Result dah kuar agak lama, tapi aku nak ucap CONGRATS to all yang dapat AD, especially rakan 2 sekelas aku CT 112 (Diploma Penulisan artistik). Well done guys!!!!!Meskipun banyak perkara yang menimpa kelas kita but I salute U all, atas kerja keras korang. Pada yang tak dapat AD tak apa, 3 pointer ke atas tu kira ok lah. Don`t give up guys!! We r FIGHTER!!! Once again CONGRATS to all of U........
Blog milik lelaki biasa yang berasal dari pedalaman Sabah, kini sedang mengenal ilmu di Shah Alam. Suka menulis dan menulis, juga berkawan dengan semua orang. Cuma dia pendiam sikit :)
Followers Tersayang
Selasa, 16 Jun 2009
Sabtu, 4 April 2009
REDANG TRIP 4 CINEPHOTO SUBJECT!!

Jumaat, 27 Mac 2009
Hari Bersejarah Dalam Hidupku!!!!
4 Mac 2009 merupakan hari bersejarah dalam hidup aku coz buat pertama kalinya aku mendeklamasikan sajak. Sajak tersebut bertajuk `Di bawah Lengkung Taj' sempena majlis SEPETANG BERSAMA SASTERAWAN NEGARA SITI ZAINON ISMAIL anjuran Pelajar Semestar Tiga Diploma Penulisan Artistik UiTM, Puncak Perdana, Shah Alam di bawah subjek Gaya Bahasa. Puisi itu adalah...
DI BAWAH LENGKUNG TAJ
Bulan tergantung itu – katamu
Kan kulit di telapan jiwa. Angin musim bunga
Menghembus ke bumi. Kita buka selimut kabus taj
Mereka berbisik dan mengatakan. Burung
Telah bernyanyi. Pucuk kasuarina yang
Tak kunjung tinggi. Lengkung
Kubah tak, tak bertepi.
Inilah
Bayang diri
Menembusi marmar. Sebelum bulan kelam
Katakan – Kau juga seperti Aku
Menjabat lintas cahaya
Keajaiban di bibir malam
Sekilas wajah melintas
Di kolam
Zaman telah jauh
Tapi tasbih selalu mendekatkan
Setelah Azan. Di pusara itu
Masihkah segar angin perkasihan
Gegar keabadian. Darah menyimbah ke muka
Menyentak gerak yumna
Menggelegak ke sukma!
Doa untuk Kekasih Besar
Jemari angin melibas pasir merah batu
Halaman. Kabus menjernih di panah bulan.
Sebentar menanam Harapan
Dan kebenaran
Khamis, 1 Januari 2009
AkU DaH sEm 3!!!!!NeW aBoUt Me...
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua, dah lama aku tak update blog aku nih, tak sempat kerna busy sangat. Kuliah untuk semestar tiga ni dah start dan nampaknya ada 2 subjek yang sangat tough tapi bagi aku semuanya boleh menjadi senang bila ada kemahuan nak belajar, lagipun dah separuh jalan nak dapatkan diploma. Sekarang aku bekerja sebagai penulis di sebuah Syarikat Surat Khabar SabaH iaitu 'Daily Express', kiranya berbangga juga aku, akhbar tu antara 3 buah akhbar yang paling laris di Sabah. Tugas aku di sana adalah sebagai penulis cerpen untuk slot cerpen pilihan setiap Hari Ahad, memang tough jugalah kena bersaing dengan penulis yang sudah lama bertugas di syarikat tersebut, idea-idea cerpen aku perlulah fresh dan membawa manfaat kepada masyarakat. setakat ni sudah hampir enam buah cerpen aku yang tersiar di surat khabar tersebut antaranya adalah "Janji A.D.Y", "Halusinasi", "Longkang Pahala", "Cincin", "Pasu Antik" dan terbaru adalah "Realiti". Insyallah semua cerpen-cerpen tersebut akan aku siarkan di blog ni sebagai tatapan ramai. Selamat Tahun Baru 2009 juga kepada semua, semoga azam baru yang kita bina akan tercapai. Semoga juga Semestar tiga ni berjalan dengan lancar & semoga aku mampu memikul tanggungjawab sebagai Ketua Kelas dengan baik....
Langgan:
Catatan (Atom)
