Followers Tersayang

Jumaat, 14 September 2012

Review Novel : MURTAD tulisan Hasrul Rizwan


 Tajuk Novel : MURTAD
Penulis : Hasrul Rizwan
Terbitan : FIXI (2012)
Harga : RM 19.90
Mukasurat : 323
Sinopsis belakang buku :
Adam terus menekan punat pada briefcase hitam lalu dibukanya perlahan-lahan. Adam terbelalak. Akhil terlopong. Masing-masing berganjak ke belakang.Dua pucuk pistol automatik berkilatan hitam, sekeping envelop, kunci kereta dan juga sejumlah wang tersedia di dalam beg yang terpelahang buka. Adam menutup kembali beg itu. Matanya terpejam rapat. Akhil menelan air liur.
“Kerja gila apa sebenaqnya ni… haaa??” Akhil bertanya keras.
“Ini adalah kerja untuk agamamu. Benar. Seperti yang kamu fikir dan apa yang kamu lihat sekarang.”
“Hang nak suruh kami buat apa? Bunuh orang?”
“Ya”
“Nakharrom.”
“Kamu akan diberi tugas untuk membunuh orang-orang yang MURTAD.”

Ulasan Aku:
Pertama kalinya aku mencapai kepuasan maksima dalam pembacaan novel. Aku dapat rasakan novel ini BERBEZA dari awal aku lihat cover dan sinopsisnya di wall facebook FIXI sekitar bulan jun lalu. Sejak itu, aku sering baca reviewnya yang dishare dekat wall facebook FIXI. Alhamdulillah, semasa Pesta Buku Sabah (7.09.2012) lalu, aku tekad mendapatkan novel ini selepas memegangnya meskipun masih ada 5 novel lain yang bersaing hebat untuk aku beli didepanku. Nasib baik novel ini yang aku pilih dan aku tak menyesal.
Okies! Review, review, asyik-asyik mukadimah.
Novel MURTAD ini memilih nama watak yang bagi aku sangat bertepatan. Adam dan Akhil, dua orang kembar seiras yang digambarkan sangat kacak, bermata sepet dan berwajah Thailand (kena cari hero Thailand ni kalau jadi filem). Mereka mempunyai persamaan dari segi  rupa, ketinggian, bentuk badan, fesyen rambut. Aku perasan juga, mungkin kerana nama dan gaya mereka sama, kadang-kadang sang penulis terkeliru bilamana Adam menjadi Akhil, Akhil menjadi Adam. Tapi aku tak kisah, itu kesalahan kecil je. Bagi aku pun dua-dua sama. Waima, kadang-kadang aku pun terkeliru, ekeke…
Apa yang paling aku suka, watak utama ini menggunakan bahasa Kedah sebagai bahasa percakapan mereka. AWESOME! Kedah patut bangga. Banyak perkataan yang sangat melucukan, tapi ada juga perkataan yang agak censored untuk disebutkan. Penulis sangat bijak  bermain dengan emosi pembaca, tiba-tiba serius ada pula nama Azwan Ali, baru nak terketar, ada pula nama Neelofa dan Haliza Misbun. Dan-dan ada robocop! Penulis sangat pandai menenangkan pembaca, aku tak sangka, ingatkan cara penulisannya serius gila, rupa-rupanya dari awal hingga akhir semua melucukan. Mungkin bahasa Kedah punya pasal noo…
Bila aku mula membelek novel ini aku tak expect apa-apa. Tapi aku dapat rasakan pembacaan aku mesti menarik. Mengisahkan Adam dan Akhil yang datang ke Kuala Lumpur dari Kedah, Akhil menemani abangnya Adam untuk menghadiri interview. Tapi entah kenapa Adam marah benar dan terus keluar dari ruangan interview.
Kemudiannya mereka bertembung pula dengan satu kekacauan bilamana mereka ternampak seorang gadis dikasari oleh sekumpulan lelaki samseng. Dengan jiwa yang berani, Adam menyelamatkannya. Wow! Bukan saja kacak, kuat juga macam robocop! Kakakaka.. (amboi hang). Dalam pada masa sama, seseorang memerhatikan gerak geri mereka dari jauh, orang itu mengekori mereka sehingga Adam dan Akhil pergi ke sebuah surau. Mereka berdua bermalam di sana.
