Followers Tersayang

Isnin, 10 September 2012

Review Novel : Mandatori tulisan Ramlee Awang Murshid (RAM)


Tajuk Novel : Mandatori
Penulis : Ramlee Awang Murshid (RAM)
Penerbit : Alaf 21
Harga : Aku beli RM 10 online, harga sebenar RM 19.90
Mukasurat : 501
~Ada 2 cover, aku punya cover lama sebelah kiri tu~

Sinopsis Mandatori:
Bermula dengan hukuman di tali gantung yang dikenakan ke atas seorang pemandu, Carlos menyimpan dendam menuntut keadilan. Seorang demi seorang yang menzalimi akan terpaku di mahkamah keadilan yang dicipta oleh Carlos sendiri. Dialah pendakwa raya dan dia jugalah hakim.

Bagi Carlos, peguambela sudah tidak perlu lagi kerana pendakwaan membawa erti kesalahan telah terbukti. Sesiapa yang diadilinya pasti akan menerima hukuman dengan sekali perbicaraan. Dan hukuman yang pasti ialah hukuman mati mandatori!

Ulasan aku : 
Alhamdulillah. Novel 'Mandatori' ini merupakan novel kedua yang aku beli selepas 'Semangat Hutan'. Sudah lama aku tidak mendapatkan novel-novel RAM ni. Tahun lepas aku beli banyak novel RAM. Ini antara karya terawal RAM. Cerita ni ada kaitannya ngan split personaliti. Bunuh membunuh dan pelbagai perkara tentang perundangan. Mengenai Carlos yang menuntut bela atas kematian seseorang, seorang demi seorang mati dibunuh mengikut cara Carlos sendiri. Tragis juga bila betul-betul ada orang macam ni. 
Rupa-rupanya Carlos ni ada kaitan dengan seorang pemandu yang mati dihukum gantung beberapa tahun lalu. Ceritanya dapat diagak oleh pembaca, mungkin kerana penulis mahu memudahkan pemahaman pembaca terhadap apa yang disampaikan.
Keseluruhannya secara ringkas, 
permulaannya sedikit pening kepala selepas datangnya pelbagai watak yang bermacam rupa. Tapi, aku cuba tenangkan minda, iyalah RAM, manalah tahu dia ada buat benda lain. Masuk part-part pertengahan agak menggalakkan dan pengakhirannya boleh diagak sendiri oleh pembaca. Novel ini kalau digarap lebih mungkin lebih menarik. Tapi aku faham, mungkin masa tu RAM baru nak menarik perhatian pembaca. 

Bintang : 3 bintang!

Review Novel : Semangat Hutan tulisan Ramlee Awang Murshid (RAM)


Tajuk Novel : Semangat Hutan
Penulis : Ramlee Awang Murshid (RAM)
Penerbit : Alaf 21
Harga: RM 19.90
Mukasurat : 519
 
Sinopsis : SEMANGAT HUTAN
Bila Amiruddin terdengar berita mengenai sebuah jet peribadi terhempas di hutan Keningau, memorinya segera terbayangkan Wan Suraya kekasihnya. Benar… gadis itu adalah di antara mangsa yang terlibat. Dengan seorang rakan, Amiruddin bergegas ke tempat tragedi. Saudaranya yang tinggal di hutan juga dihubungi secara psikik untuk turut membantu. Dalam pada itu, sejenis makhluk aneh berkeliaran di hutan tersebut. Rogon amat digeruni oleh penduduk di pedalaman. Raungannya sahaja boleh mengecutkan perut. Bila ia menerjah, mangsa hanya mampu pasrah menanti ajal. Rogon juga tercium bau manusia di hutan sekitar tempat terhempasnya jet itu. Di antara Amiruddin dan Rogon, siapakah yang terlebih dahulu menemui Wan Suraya?

Ulasan Aku;
Secara keseluruhannya aku sebagai anak jati Sabah amat berbangga dengan karya 'SEMANGAT HUTAN' ini, memang aku agak terkejut juga penulis mampu menciptakan satu legend ke dalam sebuah novel. Selalu dekat kampung aku, Rogon ni bermaksud hantu, bila aku terbaca perkataan Rogon dekat kulit belakang aku terkejut. Hah? Cerita hantu? Oh! Sekali aku baca, rupanya Rogon yang dimaksudkan itu lain. Cerita ini bergerak agak laju walaupun ia novel setebal 519 mukasurat. Aku rasa antara novel penulis yang paling aku sukai. Gambaran dan situasi yang diciptakan itu seolah-olah satu pergerakan dalam filem yakni 'sinematik'. Aku suka! 
Bintang: 4.5 bintang 

