Followers Tersayang

Isnin, 17 November 2008

BALIK KAMPUNG & RINDU DIER!!!!!

Hai all...hmm...akhirnya sem 2 yang penuh dengan kejutan ni brakhir jua akhirnya..setelah struggle gila-gila nak study dan wat assignment aku berjaya menempuhinya dengan baik sekali...Let's remind what I have done & achieve...
1-As a representative class 4 malam Pendarendang.
2-As a leader 4 assignment Malaysia Sinema.
3-As a leader 4 assignment Research Writing.
4-As a leader 4 assignment CTU.
5-As a leader 4 assignment Apresiasi Asia.
6-As a leader 4 assignment Sociology.
7-As a leader 4 assignment Psicology.
8-As a representative 4 class coz Alia always absent(Sorry Alia...)
9-As a stage manager 4 final exam Lanjutan Seni Lakon subject.
10-Get highest carry marks 4 Malaysia Sinema & Research Writing Subject.
Pengalaman Sem 2 ni sangat-sangat berbeza, aku dan caraku yang tersendiri...semua ni adalah perubahan-perubahan yang aku lakukan, aku kena menjadi seseorang. Kalau engkau ingat aku sahaja menjadi salah satu sampah di universiti ni, engkau silap!!!!!!
Aku belum puas dengan pencapaian yang aku ada dan aku akan berusaha sebaik mungkin demi keluarga dan diri aku sendiri....Sem 3 aku akan buat lebih baik dari yang aku buat sekarang..'Di Mana Ada kemahuan Di situ Ada Jalan'.

BALIK KAMPUNG!!!!
Rasanya baru semalam aku kena ambil Musa dari PKNS ngan Khairul, Jame, Combi...kalau aku ingat, aku senyum sendirian, apa yang pasti semua itu akan tersemat dalam hati aku sampai bila-bila. Hehe, tak sangka aku berkawan dengan orang Semenanjung dan menjalani kehidupan bersama mereka...semua ni adalah perkara yang membanggakan aku, kalau ayah aku masih ada dia pasti bangga dengan pencapaian aku hari ini. Meskipun ibu aku tak faham apa itu Anugerah Dekan tapi aku mesti menggapai apa yang aku sepatutnya gapai...

DIA(M), adalah penguat semangat aku & aku akan menghargai DIA buat seketika (mungkin). Semoga apa yang diberikannya kepada aku bukan sebuah kasih sayang yang dusta semata-mata...aku perlu kamu....

Ahad, 28 September 2008

NAK BALIK!!!!!!

Hmm...boleh-boleh flight aku tangguh sampai jam 6.45 petang, dah lah tu, tak pasal2 aku macam pelarian duduk dengan ribuan penumpang lain di(LCCT-KLIA)-AIR ASIA ni, tapi bagi aku takpe. Lambat atau cepat aku akn jumpa gak family aku dan aku akan balik. Yang best ada wireless kat cni, so, apa lagi buka myspace, buka blog nak hilangkan bosan. Huhu....raya dah nak dekat ni, aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN....Nak tahu tak kalau ikut plan aku tak balik tau, tapi nasib baik makcik aku belikan tiket, kalau tak, berayalah aku kat UiTM Puncak Perdana dengan kawan-kawan aku dari Sabah yang tak balik. Alhamdulillah, aku dapat balik dan akan menyambut lebaran bersama keluarga..HUHU>>>>

Jumaat, 19 September 2008

I hate U!!!!!!!!

