Followers Tersayang

Selasa, 25 Mei 2010

LIRIK LAGU ADIRA AF8 - KU ADA KAMU

LIRIK LAGU KU ADA KAMU – ADIRA AF8


Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu
Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu
Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Ahad, 23 Mei 2010

CERITA PRAKTIKAL

Salam semua, nak cerita pasal praktikal ni. Aku praktikal di sebuah syarikat bernama Sutera Maya Resources, syarikat ni menerbitkan sebuah Akhbar bernama Akhbar The Cook (majalah masakan). Boleh tahanlah juga jualan akhbar ni. APejabat kita terletak di Seksyen 7, sebelah office kitaorng rumah sewa yang dihuni 10 orang perempuan. Dorang selalu lalu lalang ah depan ofis. Entah-entah dorang pun tak tahu syarikat kita tu syarikat akhbar, entah-entah dorng ingat kita punya syarikat ni syarikat "ALONG". Hehehe.... dengan takde signboard syarikat...syarikat dalam sebuah rumah...em...biasalah baru nak menapak....Tapi, so far oklah, aku rasa dengan staf yang tak ramai, aku rasa tenang je. Ramai juga pelajar praktikal kat situ ada 7 orang, 2 penulisan, 5 orng plak buat grapik...Aku percaya, akhbar tu boleh berjaya suatu hari nanti sebab melalui penelitian aku terhadap 2 event yang kami sertai (Mesyuarat Agung Puspanita-Mak Datin ramai ni) dan Hari Belia + Jom Heboh, para pelanggan memberi reaksi yang positif terhadap majalah kitaorang. Oklah, tu aje nak ceta, kalau nak dapatkan majalah ni, boleh hubungi aku, best kot, macam2 resipi ada, selain tu ada info masakan dan sains kesihatan. K, ah, nanti ceta lain lagi yer...ADIOS!!! :)

Sabtu, 13 Februari 2010

BERSAMA MISS WANI...

Salam, lama aku tak menulis kat blog ni kan....
Yang ni gambar aku ngan lecturer kesayangan kami iaitu Miss Wani.
Miss Wani ni memang di lahirkan untuk berseni dan berkarya.
Lagu-lagu dia semua best2, lupa plak, dia ni artis indie cam Yuna gak.
Gambar ni kita ambik masa majlis makan-makan ngan budak kelas 10 Feb 2010(Rabu).Sedih memang ah, tapi takpe, kata-kata dia yang mahal tu kita akan simpan dan buktikan.Thanks Miss Wani sebab perkenalkan kita bagaimana untuk membuat skrip dengan betul.Kelas Miss Wani memang best, kita belajar skrip, tapi dalam kelas tu ada pertandingan debat, makan beramai-ramai, kuiz, menonton filem dan banyak lagi. Gila sempoi lecturer aku ni.Semangat dia tu yang paling kami hargai, tak pernah kitaorng jumpa orang yang ada semangat macam dia.Hopefully one day, I want to hav a spirit like her. Last but not least, GOOD LUCK MISS WANI WE LOVE U!!!

Jumaat, 22 Januari 2010

TAKLIMAT?? WAKIL FAKULTI??

Aku tak tau apa benda A.P.A tu.
Tapi tetiba je aku jadi wakil fakulti tuk gi Induk.
Pastu Cik Haiza ngan Timbalan Dekan Dr.Mahadi ajar jawab soalan kalau di tanya.
Fuh! Berpeluh aku.
Dorang kata pihak MQE nak datang fakulti rabu depan 27 Januari jam 2 petang but before that mereka akan datang Induk dulu bagi taklimat dan disscussion ngan wakil setiap fakulti pada 26 januari.
Macam assignment la pulak.
Harap2lah ok, aku pun tak berapa jelas MQE tu apa, yang aku ingat masa taklimat tadi quality je.
Hampeh tul..mamai.
Tapi tugas MQE ni adalah memberi penilaian dan pengiktirafan bukan saja pada fakulti tapi seluruh UiTM.
GOD bless UiTM. Sentiasa di hatiku.