Followers Tersayang

Isnin, 31 Mei 2010

Rozita Che Wan "Saya Bukan Sengaja"

“Saya mohon maaf di atas ketelanjuran saya berpakaian pada malam itu,” kata pelakon jelita, Rozita Che Wan, mengulas kontroversi yang mencetus perdebatan dalam laman blog hiburan serta ruangan gosip di media cetak. Justeru, dia berharap tidak perlulah semua pihak memperbesar atau mensensasikan isu terbabit.
“Saya tak nak komen banyak-banyak mengenainya,” katanya dalam kenyataan melalui SMS kepada Metro Ahad ketika diminta mengulas isu skirt pendek yang dipakainya ketika menghadiri Konsert Akhir Akademi Fantasia Kelapan (AF8). Menurutnya, dia juga bukan sengaja mahu menunjukkan pakaiannya pada malam itu, apatah lagi untuk dirakamkan gambarnya untuk tontonan umum, terutama di Internet. “Ketika jurugambar nak ambil gambar saya malam tu, saya dah tanya, nampak peha tak? Dia jawab close-up saja...tak sangka pula jadi macam ini, apapun saya minta maaf di atas ketelanjuran saya berpakaian.

Penyataan-Penyataan di atas jelas menunjukkan wartawan hiburan hari ini terlalu kemaruk untuk mencari bahan berita. Rozita Che Wan dah tanya kot dekat wartawan tu, yang wartawan tu nak amik gak gambar penuh tu buat apa??? Nak aibkan orang?? Dah tu, bukan satu akhbar, semua akhbar yang siarkan...melampau betul. Bukanlah MEMBELA sesiapa tetapi hormatilah orang lain. Hormatilah etika kewartawanan yang ada. Kalau setakat skirt pendek tu, ramai lagi yang seksi malam tu. Tapi kenapa Rozita Che Wan??? Yang lain tu seksi jugak. Harap-haraplah akak Rozita Che Wan bersabar. Orang cantik memang selalu di cari kelemahannya, di harap lain kali akak Rozita berhati-hati, wartawan masa kini bukan boleh percaya sangat. Dia kata A, tapi sebenarnya A, B, C, D, E, F, G........asam garam dunia hiburan. Di harap akak Rozita tabah menghadapinya, lagipun kak Rozita dah bersara. Kita selaku insan biasa, janganlah setakat orang tu pi umrah then terus kita nak nilai seseorang tu jadi terlalu berubah..ramai lagi yang pergi umrah beratus-ratus kali tapi perangai tak berubah-ubah pun....

2 ulasan:

ety piah radzi berkata...

sabo pet...

lek pet, sume org g2 kan..dunia sekarang mmg kejam..sengaja mencari kesalahan org lain.. sengaja nak membuka aib..

pape pon..cian kak rozita tu yek..

p/s: i nak jd mcm rozita cik wan leh tak???hahhahaa

Guy Next Door (Fatrim Syah) berkata...

Amboi Ety....terbayang-bayang pakai skirt merah tu..hahahahaha (18SX) betul fikiran pet...hahahahaha.....