Sabtu, 18 Ogos 2012

~Filem Pendek Raya 'ROTAN AYAH' (Saiful Nang)~

Salam Lebaran yang bakal menjelang, Salam Aidilfitri. 
Sempena Hari Raya yang mulia ini, saya awal-awal lagi menyusun jari memohon kemaafaan seandainya setiap tutur kata, perbuatan, mahupun tulisan saya ada menyinggung mana-mana pihak.
 Juga, saya minta maaf 
kepada rakan-rakan satu sekolah, 
satu universiti, 
satu FB 
dan 
semua yang mengenali
 saya; Mohd.Fatrim Syah aka Syah/Ayim/Pat/Fatrim. 
Semoga lebaran kali ini membawa sejuta makna buat kita semua. Ish2, sedih-sedih plak. 
Takmo, takmo. 
Jom layan filem pendek ni, tadi ada kawan post dekat Facebook dia. 
Sebuah Filem pendek berjudul 'ROTAN AYAH', best. 
Jap2, aku paling MARK budak yang berlakon tu.  
Oh! Dia tu DHANI aka IKRAM yang berlakon 7 RAMADHAN tu time kecik, patut ah. 
Layan.. ^_______^


P/S ~ Ini FB SAIFUL NANG (Harus Kredit)

Ahad, 22 Julai 2012

Review Novel ~ERTI CINTA~ nukilan Camellia terbitan KARYA SENI

Novel : ERTI CINTA
Penulis : Camellia
Terbitan : KARYA SENI
Harga : RM19.00 (Semenanjung)
RM 22.00 (Sabah/ Sarawak) 
tapi aku beli RM 20 saja sebab ada diskaun di Popular Bookstore Sabah.

Review Novel:
ERTI CINTA mengisahkan Anis dan Maria yang berpindah ke rumah flat setelah tidak tahan tinggal di asrama kolej yang diibaratkan mereka sebagai 'tin sardin'. Alkisah bermula... mereka pun berpindah ke Flat Seri Mastura, bukan main seronok lagi mereka berdua apabila dapat bilik seorang satu walaupun tinggal di tingkat 7. Namun, sebaik berpindah ke flat tersebut, mereka perasaan sesuatu, flat itu semacam flat lama dan yang paling menghairankan tidak berapa ramai tinggal di flat tersebut (menjangka sudah apa yang bakal berlaku seterusnya, tapi meneruskan bacaan sebab bahasa yang digunakan penulis sangat menarik). Anis dan Maria ketemu dengan seorang lelaki kacak semasa menaiki lif dan tidak semena-mena Anis jatuh cinta pula lelaki tersebut, hampir setiap hari dia akan menunggu lelaki tersebut untuk berkenalan. Lelaki itu mengenalkan dirinya sebagai Danny dan tinggal di tingkat paling atas sekali di flat itu, iaitu tingkat 15.
Dalam pada itu, Anis dan Maria selalu membeli makanan dan minuman di kafe milik ibu Joe yang terletak di tingkat bawah flat.. Joe membantu ibunya di kedai tersebut. kehadiran Anis dan Maria di sana sebenarnya membuatkan Joe mengingati semula kenangannya bersama Zana kerana wajah Anis yang serupa kekasihnya itu. Joe cuba pula untuk merapati Anis, namun gadis yang sudah mabuk cinta dengan Danny itu tidak memandang Joe malahan sikap Joe yang terus-terusan berkata buruk mengenai Danny membuatkan Anis bertambah benci pada Joe. Namun, dalam masa sama, Maria pula terpaut pada Joe, cuma dia tidak menyatakan perasaannya itu, sebab dia tahu Joe menyukai Anis. Pelbagai perkara aneh muncul sedikit demi sedikit dan membuatkan elemen saspen muncul dan mewarnai novel ini. Anis dan Maria ditimpa sesuatu yang menakutkan dan mengetahui sesuatu yang akan memeranjatkan mereka.
Nak tahu ending novel ini kenallah beli kan. Kalau tulis dekat sini, nampak sangatlah daku membocorkan privasi novel ini. 
Berbalik kepada review, bagi aku keseluruhan perjalanan dan sorotan dalam novel ini ditulis kemas, mungkin juga kerana penulisnya sudah berpengalaman. Jarang ditemui kesalahan dan setiap kali bab berakhir, ia akan meninggalkan kesan untuk difikirkan, terkadang ada rasa marah, rasa geram dan pelbagai rasa lagi. Seolahnya penulis mahu meletakkan banyak perisa dalam novel ini, saya ada juga berbicara dengan penulis ini, dia memberitahu saya, novel ini memang ditulis pada skala yang ringan. Selaku penulis genre ini, saya faham apa yang dimaksudkan. Apapun, bagi saya ERTI CINTA sebuah novel yang boleh dibaca oleh semua orang, tidak memeningkan kepala dan berjalan sangat-sangat lancar. Tidak sabar rasanya untuk membeli lagi novel genre ini hasil tulisan penulis sama dengan Fajar Pakeer berjudul 'DATANG PADA WAKTUNYA'. Menurut penulis skala untuk novel DPW ini di peringkat pertengahan, wah. Pasti lebih mengujakan untuk diterokai. Selain daripada itu, ERTI CINTA juga mempunya kesinambungan iaitu PERCAYA PADAKU yang sudahpun disiarkan di penulisan2u.
TAHNIAH penulis, jarang penulis wanita menulis genre ini dan saya sangat meminati genre sebegini. Saya bagi 4 bintang! ^_______^


Salam Ramadhan Al-Mubarak,
Fatrim Syah.