Followers Tersayang

Selasa, 5 April 2011

Al-Kisahnya.....

Assalamualaikum Semua?

Hmm..asyik-asyik hmm..hmm..apalah kau ni Pet. Oklah, masuk hari ni aku tengah bertungkus lumus untuk menyiapkan manuskrip pertama aku yang bertajuk 'UNJAR'. Pada mulanya manuskrip ini dinamakan 'AKU BUKAN SATELIT'. Tetapi oleh kerana ianya kedengaran terlalu biasa oleh itu aku menamakan manuskrip ini sebagai 'UNJAR'. Pasti semua tertanya-tanya apa itu UNJAR, kalau orang Sabah faham benar apa maknanya. Contoh dialog, "Unjarkan bah dulu buku atu?". Masih tak faham, "Beunjar bah kami semalaman, hilang bukunya,", so, boleh tangkap tak??? Oklah, kalau payah-payah sangat, UNJAR itu bermaksud cari atau mencari. A bit mistic sikit bunyinya, ada daftar tak dalam Kamus Dewan ni?? Hell no!!! Oklah, panjang pula aku berceloteh pasal satu perkataan tu. Aku dah tetapkan 20 APRIL 2011 ni sebagai hari terakhir aku menghabiskan penulisan aku atau orang-orang putih cakap dateline.. Harap-harap aku bolehlah siapkan dalam tempoh tersebut, ada 15 hari lagi. Sekarang aku berada di bab 22. Setiap hari aku boleh tulis sampai 3 bab, so, aku yakin boleh habiskan before 20hb ni, Insyaallah. Semoga tuhan memberikan aku kekuatan dan ilham....AMIN...Jumpa lagi ya semua....Buat KD, bersedialah dengan manuskrip baru saya....wink..wink...:)

Rabu, 17 November 2010

ADA SASARAN, TETAPI PUNYA PILIHAN LAIN?

Salam semua,

Rasanya dah lama saya tidak menulis apa-apa di blog saya. Entah2 tiada siapa pun yang mengunjunginya, al-maklumlah, saya bukan blogger popular diluar sana. Hari ni merupakan 10 Zulhijjah dan seperti yang kita tahu, hari ini merupakan HARI RAYA AIDIL ADHA/ KORBAN. Mungkin bagi kita, hari ini hanya untuk meraikan mereka yang bergelar haji atau hajjah, itu pemikiran saya semasa kecil. Tetapi, sebenarnya, hari ini mengajar kita tentang betapa tingginya erti pengorbanan. Umpamanya saya sendiri, saya berusaha mengejar cita-cita menjadi seorang CIKGU, meskipun beberapa kali ditolak oleh maktab, saya mencuba pelbagai cara bagi menjadi seorang cikgu, saya mengisi borang universiti dan akhirnya berjaya memasuki sebuah Fakulti yang mungkin menjadi jambatan buat saya meraih cita-cita tersebut. Namun demikian, tiga tahun berlalu sekelip mata, saya mulai mencintai Fakulti itu dan teragak-agak untuk menggapai cita-cita saya. Apapun yang berlaku, membuatkan saya sedar, impian harus dikejar, takdir saya memasuki fakulti ini mungkin sebagai pengalaman atau percubaan bagi saya untuk menggapai impian kita. Who knows..GOD have their plan for us. Saya berharap sangat selepas ni dapat menyambung pengajian yang menawarkan pendidikan. Saya tidak mahu lagi menoleh ke belakang, kerana masa adalah suntuk. Mulai sekarang pun saya berusaha untuk memilih universiti yang perlu saya masuki. Saya berharap, ianya adalah pilihan yang terbaik. Fakulti T.E.K.A, saya sangat mencintai kamu, namun kamu bukanlah destinasi sebenar saya...apapun, kamu mengajar saya pelbagai erti dalam kehidupan, pahit maung saya bersama kamu, susah, senang. Di sini, saya belajar bersama kamu, menitihkan keringat saya, dan berusaha menjadi antara yang terbaik. Mengajar saya menjadi insan cemerlang dan berkepimpinan. Menemukan saya dengan insan-insan hebat yang bergelar sahabat sejati, yang kekal dalam ingatan hingga saya mati. Saya bangga bersama kamu selama ini, kamu tidak mungkin akan saya lupakan kerana kamu sentiasa ada dalam hati saya buat selama-lamanya. PROUD TO BE ONE OF T.E.K.A STUDENT!!

Ahad, 19 September 2010

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

Salam Semua...

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. Sekarang ni aku tengah terkandas di Terminal 2 Kota Kinabalu...memang macam Rimpa dalam novel form 5 tu...hmm....hari ni banyak halangan untuk balik semula ke tempat pengajianku, UiTM Puncak Perdana Shah Alam. Mula-mula tadi masa nak g airport ada kayu balak terjatuh atas jalanraya, ambil masa 1 jam juga nak tunggu jentera-jentera alihkan kayu balak yang besar tu....lepas tu aku bergegas ke airport...memang masa tu dah jam 5.30 petang, punyalah aku panik sebab flight berlepas jam 6 petang. Sampai kaunter terus check in, then masuk ke tempat boarding, tiba-tiba kastam tu cakap flight kamu delay sampai jam 12.30 pagi....terkejut pun ada....tak sabar rasanya nak balik Puncak walaupun ada tugasan besar menunggu, apa yang penting aku perlu meyakinkan diri aku & orang lain, bahawa kami boleh melakukannya. Tiada yang mustahil jika seseorang itu sentiasa berdoa & bertawakal kepada Allah S.W.T....

Rabu, 2 Jun 2010

HANYA 2 KOPITIAM HALAL DI MALAYSIA!!!

Pernahkah anda makan di cafe kopitiam yang tumbuh bagai cendawan pada hari ini?. Kalau 2-3 tahun dahulu sibuk dengan cafe berkonsepkan Bistro tetapi sekarang pula trend cafe berkonsepkan kopitiam.Antara yang top Old Town Kopitiam, Jonker Walk Kopitiam, Bangi Kopitiam, Uncle John kopitiam, PapaRich Kopitiam, Pak Hailam Kopitiam dan banyak lagi yang mungkin teman-teman pun boleh tolong tambahkan dalam ruangan komen.Bila kita menjenguk ke dalam kopitiam ini sudah pasti kita akan melihat berbagai bangsa dan agama yang sedang enak menjamu selera termasuklah umat Islam. Hampir semua kopitiam ini mempamerkan logo HALAL untuk menarik perhatia pelanggan Islam. Majoriti daripada kopitiam ini juga menggunakan staff Islam.

Sungguh memeranjatkan berdasarkan rekod Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hanya ada 2 kopitiam sahaja yang memperolehi SIJIL HALAL daripada JAKIM iaitu PAK HAILAM KOPITIAM dan JONKER WALK KOPITIAM.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menasihatkan umat Islam agar tidak keliru dengan logo halal yang dipamerkan di kopitiam. Beliau juga menasihati umat Islam mengelakkan diri daripada menjamu selera di premis yang tidak ada sijil halal JAKIM. Menurut website JAKIM, sijil halal untuk BB Hailam Chicken Rice, Bukit Bintang telah ditarik balik. Untuk maklumat lanjut sila lawat HalalJakim. Adakah dikalangan ANDA yang sudah termakan di kopitiam yang tidak mendapat sijil halal daripada JAKIM?

Jika ragu-ragu tentang kehalalan produk sesuatu syarikat, boleh cuba semak dengan telefon bimbit anda: Taip HALAL SEMAK [No. ROC] & SMS ke 15888. Maklumat lanjut, sila layari http://www.mysms.gov.my.