Followers Tersayang

Rabu, 1 Januari 2014

Selamat Tinggal 2013, Selamat Datang 2014~

Assalamualaikum Wbt,

Alhamdulillah. Masih bernafas. Masih bernyawa. 2014.

TERIMA KASIH 2013 yang penuh dengan kenangan. Alhamdulillah. 





Kenangan Terindah saya di tahun 2013;

1. Selepas setahun setengah, akhirnya sambung belajar ke Fakulti Filem Teater & Animasi. Rasa muda balik, eh!
2. Akhirnya ada novel dewasa sendiri ASRAMA - sebuah novel Muhammad Fatrim yang diterbitkan oleh FIXI pada MAC 2013.
3. Menyertai Pesta Buku Antarbangsa Kuala Lumpur 2013 dan novel ASRAMA antara yang terlaris dengan jualan melebihi 1K dalam masa seminggu Pesta Buku berjalan. Alhamdulillah.
4. Novel mendapat cetakan beberapa kali. AMIN.
5. Menyertai Pesta Buku Selangor 2013.
6. Beberapa buah antologi cerpen diterbitkan antaranya Untuk Separa Tuhan, Aku Naik Saksi, Fobia dan terbaru Maut Sebelum Ajal.
7. Beberapa buah manuskrip berlainan penerbit lulus penilaian dan bakal terbit 2014.
8. Dicalonkan dalam Anugerah Novelis Newcomer Karnival Novel 2013 dan mendapat UNDIAN TERTINGGI dan diumum sebagai pemenang.
9. Ke Negeri Kedah buat pertama kali untuk amik awards. Naik bas 7 jam dari KL ke Kedah, pastu balik naik train 10 jam.
10. Tak balik Hari Raya Haji, sedih.
11. Dapat Anugerah Dekan. Alhamdulillah.
12. Dapat Anugerah Cerpen Terbaik dan Anugerah Novel Terbaik bagi Kursus Penulisan Kreatif UiTM.
13. Akhrnya tinggal luar sewa rumah. Agak sayang pada kolej sebenarnya, eh!
14. Jumpa novelis-novelis kegemaran antaranya Ramlee Awang Murshid, Aisya Sofea dan Ain Maisarah.
15. DAN, segala kenangan yang tak dapat coretkan di sini


ALHAMDULILLAH. ALHAMDULILLAH. ALHAMDULILLAH.





Tiada ulasan: