Followers Tersayang

Isnin, 31 Mei 2010

Filem 2 Alam???

Selaku pelajar filem, saya menerima baik buruk sesebuah filem. Filem 2 Alam menarik perhatian saya. Kebetulan, pada semestar hadapan saya mempunyai subjek Diploma Report which is saya dikehendaki memilih sebuah filem untuk di kaji, atas ciri-ciri unik filem 2 Alam, saya memutuskan untuk memilih filem ini. Namun demikian, pelbagai spekulasi mengenai filem ini yang kurang enak didengar di dalam industri kita. Ya, siapa saja boleh buat filem, tapi masalahnya, berkualitikah filem tersebut?? Boleh box office ke?? Boleh untung?? Boleh dapat balik modal, atau sekadar penghias ataupun sampah semata-mata?? Inilah antara persoalan-persoalan yang timbul apabila saya melayari blog-blog hiburan dan media elektronik. Mungkin soalan-soalan tersebut terlalu melampau tetapi adakah penerbitnya menjalankan kajian terhadap industri filem negara kita?? Ya, mungkin, atas box office filem-filem Melayu lain. Terbaru, isu filem 2 Alam tidak dapat ditayangkan pada hari sepatutnya ia ditayangkan kerana belum membuat tapisan kepada Lembaga Penapisan Filem (LPF). Bagi saya, walau apapun spekulasi, biarkanlah filem tersebut bercerita sendiri tentang keunikannya.

"Kata David Teo, sebelum filemnya ditayangkan kepada umum, dia bukan saja perlu mendapatkan kelulusan LPF malah persefahaman antara pemamer (pemilik panggung), Perbadanan Kemajuan Filem asional (FINAS) dan Penerbit Filem Malaysia (PFM)."
“Ini membabitkan satu industri, bukan boleh ikut suka hati saja. Sebagai orang baru, seseorang itu kena perlu menghormati semangat persefahaman ini kerana semua kita memerlukan satu sama lain” katanya lagi.

P/S-Saya mungkin akan mempertimbangkan kembali untuk menjadikan filem 2 Alam menjadi kajian Diploma Report ini. Tapi tengoklah dulu, kalau cerita dan mesejnya gempak, mungkin saya akan ambil.



Tiada ulasan: