
Benarrr.. Idea penulis ni memang ohsem!
Catat Ulasan