Esoknya, selepas solat subuh. Dua beradik kembar itu mengambil keputusan untuk stay di KL, cari kerja, cari rumah sewa macam perantau lainnya. Iyalah, balik ke kampung pun tiada apa di sana.
Semasa Akhil mencabut sebatang rokok, dia ternampak sekeping kad dilekatkan pada plastik di belakang kotak rokok itu. Kad itu ditarik dan dibaca. Kad berwarna hitam itu ditenung, tiada alamat dan nombor telefon. Hanya tertera alamat dan sepotong kalimah dua syahadah. Akhil bertanya Adam, Adam tidak tahu dari mana dia mendapat kad tersebut tapi dia mengatakan itu mungkin kerja kosong buat mereka. Mereka terus pergi ke alamat itu dan menemui serta ditawarkan sesuatu yang benar-benar mengejutkan mereka. (RUJUK SINOPSIS).
Maka bermulalah segalanya, maka bermulalah juga perjalanan mereka, bermulalah perjalanan cinta mereka juga.
Keseluruhannya, aku suka cara penulisan penulis ini, ada banyak benda yang aku tak tahu, aku belajar, contohnya solat sunat qobliyah subuh iaitu solat sunat yang nilainya dikatakan lebih berharga walau dipertaruhkan seluruh isi dunia ke atasnya, maka ia tak menyamai apa yang ALLAH swt ganjarkan pada dua solat sunat qobliyah subuh ini pada mereka yang mengerjakannya. Aku yang tak berapa pandai bab agama ni kemudiannya maklum dan terus google. Tak sangka ada benda yang aku belajar dari sebuah novel.    
Selain itu, aku paling SALUTE cara penulisan bersahaja penulis ini, sangat-sangat bersahaja. Aku dapat rasakan penulis adalah penulis alaf baru yang membuka dimensi pembacaan baru pada anak-anak muda. Aku jadi makin sayang pada agama aku. Pertama kali aku tengok tajuk ni, memang aku pun terkejut, apa benda ni. Tapi aku tahu, harus ada yang cuba disampaikan penulis.
Maklum, gejala MURTAD kian berleluasa, baru-baru ini saja dua orang Islam di Pulau Pinang memohon menukar agama dan semuanya seolah-olah dipandang ringan saja. Belum lagi beratus atau mungkin beribu permohonan lain serta yang menyembunyikan status agama masing-masing. Seolah-olah menukar agama itu macam tukar kasut. Kadang-kadang, ramai perempuan Islam sanggup menukar agama kepada agama suami kerana ingin berkahwin dengan mereka. (Adegan dalam  Drama ‘Tanah Kubur’ di Astro Oasis itu sebagai contoh).
Sedih pula apabila agama dipermainkan, tapi kita sebagai orang Islam macam buat tak tahu saja. Main tengok, maklum dan hanya jadi perbualan tangga Mak Senah, Mak Jemah, Mak Kiah dan Janda Siah. Pelik kan?  Malahan aku pernah kenal satu budak ni masa PLKN dulu, katanya mak dia Islam, ayah dia Kristian. Terkedu aku! Seharusnya, hukuman pada orang yang MURTAD ni dikuatkuasakan! Masya ALLAH.. dunia akhir zaman. (Maaf teremo pula)
Kepada pembaca lain, tak salah kiranya kalau kita membaca sesuatu yang di luar wadah pembacaan yang selalu kita baca. Tak rugi kalau kita mencuba sesuatu yang baru, macam makanan, hari ni kita makan nasi lemak, esok makan lain pula, takkanlah nak makan nasi lemak saja kan?
Mungkin ada beberapa perkataan yang tidak sesuai untuk kanak-kanak membacanya. Tapi aku rasa bila perkataan itu ditukar kepada sesuatu yang lain pun. Mesti novel ini nampak biasa-biasa saja. Ala, kita sendiri boleh fikir, takkanlah lepas baca sebuah novel saja terus jadi jahat pula. Takkan lepas baca novel kita nak rosak minda pula. Ya dak? 

BINTANG -----> 4.5 bintang

PERSOALAN??? 
Apakah Akhil dan Adam akan benar-benar berhenti memburu orang murtad? Mungkinkah ada sesuatu berlaku? Banyak kemungkinannya ni. Mungkin juga ada sambungan? 

     P/s~Tak pernah lagi aku review novel panjang gedebak macam ni dan pertama kali juga aku kena belek untuk pastikan mana satu Adam dan mana satu Akhil. OMG!! Teringat, tetiba ada pula Zombi kat novel Murtad ni. APAKAH?

Review Antologi Cerpen : KETAKUTAN terbitan Lejen Press


Tajuk Antologi Cerpen : KETAKUTAN
Terbitan : Lejen Press (2012)
Harga : RM 20.00
Mukasurat : 177
Penulis : Aisa Linglung (Pesan Lisa), Izwan Hafifi (Rose & Laila), Hasrul Rizwan (Tilam), Amal Hamsan (Paranormal), Wan Shafiq (Reborn Alya), Gaban Morka (Coro), Amirul Bozu (Teddy Bear Kuning), Ophan Bunjos (Sketsa Maya Rumah Kedai Nyonya Jun), The Best Pencil (Freedom), Nash Azly (Jipez Keripez), Shafiq Helmi (Cuak), Fikri Misti (Korban Judas), Razman (Pisang), Syahid Abdullah (Seriau Di Sebalik Pulau) & KHRLHSYM (Destinasi Terakhir).

Ulasan Aku:
Alhamdulillah, inilah pertama kali aku beli dan baca buku Lejen Press. Mungkin persepsi aku juga agak berbeza. Tapi, aku baca jelah, sudah terbeli. Lagipun aku tertarik pada Antologi Cerpen Ketakutan ni. Aku suka cover depannya. Aku baca satu persatu cerpen 15 orang penulis ni. Aku selesai baca sekejap saja, biasanya aku baca 2 kali untuk aku faham. Pembacaan pertama tu mungkin skimming, tapi tak skip, pembacaan kedua untuk menganalisis.
Keseluruhannya aku suka kepada 5 cerpen; Teddy Bear Kuning tulisan Amirul Bozu,  Korban Judas tulisan Fikri Misti, Tilam tulisan Hasrul Rizwan, Cuak tulisan Shafiq Helmi dan last sekali Freedom tulisan The Best Pencil.
Lain-lain tu bukan tidak best, tapi....
Okey-okey! Ingat 5 tu je yang best! Ada lagilah, sabarrr...
Reborn Alya tulisan Wan Shafiq, Sketsa Maya Rumah Kedai Nyonya Jun tulisan ophan Bunjos, Destinasi Terakhir tulisan KHRLHSYM dan Paranormal tulisan Amal Hamsan.
Paling unik aku rasa jatuh kepada Freedom tulisan The Best Pencil. Ingatkan apalah indah-indah bagai macam drama melankolik, di padang hijau bagai, jumpa sidia yang cantik.. rupa-rupanya!! OMG!! Menakutkannya! Teringat-ingat aku, apalagi bila aku tengok cara orang yang buat abortion. What the?!!!
Sebab cerpen Freedom ni aku rasa nak sembunyikan je novel ni bawah tanah sedalam 100 kaki. Pastu aku nak masuk dalam Filem Harry Potter jumpa Professor Dumbledore suh amik balik memori yang aku baca tu. Takmo ingat!
Kalau korang nak tahu sebab apa, belilah novel Ketakutan.
Paling seram aku rasa jatuh pada Tilam tulisan Hasrul Rizwan. Sumpah! Macam nak tidur lantai tak pakai tilam lepas habis baca! Seriau beb, serammmmmmm!
Kepada yang tak masuk senarai aku tu bukan tidak best. Best juga, cuma biasalah pembaca, expect lebih. Ala, sikit punya hal lah, tulisan korang okey. Boleh buat lebih baik next time.
Apapun. Tahniah kepada semua penulis novel Ketakutan dan penerbit Lejen Press. Antologi Ketakutan Awesome! Seolah-olah disusun dari tak berapa tak seram kepada seram gila-gila! Yang last sekali tu paling seriau, rasa macam diri sendiri pula yang disoal. Apakah? Sengaja kan nak seriaukan pembaca! Korang patut dapatkan novel Ketakutan ni, serius mengincitkan!

BINTANG : Berbintang-bintang!

P/s~ Tolong baca siang-siang. Aku rasakan cover depan yang bayang-bayang tangan merah tu macam masuk mimpi malam tadi. Gulp!

Review Novel : Perangkap Ajal tulisan Zaer Rihaz

Tajuk Novel : Perangkap Ajal
Penulis : Zaer Rihaz
Penerbit : Alaf 21 (2012)
Mukasurat : 424
Harga : RM 20.00 (Sabah/Sarawak)
RM 17.00 (Semenanjung)

Blurb sinopsis belakang novel:
J-Woks merupakan ketua penjenayah yang paling dikehendaki polis. Malangnya pihak berkuasa masih gagal mengenal pasti wajah sebenar suspek itu. Bahkan konco-konconya sendiri tidak pernah melihat ketua mereka. Kejahatan lelaki ini dan kumpulannya memporak-perandakan ibu kota Kuala Lumpur bukan mitos atau dongeng. Malah, kelicikan mereka memboloskan diri telah menjatuhkan maruah polis.
Inspektor Dzul Faqar yang ditugaskan mengetuai pasukan khas khusus untuk menangani kes ini tetap optimis. Namun penjenayah yang dikejarnya telah membuatkan nyawa keluarga dan wanita dicintainya turut terancam.Lantas komitmen kepada kerjaya sudah mula menjadi konflik peribadi.
 Dia tahu tiada antara mereka yang berpuas hati selagi salah seorangnya tidak menempah maut. Matlamat hidupnya hanya satu, membersihkan dunia ini daripada tangan-tangan durjana. J-Woks mesti ditangkap!

Ulasan aku:
Perangkap Ajal memang sesuai dengan tajuknya. Aku diam tak dapat berkata-kata sesudah tamat membaca novel ini. Memang lain daripada yang lain, memang bukan seperti filem hindustan ataupun filem barat yang mana meskipun watak utama kena tembak ke, kena bom ke atau jatuh dari tingkat 18 sekalipun tak mati tu. Novel ini lain, memang sama seperti tajuknya. Biasanya aku membeli novel thriller dari Alaf 21 ni untuk novel-novel RAM, RAM juga tidak mengakhiri sesuatu itu seperti ini. Tapi, jika tidak dibuat sebegitu, aku boleh cakap, penulisan dan tatacaranya mungkin tidak jauh beza dengan RAM. Namun, kerana bab-bab ending yang tidak tersangka-sangka itu, penilaian aku tersasar. Sang penulis mempunyai kelasnya yang tersendiri. Penulisan bermula dengan adegan aksi, aku boleh cakap apa yang ditulis seolah-olah terpapar di depan mata aku apabila membacanya. Pergerakannya sangat sinematik, seolah-olah ia satu tontontan filem aksi, aku paling salute bila ada penulis boleh buat begini. Cuma ada beberapa ayat-ayat atau perkataan yang aku rasakan sikit meleret-leret. Mungkin boleh diperbaiki pada masa akan datang, LESS IS MORE.

Al-kisah.....
Pertarungan demi pertarungan berlaku untuk memberkas J-Woks yang sangat licik. Sehinggalah babak di mana ibu dan adik Faqar berserta kekasihnya Suzzanne Lai diculik, agak sadis juga bila kumpulan penjenayah sanggup menumbuk dan membantai wanita tua (ibu Faqar) hingga lebam dan menampar-nampar adiknya sehingga muntah hijau. Apatah lagi kepada Suzanne Lai, nasib baiklah dia seorang anggota polis. Mereka bertiga ditangkap sebagai tebusan, rumah mereka pula dimusnahkan sehinggakan salah seorang jiran yang cuba membantu ditusuk dengan pedang oleh mereka, sementelah Faqar sebenarnya sedang bertarung dengan Sudin, suami kepada bekas kekasihnya yang juga orang J-Woks yang bertanggungjawab melaporkan kedatangannya ke kampung. Hampir saja Faqar menjadi mayat, nasib baiklah Faqar tangkas menembak demi mempertahan nyawanya.
Di bandar, Faqar menerima arahan demi arahan dari J-Woks untuk menyelamatkan adik dan ibunya. Namun, sesuatu yang tidak dijangka berlaku. Sementara itu Azie (anggota polis juga)  berhempas pulas memberkas J-Woks berserta pasukan unit Khas yang menemui markas J-Woks. Tidak berapa lama kemudian Faqar sampai dan membantu mereka. Azie rebah terkena tembakan peluru berasid. Faqar dan Suzanne bermati-matian berlawan dengan Faqar. Sehinggalah mereka berdua lemah, J-Woks cuba membunuh Suzanne tapi Faqar mengalah dan dia sanggup berbuat apa saja asalkan Suzanne tidak dibunuh. J-Woks memberinya satu baju yang mengandungi bom dan menyuruh Faqar menggarinya di satu tiang. Faqar menyuruh Suzanne keluar menyelamatkan diri. Dan.. kenalah belilah novel Perangkap Ajal ni.
Tentang siapa J-Woks juga akan terungkai... 
Cuma yang membezakan adalah samada ia terungkai di mata Inspektor Dzul Faqar ataupun mata pembaca semata...
Bagi aku, penulis bijak menenangkan emosi pembaca. Memang selalunya penulis novel thriller akan berbuat demikian. Penulis bijak menyertakan beberapa kalimah ayat Al-Quran yang meyakinkan pembaca untuk membaca dengan tenang tapi kemudiannya dikejutkan dengan kejadian yang dahsyat terutamanya apabila J-Woks mengganas. Antara babak yang menyentuh hati apabila sebuah bangunan yang mengandungi anak yatim dibom dan menyebabkan mereka semua mati. Masih banyak kejutan-kejutan yang berlaku dalam novel ini yang tidak mungkin terlintas dalam fikiran pembaca. Ada satu perasaan aneh dalam diri seusai membacanya. Mungkin juga anda akan benar-benar rasa terkejut. Ia bukan seperti NOVEL MELAYU biasanya! 

BINTANG : 2.3 bintang

Selasa, 11 September 2012

Review : Kumpulan Filem Pendek 'KOPI' edaran FIXI.


Tajuk DVD : Kumpulan Filem Pendek 'KOPI'
Harga : RM 15.00
Edaran : FIXI
Penerbit : Amir Muhammad
Tentang :  8 filem pendek yang terinspirasi oleh minuman yang adiktif ini. Ada yang manis, pahit, lazat berkrim dan kaw-kaw. Walau tidak semua orang punya selera sama, perbezaan ini boleh diraikan dengan sehidang KOPI. (Ambil melalui laman FIXI)


~KOPI 3 RASA~
Pengarah : Nazri M.Annuar
Penulis Asal : Shaz Johar
 Sinopsis thru dvd : 3 ahli keluarga damai gemar memesan kopi istimewa daripada orang gaji mereka, Ika.

Ulasan saya:
Teruja rasanya apabila melihat track pertama filem pendek ini adalah Kopi 3 Rasa. Seperti drama yang diadaptasi daripada novel, aku suka kalau ia bulat-bulat seperti cerita asal, atau paling kurang 89.9% mengikut cerita asal. DAN, aku paling puas hati bila aku lebih faham apa yang cuba disampaikan melalui visual. 

4 bintang!

~KOPI PERCIK~
Pengarah : Azizulhakim Salleh
Penulis Asal : Amal Hamsan
Sinopsis thru dvd :Firdaus seorang mahasiswa yang memang obses kopi. Pada satu hari, ramai orang buat dia bengang.

Ulasan saya:
Ini adalah filem pendek yang aku rasa paling aku suka. Aku suka story telling dia, walaupun sebenarnya ideanya nampak biasa, tapi aku suka rasa thrill yang macam ni. Memang kena dengan jiwa aku. Aku puas hati dengan visual untuk cerpen ni. Bravo!

4.3 bintang!

~CINTA KOPI~
Pengarah : Sheryl Chong
Penulis Asal : Gina Yap Lai Yoong
Sinopsis thru dvd : Jon suka datang ke kafe ini. Dia datang tiap-tiap hari dan tak mahu pulang.

Ulasan saya:
Tiba-tiba bila menonton filem pendek ini, aku buka balik Buku Cerpen Kopi, mana satu cerpennya ni. Sampai aku baca balik lepas habis menonton dvdnya. Lagi-lagi aku yang memang suka dengan gangguan psikologi macam halusinasi.

