SINOPSIS
Kasyah bersama rakan sekumpulannya, Sapi, Man dan Cin Cai merupakan pelajar nakal yang sering membuat onar dan terkenal kerana sering dikenakan tindakan disiplin. Mereka juga melabelkan kumpulan mereka sebagai anti perempuan. Namun, sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru, Ayu. Ayu telah benar – benar menambat hati dan perasaan Kasyah, membuat dia jatuh cinta. Ayu mencabar Kasyah untuk berubah dan sebagai syarat untuk dia menerima Kasyah. Episod baru hidup Kasyah pun bermula.
Tiba masanya Kasyah perlu melakukan  tugasan kajian tesisnya ke  pedalaman. Kasyah berpisah sementara dengan  Ayu. Azmi yang pernah  mengecewakan Ayu, kini muncul kembali menagih  cinta dari Ayu. Azmi hampa  bilamana Ayu menolak permintaannya itu.  Melalui ibu Ayu, Mak Leha, Azmi  merencanakan sesuatu untuk  membolehkannya bernikah dengan Ayu. Melalui  perancangan Azmi, Mak Leha  berpura sakit jantung dan tidak boleh  kerisauan. Ayu yang serba salah  terpaksa menerima Azmi dalam hidupnya,  kerana bimbangkan keadaan  ibunya. Ayu berkahwin dengan Azmi. Kasyah  kecewa. Kebahagian yang  diharapkan tidak menjelma.
Azmi kembali kepada tabiat lamanya yang  pemabuk, panas baran, kaki perempuan dan sering membelasah Ayu. Suatu  malam, mereka berdua bergaduh besar. Ayu yang dipukul bertindak  melarikan diri dengan kereta. Ketika memandu dalam keadaan trauma dan  emosi, Ayu hilang kawalan lalu kemalangan. Ayu cedera parah. Mukanya  hancur. Azmi menuntut maaf tapi Ayu sebaliknya menuntu cerai dan minta  wajah yang baru. Episod baru hidup Ayu pun bermula. Ayu yang kini  berwajah baru tampil sebagai Emilia. Ayu ingin memulakan hidup baru dan  melupakan episod dukanya.
Ayu/Emilia, menubuhkan syarikat melalui  wang simpanan dan pampas an dari Azmi. Melalui kawannya, Suzana, Kasyah  dijejaki dan dipelawa untuk bekerja dengan syarikat Emilia. Kasyah yang  pada mulanya tidak menyangka apa – apa, mula mengesyaki sesuatu setelah  baru bekerja. Melalui Suzana juga Kasyah mengetahui segalanya tentang  Ayu/Emilia. Hubungan mereka kembali bertaut. Azmi yang sakit hati cuba  mengagalkan hubungan itu kembali. Azmi sekali lagi meminta bantuan Mak  Leha untuk memujuk Ayu/Emilia. Semasa di rumah Emilia, Azmi telah  memukul Emilia dihadapan Mak Leha sehingga milia terjatuh dan tidak  sedarkan diri. Emilia cedera parah di kepala dan hilang ingatan.  Berbagai cara dilakukan oleh Kasyah dan Mak Leha untuk memulihakn  ingatan namun belum berhasil. Emilia yang senakin pulih, akhirnya  mengahwini Kasyah. Kebahagian yang diharapkan Kasyah tidak kekal lama.  Ayu/Emilia meninggal dunia ketika melahirkan anak.
Barisan pelakon filem terdiri dari Farid  Kamil sebagai Kasyah, Lisa Surihani sebagai Ayu, Que Haidar sebagai  Azmi, Raja Farah sebagai Suzana, Fazura  sebagai  Kate Pelakon Pembantu  dan Sheila Mambo sebagai Mak Leha.
Trailer yang menarik, lagu tema dan  soundtrack juga boleh tahan, mungkin ramai yang mencari untuk download  mp3 lagu tersebut. Filem ini dijadualkan akan di tayangkan di pawagam  negara mulai 3 Jun 2010.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan