Followers Tersayang

Selasa, 15 November 2011

~Novel AWAK SUKA SAYA TAK? Karya Melur Jelita Ungguli Carta Paling Laris (Popular Bookstore)~

Carta Paling Laris - November 2011 ~ Minggu Kedua ( 07 November 2011 - 13 November 2011 )

by Pilihan Popular Wadah Jiwa Bangsa on Tuesday, 15 November 2011.



  Carta dari Berita Harian - Bahagian Sastera - Jumaat - 11 November 2011
 
 CARTA 20 TERATAS PALING LARIS FIKSYEN 
~POPULAR BOOKSTORE~
  1. Awak Suka Saya Tak ? ( MELUR JELITA )- Karyaseni
  2. Usai Aku Terima Nikahnya ( UMIE NADZIMAH )- Karyaseni
  3. Cinta Kontrak ( NURUL AIN SYUHADA ) - Karyaseni
  4. Yes Boss ! ( AREILA SAHIMI ) - Kaki Novel
  5. 7 Hari Mencintaiku ( SITI ROSMIZAH ) - SR Publication
  6. Uda & Dara ( AISYA SOFEA ) - Alaf 21
  7. Akhirnya Aku Kahwin ! ( HERNA DANIA ) - Alaf 21
  8. Kelat - Kelat Sayang ( IZZUL IZZATI ) - SR Publication
  9. M.A.I.D ( SURI RYANA ) - Kaki Novel
  10. Aku Bukan Mistress ( ACIK LANA ) - Kaki Novel
  11. Biarkan Ia Berlalu ( SHA IBRAHIM ) - Kaki Novel
  12. Tuan Rumah Pembantu Rumah ( ORKID EDYLIYNE ) - Fajar Pakeer
  13. Lafazkan Kalimah Cintamu ( SITI ROSMIZAH ) - SR Publication
  14. Jauh Dari Cinta ( ADAH HAMIDAH ) - Karyaseni
  15. Semarak Cinta ( HIJRATUL AKISYA ) - Kaki Novel
  16. Kuseru Rindu Itu ( HANNI RAMSUL ) - Kaki Novel
  17. My Love Is Playgirl( SITI NUR DHUHA ) - Buku Prima
  18. Cinta Kau Dan Aku ( SITI ROSMIZAH ) - Buku Prima
  19. Andai Itu Takdirnya ( SITI ROSMIZAH ) - Buku Prima
  20. Akukah Puteri Itu ? ( LILY HASLINA NASIR ) - PTS One
   ~ALHAMDULILLAH~
Selama 2 minggu berturut-turut Novel Awak Suka Saya Tak? Nukilan Melur Jelita telah menjadi Juara Carta Paling Laris di Popular Bookstore bagi novel Melayu (Fiksyen) dan tempat ke-3 di MPH (Novel Melayu). Novel ini selayaknya mendapat sambutan menggalakkan daripada pencinta novel kerana karyanya yang sangat memukau. 
Saya, sememangnya agak jarang untuk meminati karya-karya berunsurkan cinta, namun kerana Novel Awak Suka Saya Tak? ia telah memberi lembaran baru kepada dunia pembacaan saya.
Novel yang mengetengahkan unsur kasih sayang itu telah membuka mata banyak penulis baru dalam berkarya. 
Memang ada karya lain yang mungkin dikatakan menarik, tetapi apa yang lebih menarik apabila penulisnya sendiri iaitu Melur Jelita begitu ramah dan mesra dalam melayan para pembaca di laman groupnya dan juga laman sosial serta laman blognya sendiri. 
Mungkin tidak disangka olehnya sendiri bahawa Novel Awak Suka Tak? yang mulanya  hanya disiarkan di blog dengan tujuan berkasih sayang dengan pengunjung blog & saja-saja bakal menjadi hit.
Namun dengan tagline penulis ini iaitu 
       'DENGAN KASIH SAYANG 
            ALLAH TIADA YANG   
         MUSTAHIL' 
         membuktikan 
novel pertamanya ini mendapat sambutan yang 
amat hangat dan menggalakkan.
                                   Tidak memandang enteng novel-novel lain seperti  
       Usai AkuTerima Nikahnya 
       Cinta Kontrak, 
       7 hari Mencintaimu,
   Yess Boss 
yang mendapat sambutan hangat  juga oleh pembaca dan pengikutnya.
      Tahniah buat semuanya. 
Tahniah buat para pembaca dan peminat novel-novel yang tersenarai yang tidak putus-putus memberikan sokongan.
    Semoga semuanya bakal lebih laris 
                                                                                 dan
                   membuka wadah baru dalam dunia penulisan. 
                                                                           ~  AMIN. ~


SUMBER------->KELAB PEMINAT NOVEL

~Untuk membaca review saya mengenai Novel Awak Suka Saya Tak? Nukilan Melur Jelita. Sila klik REVIEW
~ Untuk melihat sinopsis Novel Awak Suka Saya Tak? Nukilan Melur Jelita. Sila klik SINOPSIS
~Untuk menyertai laman group Novel ASST ----> Awak Suka Saya Tak? Hilman & Intan Zulaikha.
~Untuk menyertai laman Jom Tulis! --------> Jom! Tulis secara belasahan! 
~Untuk membaca part novel ASST/ Search di P2U -----> http://melurjelita.com/
~Untuk add penulis di Facebook -------->Melur Jelita

2 ulasan:

Melur Jelita berkata...

Salam anakanda,
alhamdulillah..terimakasih atas sokongan..semua dariNYA. Semoga anakanda juga sukses dalan penulisan. Bunda yakin anakanda boleh!

FATRIM SYAH berkata...

Waalaikumsalam Bunda Melur Jelita.
Terima Kasih Bunda atas dorongan & kata-kata semangatnya.. Terima Kasih sudi tumpang komen.. Novelis sendiri turun padang komen. Terharu..:)