3.9 bintang!

~KOPI, DONUT & BAYANG GADIS BERAMBUT HIJAU~
Pengarah : Bebbra Mailin
Penulis Asal : Adib Zaini
Sinopsis thru dvd : Adib dah lebih seminggu emo. dan koyak. Kawannya Boy datang dengan donut dan nasihat.

Ulasan saya:
Sebenarnya saya kurang sikit dengan cerpen ni. Bila tengok visual dia dah lain macam, mungkin ada sikit improvisasi. Tapi aku puas hati, at least aku faham apa yang penulis cuba sampaikan.

3 bintang!


~KOPI JANTAN KAW~
Pengarah & Penulis Asal:  Nik Adam Ahmad.
Sinopsis thru dvd : Jalan-jalan di KL. Jumpa pulak pakcik ni. Dia pernh masuk penjara.

Ulasan saya:
Saya suka dengan kesederhanaan cerpen ini. Baik secara tulisan ataupun visual. Ianya mungkin sudah dicipta saling melengkapi.Ditambah dengan VO bahasa Kelantan, ia sangat menarik untuk ditonton walaupun hanya menggunakan gambar statik. Ia sesuatu yang unik. Ini juga saya suka.

4.51 bintang! 

~ KOPI JULIA~
Pengarah : Tan Bee Thiam
Penulis Asal : Faizal Sulaiman
Sinopsis thru dvd : Rashad datang ke rumah kawannya Ikram, tak sangka pula mak Ikram tu hot.

Ulasan saya :
Saya paling tak sabar nak tengok visual untuk Kopi Julia ni. Sebab saya dapat rasakan ini macam cerpen agak seram, sebab ada bunuh-bunuh. Pandai penulis memanipulasi pemikiran pembaca yang ingatkan ini satu perebutan cinta antara anak dan ibu. Mana tidaknya, dalam visual pun boleh nampak, rupa-rupanya ada kejutan! 

4.3 bintang!

~DEAR RIDHWAN~
Pengarah : Aidil Rusli
Penulis Asal : Ridhwan Saidi
Sinopsis thru dvd : "Jangan percaya kata-kata seorang yang berkepala musang" kata suami.

Ulasan saya :
Saya paling suka ini! Saya tahu penulis ni bukan calang-calang. Semasa saya belajar time diploma dulu, dia selalu buat shortfilm yang melangkau pemikiran orang lain. Apalagi dalam tulisan, novel Cekik paling best! Okey- okey, review, aku tak dapat kata banyak, memang menarik, nampak simple tapi ada yang cuba nak disampaikan. Suka!

4.63 bintang!

~KOPI & DIA~
Pengarah : Fikri Jemadi
Penulis Asal : Syaihan Syafiq
Sinopsis thru dvd : Dua kisah cinta, Satu mungkin akan ditamatkan sambil menghirup kopi.

Ulasan saya :
Speechless!!

2.99  bintang

#Keseluruhannya aku rasa, memang tepat pilihan-pilihan untuk memvisualkan 8 cerpen dari Buku Cerpen KOPI ini. Mungkin penulis dan pengarah perlu banyak berbincang lebih lanjut supaya apa yang disampaikan di buku boleh divisualkan dengan lebih baik, walaupun dengan sedikit improvisasi. Tapi, sebenarnya aku suka semuanya! Sebab bukan mudah nak hasilkan filem pendek. Aku sebagai budak filem tahu benar rasanya. 
Antara filem pendek terbaik tentulah 'Kopi Jantan Kaw'. Mungkin aku suka cara santai dan less is more yang cuba dicreate oleh pengarah yang juga penulis cerpen ini. Yang lain-lain juga tidak mengecewakan. Aku terbayang-bayang kalau Cerpen 'Kopi Mimpi' divisualkan, harus gempak. ^___^


p/s~Jangan tanya tentang nak jual atau beli, dvd dan buku Kopi aku dah disimpan dalam sebuah kotak bawah tanah siap ada laser lagi. 
 

Salam Ukhuwah dari Pemilik Blog,
Fatrim Syah.^___^