Followers Tersayang

Khamis, 6 Mac 2014

Rampas laki orang? Eh, BUKAN!!! Kita Rampas novel terbaru saya berjudul 'TEMAN ROH'.


SINOPSIS TEMAN ROH :

SURAYA, personaliti TV 13, sering mendapat nota misteri mengenai figura rama-rama. Satu hari Suraya membaca berita mengenai Ryzal , seorang pelakon terkenal tanah air yang hilang dan dipercayai sudah meninggal dunia. Secara tiba-tiba, Suraya bertembung dengan Ryzal yang tidak mampu dilihat orang lain kecuali dia!

Suraya terpaksa menerima kehadiran Ryzal sama ada suka ataupun tidak kerana Ryzal mahu Suraya membantu dalam usaha mencari jasadnya yang hilang.

Mampukah Suraya memenuhi permintaannya? Siapakah yang bertanggungjawab atas kehilangan Ryzal? Apa pula kaitan nota figura rama-rama yang sering diterima dan TEMAN ROH tanpa diundang itu?

SEDUTAN NOVEL TEMAN ROH :


PRE ORDER NOVEL TELAH DIBUKA SILA LAWATI UNTUK SEBARANG URUSAN PENEMPAHAN NOVEL -->http://www.roman.com.my/


Pages Novel Teman Roh sebuah novel karya Muhammad Fatrim --> Pages Novel TEMAN ROH sebuah karya Muhammad Fatrim



Salam  Manis,

FATRIM SYAH
                                                                                                                                                                                                                                                       

Rabu, 1 Januari 2014

Selamat Tinggal 2013, Selamat Datang 2014~

Assalamualaikum Wbt,

Alhamdulillah. Masih bernafas. Masih bernyawa. 2014.

TERIMA KASIH 2013 yang penuh dengan kenangan. Alhamdulillah. 





Kenangan Terindah saya di tahun 2013;

1. Selepas setahun setengah, akhirnya sambung belajar ke Fakulti Filem Teater & Animasi. Rasa muda balik, eh!
2. Akhirnya ada novel dewasa sendiri ASRAMA - sebuah novel Muhammad Fatrim yang diterbitkan oleh FIXI pada MAC 2013.
3. Menyertai Pesta Buku Antarbangsa Kuala Lumpur 2013 dan novel ASRAMA antara yang terlaris dengan jualan melebihi 1K dalam masa seminggu Pesta Buku berjalan. Alhamdulillah.
4. Novel mendapat cetakan beberapa kali. AMIN.
5. Menyertai Pesta Buku Selangor 2013.
6. Beberapa buah antologi cerpen diterbitkan antaranya Untuk Separa Tuhan, Aku Naik Saksi, Fobia dan terbaru Maut Sebelum Ajal.
7. Beberapa buah manuskrip berlainan penerbit lulus penilaian dan bakal terbit 2014.
8. Dicalonkan dalam Anugerah Novelis Newcomer Karnival Novel 2013 dan mendapat UNDIAN TERTINGGI dan diumum sebagai pemenang.
9. Ke Negeri Kedah buat pertama kali untuk amik awards. Naik bas 7 jam dari KL ke Kedah, pastu balik naik train 10 jam.
10. Tak balik Hari Raya Haji, sedih.
11. Dapat Anugerah Dekan. Alhamdulillah.
12. Dapat Anugerah Cerpen Terbaik dan Anugerah Novel Terbaik bagi Kursus Penulisan Kreatif UiTM.
13. Akhrnya tinggal luar sewa rumah. Agak sayang pada kolej sebenarnya, eh!
14. Jumpa novelis-novelis kegemaran antaranya Ramlee Awang Murshid, Aisya Sofea dan Ain Maisarah.
15. DAN, segala kenangan yang tak dapat coretkan di sini


ALHAMDULILLAH. ALHAMDULILLAH. ALHAMDULILLAH.