Hari ni hari yang paling best sekali dalam hidup aku, nak tahu napa?? malasnyer nak tulis, kang ada plak yang perasan apa yang aku tulis tu adalah dier, yalah, mana lah tau kan. Ok, ok, buang masa tul, nak tulis intro pun nak panjang2 giler, apa ada orang baca ker???Eh, mestilah ada, banyak gak feedback aku dapat tapi kat myspace ajelah, huhu....blog ni macam diary aku plak, aku taip2 diary aku dan biar orang lain baca, camtu kot, tapi takpe, at least orang tahu siapa aku, aku kan low profile giler2, mana lah ada yang kenal aku. K, napa title kali ne aku pilih I Hate U!! Best tau ungkapkan perkataan tu terhadap orang yang kita benci sangat2, malah terhadap orang yang kita sayang sangat2!!!!At least ada bnda yang boleh dijadikan jambatan antara dia dan diriku, selalunya, aku & dia SPEECHLESS je. Cuba korang cuba sendiri, tapi dalam nada yang seolah-olah u all ucapkan I LOve U, mesti bunyinya lain & perasaan serta rasanya pun lain, aku dah cuba, tu pasal aku suggest kat korang.

Rabu, 17 September 2008

Kasarnya Dier!!!

Hai..semoga anda sentiasa sihat hendaknya..begitu gak aku..huhu. Hmm, dah terang lagi bersuluh ni, napa aku tulis title `kasarnya dier`...Actually, orang yang aku sayang ada masalah, tapi janganlah babitkan aku skali, ni tak, ngan aku-aku sekali dibabitkan sama, aku memang faham perangai dier camtu, tapi faham-fahamlah orang cam aku ne, hati lembut...so, orang cakap kasar cket dah terasa. Ceritanya camni, aku tegur dier either dia dah abis kelas, dier slumber je jawab, dah..(tapi nada dier kasar, siap macam tak suka je aku tegur dier). Kluar gak airmata aku nih, well...biasalah aku..cket2 nanges, nanges, memang melecehkan tapi itulah CINTA...Cinta akan faham bagaimana menggembirakan dan menyedihkan orang...meskipun aku jarang sekali mengungkapkan words alah tu pada dier, tapi harapnya dier faham aku sayang dier sangat2, meskipun perkataan yang selalu aku cakap kat dier adalah I hate U!!!

Ahad, 7 September 2008

Wah....Banyaknya test!!!!

Wah...bila aku tengok jadual memang menakutkan,ari isnin dengan selasa serta rabu mahupun khamis semuanya ada test dan assignment nak dihantar.Hari isnin (pagi) Ujian lanjutan Seni Lakon (Monolog),petangnya pulak Ujian Sinema Malaysia. Hari selasa (pagi) ujian Menora dan lepastu group aku present CTU(Pendidikan Islam). Esoknya kna submit skop kajian tunjuk kat Cik Masd. Hari khamis plak submit assignment Pak wan, kimono dan kabuki, wah....tabah-tabah ajelah aku menghadapinya. Ujian monolog aku dah prepare, ujian menora blum hafal lagik manakala sinema belum baca lagi, present CTU dah siap, assignment Pak Wan belum buat lagi..Argh....aku tak boleh buang masa langsung, minggu depan present Sinema Malaysia. Hmm...aku janji yang aku akan lakukan yang terbaik untuk semua ujian dan presentation, for me,'NOTHING IS IMPOSSIBLE!!!!lagipun,bukannya mati pun buat benda tu semua, aku pernah menghadapi banyak ujian dengan baik,kenapa tidak kali ini,aku perlu percaya pada kemampuan dan kebolehan yang aku ada...tak perlu bergantung pada sesiapa kerana sebelum ni pun aku hanya bergantung pada diri aku sendiri!!!I'm proud being my self and Fatrim Syah!!!

Jumaat, 5 September 2008

Hari Ini Dalam Sejarah!!!

