Followers Tersayang

Ahad, 10 Jun 2012

Review Novel : FIKSYEN 302 Karya Ramlee Awang Murshid

Tajuk Novel : Fiksyen 302
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Terbitan : Alaf 21
Harga : RM 21.00 (Sem. Malaysia)
RM 24.00 (Sabah/Sarawak)

Blurb Sinopsis:
LAN LANI, JIMMY YEOH, PRAKASH KUMAR dan FARID JA'AH membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan cara hampir serupa. Angka 302 dilakar didahi mangsa. Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat.
Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur. Andai dipadankan dengan psikologi manusia, ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras. Kes-kes itu tidak dapat diselesaikan.
TAHUN 2032 - seorang peguam, Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang dikenadalikan oleh dua orang pakar psikiatri bertujuan untuk merungkaikan misteri pembunuhan itu. Namun, ia disabotaj. Pertukaran watak berlaku. Lebih menakutkan... tragedi lampau berulang lagi. Lebih dahsyat daripada yang dibayangkan!

*Hai, Salam Semua. Sebenarnya sudah lama nak review mengenai novel RAM yang satu ini. tapi sering saja tidak punya masa. Hari ini bila line internat yang dah laju macam supersonic, makanya aku rajinlah juga mereview. Novel ini aku dapat setelah membelinya secara online melalui Kelab RAMFC. Terima Kasih buat mereka, AMIN. Pada saat ini sebenarnya novel terbaru abang RAM juga sudah berada di tangan iaitu SUNAN MUSAFIR cuma belum habis baca. Cepat betul abang RAM menulis.
Baiklah, berbalik kepada review mengenai novel ini.
Apa yang saya dapat katakan adalah WOW!
Satu lagi karya abang RAM yang saya akan ingati. 
Penulisannya kali ini membawa kita menjejak apa sebenarnya motif pembunuhan yang dilakukan oleh empat lelaki aneh itu.
Dan siapa ZONAN 'orang tidak berwajah' yang sering disebut oleh para pembunuh itu!
Mulanya saya merasakan, Fuh! nak membaca novel ini pasti memerlukan pemikiran yang tajam. Tapi usai membacanya. Oh! Tidak. Anda cuma dikelirukan oleh Zonan dan TWIST yang tak disangka-sangka.
Bravo! Bravo!
Benar rasa percaya merupakan satu perangkap untuk novel ini.
Jangan! Jangan Percaya sesiapa apabila membaca novel ini.
Saya turut demam perkataan ini beberapa hari.
Mengenai plotnya, ia bergerak kadang-kadang pantas dan kadang perlahan membuatkan pembaca suka untuk meneruskan pembacaan. Macam menyanyi, ada naik turun irama lagu. Kalau tinggi saja, mesti pecah gegendang telinga.
Elemen-elemen seperti romantik juga diterapkan dalam novel ini. Namun! Ada namunnya yang membuatkan anda akan merujuk kepada perkataan JANGAN PERCAYA sekali lagi.
Saya nak review panjang-panjang lagi pasal penceritaannya. Tapi macam tak adil pula, better korang dapatkan dulu. 

P/s~Jangan Percaya! Jangan Percaya sesiapa ketika membaca novel ini. Awas!


Regards,
Fatrim Syah
 

3 ulasan:

Miss FF berkata...

yup.. buku ni memang best.. one of RAM's books yg saya suka baca... smp terbawa2 dlm alam sedar... begitu menghayati karya Fiksyen 303ni smp rasa Zonan tu betul2 wujud... tp betul mmg apa yg berlaku di akhir cerita merupakan sesuatu yg tak disangka2... mmg x sangka rupanya Lan Lani yg 'kononnya' gila dan menjadi mangsa rupanya adalah dalang disebaliknya... mmg hebat r psiko yg lain tu smp boleh bunuh org~

Lelaki Awan (Fatrim Syah) berkata...

Tidak terjangka akal bukan? Tapi itulah sentuhan RAM. Sentuhan emas nya yang bernilai itu membuatkan hati sentiasa resah apabila membaca karyanya...:)

AsyieqiN Rkey berkata...

nampak cam best je buku nie..=)