Khamis, 28 November 2013

Tiket Movie Cuma 6 HINGGIT! KAMI HISTERIA!!!!!


SALAM HORMAT. 12.12.2013 ni korang free tak? Ke, ada yang pergi majlis CHE TA & ZAIN SAIDIN kat SACC sehari sebelum tu? Jika takde aktiviti, bolehlah membuang STREES seketika.

Kami dari Fakulti Filem Teater & Animasi (FiTA) MENJEMPUT anda untuk turut sama menonton Filem 'KAMI HISTERIA' pada tarikh di atas pada jam 8.00 malam. Para artis yang berlakon juga turut sama hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.

Ia akan berlangsung di DEWAN AGUNG TUNKU CANSELOR (DATC) UiTM Shah Alam. Paling best, bukan saja ANDA adalah orang terawal menonton filem ini sebelum ditayangkan tahun hadapan, malah harga tiket juga BERBALOI-BALOI. Cuma 6 ringgit! Ada cabutan bertuah, layan movie best dan lepas stress. Jika berminat dan mahu mendapatkan tiket, hubungi 013-3110733 (AYIM/PAT). Terima Kasih. ^_^

TRAILER KAMI HISTERIA BOLEH TENGOK DI BAWAH ---> TRAILER KAMI HISTERIA

Detail mengenai event ini ---> https://www.facebook.com/events/155973317945018/



Selasa, 13 Ogos 2013

Update Blog Bersawang! Salam Lebaran Semua. :)


~SALAM AIDILFITRI & SALAM LEBARAN~

Fuh! Lama sungguh daku tak nulis kat belog ni. Kalau dulu hari-hari ada je yang aku nulis. Mungkin sebab aku dah jadi penulis novel tegar makanya lama tak update, fuh! Sawangnya tu.... Maka hadir aku ke sini untuk 'hai-hai' kepada kawan-kawan blogger lain. Apa khabar anda semua? Moga sihat selalu. 

Raya Ke-6 baru nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Memang so.. so lambat! Orang malam raya dah nulis, ada yang sejak malam raya dah berpuluh gambar letak kat belog. Adapun saya ingin memohon maaf andai ada terkasar bahasa, salah silap di mata. Maaf zahir dan batin.

Bolehlah jeling-meling gambo raya kat bawah. Tak banyak amik, biasalah orang biasa-biasa saja. Segan nak amik gambar bebanyak. :d 


 
Yang ni anak buah aku yang ke-2. Nama dia               Yang ala-ala 'ustaz tak jadik' ni adalah 
Aliff. Tapi sebab dia lahir Ramadhan lepas,                 aku. Masih single dan available, eh!
maka panggil dia Ramadhan. Sangat nakal!


JAP!!!


 Ha, sambil tu aku nak promo e-novel baru aku berjudul 'GILA! AKU SUKA DIA?. E-novel ni aku letak kat Laman Web Novel Melayu Kreatif milik Kaki Novel. Insya ALLAH lepas ni ada novel bersama syarikat penerbitan tersebut.

E-novel ni mengisahkan 3 jejaka bujang terlajak yang mencari cinta. Bila namanya lelaki, mulut ni memang berat nak cakap romantik bagai. Adapun ditulis mengikut pemerhatian dan pengalaman orang lain, just ada sedikit pengalaman sendiri, eh!

Nak baca klik je gambar cover kat bawah ni. Nanti akan terus ke laman web tu. :)




p/s --- Raya tahun ni agak meriah sikit sebab jenjalan banyak tempat. Melawat sanak saudara dan baby2 yang baru lahir. Tapi paling ingat baby sepupu belah emak, comel sangat, lahir masa Ramadhan juga, nasib baik perempuan, kalau lelaki berebut nama dengan budak nakal kat atas tu. Nama baby tu NUR KASIH. Erm! Fefeling bilalah nak ada anak sendiri kan? Eh! :d


Salam Lebaran,
Fatrim Syah@Guy Next Door.