Salam kepada yang membaca blog saya ni, u all nak tahu tak napa Title yang aku tulis adalah "Hari Ini Dalam Sejarah", nak tahu hari ini merupakan hari pertama sepanjang aku masuk universiti ni aku tak datang kelas,entah kenapa aku taerlebih tidur pagi tadi,lupa plak nak alarm handphone...Hmm,kelas hari pertama subjek Psikologi pulak tu,menyesalnya aku....aku minat giler belajar benda tu,pasni aku janji takkan terlebih tidur lagi!!Aku menghampakan diri aku jerk!!Takpelah, yang berlalu tu biarkan berlalu(past is past),yang penting apa yang akan kita lakukan pada masa akan datang. Hari ni aku menjalani ibadah puasa yang kelima kot,aku tak kira pun,semalam tak pegi terawih,rasa penat sangat..hmm..hikmah tak pegi terawih tu aku tak terbangun pagi sahur dan tak pegi Kelas Psikologi.Harap-harap minggu depan aku dapat pegi, k lah, kepada semua kawan-kawan aku dan diri aku sendiri,LIFE MUST GO ON!!!LIFE IS HARD BECAUSE HEAVEN SO SWEET!!!CHOW!!

Khamis, 4 September 2008

RENGSAK!!!!!!!!!!!!!

Semalam aku tak tido gara2 buat assignment Pak Wan, tengok2 ari ne takde presentation..sia2 je aku tak tido satu malam...kesian ngan kucen tak tidur ngan aku2 sekali, apa leh wat, itulah pengorbanan namanya dalam belajar. Apapun ok lah gak dah siap,tapi nasib baik kena bagi pluang perbaiki lagi assignment tu. Assignment yang lain pun banyak tak siap lagi,hari ni je 2,3 orang lecturer aku jumpa gara-gara nak buat assignment subjek Sinema Malaysia, susah gila2, bak kata En.Norman lecturer subjek sosiologi aku cakap, kalau tak susah bukan belajar namanya..By the way, tu aje lah aku nak tulis, malasnyer aku, RENGSAK gila2, ari ni buka pose kat kandang(gerai makan) ngan kawan-kawan aku. For my beloved friends... especially Izy@combi,Kerol,Muse...Jemi..and all my friends(Kelas CT 112,part 2 uitm Puncak Perdana). Semoga U all tabah menjalani ibadah puasa......Happy fasting Day!!!!

Rabu, 3 September 2008

MY FEELING......

Takkan lagi aku menunggu...
kau hadir di dalam mimpi-mimpiku..., Puas ku mengharapkan dirimu,
seperti mereka yang punya cinta,
Diriku tanpa dirimu,
kau tempuhi penuhi bahagia,
Diriku mau kau tahu,
Pedih ini tiada terasa,
Warkahku mengharapkan dirimu,
seperti yang aku kenali dulu,
Setiaku menantikan dirimu seperti setianya terhadap diriku, tapiku melepaskanmu....,
melangkah namun daku tak berdaya, diriku terus menunggu.... cinta yang takkan pernah ada... (LIRIK LAGU WARKAH-KUMPULAN BAU)

Salam Perkenalan

Bosan,bosan dan bosan...mengapa hidup ni membosankan, namun itulah yang aku rasai kelmarin,hari ini dan semalam.Lupa lak, masuk rumah orang tak bagi salam, hai...Assalamualaikum sebagai pembuka kata daripada aku Mohd.Fatrim Syah@Pett...semoga di bulan mulia ni kita sama2 beroleh keberkatan.Hmmm.....nak story mory pasal pose la ni, dekat Sabah buka pose jam 6, dekat sini jam 7 lebih,masa first time pose(alah dua hari lepas),masuk jam 6 tu aku rasa lain macam,almaklumlah,tak biasa rasa lapar gila2,meskipun dalam Ramadhan ni bukan saja menahan lapar malah menahan segala-galanya. Hmm....tak best plak ceta pasal ramadhan je kan, mentang-mentanglah bulan ramadhan nak gak ceta ramadhan. Aku sedih wei...tak balik Sabah tahun ni, seumur hidup aku, tak pernah sekalipun aku tak beraya ngan family , sedih kot dengar lagu raya tahun ni, dulu taklah terasa raya ni,tapi,bila dah study jauh2 camni, touching gak....Erk......CONCLUSIONNYA AKU RENGSAK!!!!