Tajuk Novel : BISIK
Penulis : Syaihan Syafiq
Terbitan : FIXI (2012)
Mukasurat : 295
Harga : RM 18.90
Sinopsis Belakang Buku:
Mikael berpindah
rumah selepas teman serumahnya mati terjatuh dari balkoni. Namun di pangsapuri
baru, Mikael mula hilang ingatan dan didatangi BISIK hasutan yang muncul secara
rawak.
Tambah
mengelirukan apabila teman serumah barunya, Nazzman ialah seorang yang amat
mencurigakan. Biarpun tidak mempercayainya secara penuh, Mikael melihat Nazzman
sebagai orang yang mampu membantu memulihkan ingatannya.
Mikael juga mula menjalinkan hubungan dengan
Suraya, perempuan yang pernah menjadi kekasih bekas teman serumahnya. Namun
apabila kejadian tragis menimpa Suraya, Mikael mengesyaki Nazzman sebagai
dalang.
Apakah punca
bisik-bisik yang menggangu Mikael?
Dan siapakah
Nazzman yang sebenarnya?
Ulasan Aku:
BISIK, sebuah
novel yang sepatutnya sudah lama aku miliki.Novel ni aku rembat semasa gi
jalan-jalan dekat Kinokuniya, Suria KLCC. Nak rembat novel Suami atau Isteri
sebenarnya. Tapi sayang pula kalau tak baca Bisik dulu, yang tu lambat pun
takpe. Aku suka novel jenis-jenis psiko2 ni. Kalau tak caya tanya kawan blogger
aku Cik Merah Jambu. Aku ni duk tanya Cik Merah Jambu banyak tentang Psikologi.
Kesian dia menjawab soalan-soalan aneh aku. Dahlah aku ni sememangnya aneh dan
pelik. Jangan marah ya Cik Merah Jambu.
Okey, okey balik
pada review. Aku sebenarnya dah lama baca dua bab awal BISIK yang sememangnya
menarik untuk dibaca di laman web FIXI. Aku suka sangat cara penulisan santai
penulis masa baca 2 bab awal tu.
Sepanjang
aku membaca novel ni, aku rasa momentum penulisan penulis ni dari awal sampai
akhir tu memang terbaik, dia konsisten je menulis, ada-ada saja perkara kecik
yang buat kita ketawa even masa tu serius seriau. Macam tak caya yang ni novel
pertama beliau. Congrats Syaihan Syafiq!
BISIK mengisahkan seorang lelaki bernama Mikael yang menghidap
‘Disociative Identity Disorder’. Salah satu penyakit psikologi.
Ceritanya
bergerak dengan agak sederhana. Kira pace dia tu tak terlalu laju dan tak terlalu lambat. Sedang-sedang saja
macam lagu Iwan dan Amelina tu, yang sedang-sedang saja. Ish! Ada kaitan ke?
Ada beberapa
babak yang aku paling suka antaranya yang kucing-kucing tu sebab itu merupakan turning point dia jadi psychotic. Dan reveal kenapa cover tu sang kucing tu.
Selain tu, novel ni menyentuh sosio para remaja masa kini. Tentang kawan-kawan
baik Mikael yang tut... (tak boleh disebutkan, baca buku ya. Kira, walaupun
kawan-kawan dia macam tu, tapi dia still berkawan juga. Walaupun pelik, tapi
bagi aku sudah si Mikael ni pelik, sah-sahlah kawan-kawan dia pun pelik sekali.
Sat, LBGT tu orang pelik ke? Ish-ish, pandai2 je aku istilah gitu. Lebih baik
aku istilahkan mereka melawan normal, simple.
Lagi satu babak
nak potong2 mayat tu, gila psiko! Kalau baca memula tu, macam kelakar pula nak
beli kapak bagai, tapi bila baca balik, errrmmm... kalau aku ni lemah jantung,
aku skip je. Hihi. Anyway, bila dah baca ending memang tak sangka. Aku pun
terperangkap, ish-ish. Tahniah sekali lagi ya penulis.
Entah kenapa lah tangan aku ni malas
tul nak menaip, nak review light-light je sebab aku habiskan baca novel ni kat
KL Sentral masa tu, ngah2 baca tu ada makcik yang minta tolong aku tekan ATM,
tu yang aku separa sedar, e’eh.. aku dah habis baca ke tak tu. Tetiba plak
masuk watak makcik minta tolong tekan ATM, hmm... eh! Melalut! Sori!
Bintang : 4.79
bintang!
p/s~ Aku syorkan
korang belilah novel ni, sure tak rugi.Terima Kasih!
5 ulasan:
ooOoOOo Awak Ngumpat saya erk???:P hahahaha tak kisah laaa nak tny paper just PM saya. sy tak der pndai sgt tapi kebetuln saya memang kaji tentang yg awak tnya. saya nak beli gak laaa novel neh! saya suka sangat cerita berkenaan DID neh. kalau movie awak try cari a tale of two sister, candramurki perghhhh!! terbaik kottt satu lagi uninvited pun DID gak asenya lupa dah saya. DID neh tak macam disoder lain. did best! mungkin sbb kita tak jangka kot kan? kejap dia ok kejap dia tak. huhuhu :) selamat menonton! saya nak beli gak buku tu! :)
Auk dh baca juga. Best jugaklah.awal awal cerita aku sgt suka. Tapi part part nak habis aku tak suka. Huhu
Sue PeLik ~ Grr.. ekekke.. ngumpat saya depan-depan tu. Hahahaha.. wah, ada list lagi, haru nak tengok tu.
Lelaki Ini~ Part habis aku hari tu tak khatam lagi, ke, aku dah habis, ke, macam tak habis. Mwahahaha..:)
Thanks korang singgah mengomen. :)
Akak ada beberapa kali baca novel yang mempunyai unsur psikologi..selalunya kepala akan sakit memikirkan benda alah macam ni..hahaha
Menarik,ada rezeki lebih nanti nak kaut novel lagi...hihihi
Harus kaut ni Kak Embun Melati. Wajib! Saya suka cara penulis menulis, rasa tak percaya bahwa ini novel pertama beliau. ^__^
Catat Ulasan